• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Keputusan perlawanan persabahatan malaysia 1 vs barcelona 3, 10 ogos 2013

Keputusan perlawanan persabahatan malaysia 1 vs barcelona 3, 10 ogos 2013

Zik · Aug 11, 2013 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs barcelonaPerlawanan yang menarik untuk ditonton malam tadi di tv3 sambil melayan mood raya katanya malam tadi.

Keputusan perlawanan :

MALAYSIA [1] VS BARCELONA [3]

Jaringan:

  1. Cesc Fabregas minit ke 31
  2. Amri yahya minit ke 33
  3. Neymar Jr minit ke 43
  4. Gerrad Piqque minit ke 75

Harimau malaya kalah bermaruah.

Biarpun kalah pada pertemuan malam tadi, tapi aku rasa puas hati untuk ditonton malam tadi. Mana taknya, perlawanan yang ada fight jugakla. emang dari segi fitness ada jurang yang sangat jauh. Tapi yang penting semangat juang untuk lakukan sesuatu memang cukup membanggakan. Skuad kebangsaan harus ambil pengalaman berharga bertemu dengan pasukan kelab gergasi ini dengan sebaiknya, walaupun bintang utama tak turun seperti messi dan juga carlos puyol.

Ulasan perlawanan malam tadi.

Aku memang agak terlambat tengok games malam tadi, tup-tup barcelona dah dapat gol pertama. Hasil dari tandukan ces fabregas yang tepat dan mudah disempurnakan, menyebabkan khairul fahmi terkandas.

Gerakan menarik dari harimau malaya, menyamakan gol 1-1.

Pun begitu, harimau malaya tidak mahu mengalah setelah ketinggalan satu gol. Ini terbukti dengan gerakan yang sangat menarik dari passing yang cantik dan tepat pada masanya.

Korang tengok counter dari Malaysia. Amri menerima bola. Dia tak panik. Dia tau apa yang dia buat. Dia controlled bola. Hold bola seketika mencari rakan-rakan.

Dan dia terlihat kelibat seorang manusia yang ibaratnya jentera F1 melulu laju iaitu S Kunalan dari sebelah kanan, memecut laju.. Weuuuu.

Kunalan menerima bola dari Amri. Kunalan berlari memecut laju meninggalkan pique yang diibaratkan lori balak. Lori balak vs Jentera F1. Mau lima tiang lampu kalimantang kena tinggal.Kunalan ternampak matyo dan cuba menghantar ke matyo namun bola tersebut diclear oleh jordi alba.

Dikesempatan itu, Amri yahya tanpa membuang masa merembat padu kedalam gawang yang dikawal oleh victor valdes. Tertewas disitu. Kwang-kwang, kedudukan 1-1 sama ketika itu.

xnq2.png

Namun kegembiraan anak buah Rajagobal tidak bertahan lama apabila Barcelona menyumbat gol kedua menerusi jaringan Neymar Jr minit ke-43. Gerakan yang sangat laju dan sepakan leret sebelah kiri, khairul fahmi tak sempat nak tangkap. Kena sikit jer.

Separuh masa kedua, skuad kebangsaan banyak berkampung di bahagian pertahanan. Memang teruk kena asak. Asakan demi asakan sehinggalah minit ke 75, Gerard Pique menjaringkan gol yang ketiga buat barca, memang dah depan-depan gol, terus sepak dan gol.

Setelah itu, rentak perlawanan melihatkan malaysia terus digasak sehingga wisel penamat 93 minit (3 minit masa tambahan). Tiada gol dijaringkan lagi kemudian, berakhir dengan malaysia 1-barcelona-3.

r1f0.png

Komen keseluruhan.

Secara kasarnya rentak permainan memang dikuasai oleh barcelona, malaysia diasak teruk dari awal permainan. tetapi ada jugak membuat counter attack yang membuahkan hasil. memang nak dibandingkan dengan kelab gergasi ini, barcelona dengan malaysia jurang masih banyak perlu dibaiki dari segi passing, strategi dan juga finishing yang lebih kemas.

Apepun, ketiadaan messi dan bintang-bintang yang lain memungkinkan keputusan perlawanan malam tadi agak tidak terlalu teruk. Bagi aku, messi mungkin boleh menjaringkan gol, tapi tanpa dia setelah neymar jr ganti pun dah cukup bahaya.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan Los Blaugrana memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lalu.

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baru Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.

Apa yang penting!!

Usah pedulikan mereka yang masik kutuk skuad Harimau Malaya. Yang pasti kita dapat dua benda positive match malam tadi..

1. Skuad Malaysia mampu bolos dengan jaringan yang sedikit walau lawan dengan kelab gergasi Sepanyol.
2. Skuad Malaysia akhirnya menamatkan kemarau gol dengan jaringan Amri Yahya. Open gol ya, bukan gol penalti atau gol nasib ke. Ada nasib sikitlah, sebab pertahanan silap clear.

Layan video gol highlihts sepanjang perlawanan malam tadi:

TAHNIAH, fokus terus kepada saingan piala asia pulak, berbaki 3 perlawanan lagi nih. Huhu.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Uncategorized gol amri yahya malaysia vs barcelona, keputusan terkini malaysia vs barcelona, keputusan terkini malaysia vs barcelona 2013, live malaysia vs barcelona 2013, live streaming malaysia, malaysia 1-3barcelona persahabatan 2013, malaysia kalah tipis bertemu barcelona, malaysia vs barcelona, malaysia vs bercelona 2013, video goal highlights malaysia 1-3 barcelona 2013, youtube gol malaysia vs barcelona 2013, youtube malaysia vs barcelona 2013

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    August 11, 2013 at 10:34 pm

    Sepakan Amri Yahya akan kekal didalam ingatan sejarah bola sepak negara.

    Reply
  2. Razlan says

    August 12, 2013 at 10:42 am

    sayang messi tak turun sekali..

    Reply
  3. master slave says

    August 16, 2013 at 3:56 pm

    kalau messi turun main juga kan bagus…sebab Maradona pernah main dekat kuala lumpur masa zaman super Mokh

    Reply
  4. hafidz says

    August 19, 2013 at 11:58 am

    Amri Yahya memang legend. Mesti dapat score bila friendly match dengan kelab-kelab ternama.

    #respectharimaumalaya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: