Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Piala Suzuki peringkat kumpulan A, pasukan bola malaysia unggul membelasah Laos 5-1.
Manakala perlawanan yang serentak, Thailand bertemu dengan indonesia. Keputusan 2-1, indonesia mendapat 2 penalti percuma. Harapan untuk malaysia agak pudar bila thailand mula mendahului 1-0 pada minit ke-68 dihasilkan oleh Suree Sukha.
Pada masa yang sama, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas penyerang import Selangor, Bambang Pamungkas yang menjadi watak penting dalam membantu skuad negara layak ke separuh akhir, semalam. Beliau menyempurnakan 2 sepakan penalti pada minit ke 81 , dan minit 88.
Ringkasan perlawanan malaysia menentang Laos.
Pada gol pertama, Amri menanduk masuk gol pertama Malaysia pada minit ketiga hasil hantaran Norshahrul, tetapi malaysia terlalu alpa, lantas Laos pantas menyamakan kedudukan menerusi Lamnao Singto pada minit ketujuh.
Namun Malaysia berjaya menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 2-1 hasil jaringan kedua Amri yang menolak masuk bola hantaran kapten, Safiq Rahim pada minit ke-39.
Sisa perjuangan Laos semakin luntur selepas Malaysia menambah gol ketiga menerusi pemain gantian, Amirulhadi pada minit ke-73 dan gol keempat menerusi Norshahrul pada minit ke-76, kedua-duanya hasil kesilapan pertahanan Laos, Kitsada. Pesta jaringan Malaysia diakhiri bek kanan, Mahali yang naik ke atas untuk menyumbat gol kelima pada minit ke-90.
Gol malaysia
- Amri Yahya : minit ke3, 39 2 gol
- Amirulhadi : minit ke 73 1 gol
- Norshahrul : minit ke 76 1 gol
- Mahali : minit ke 90 1 gol
Gol Laos :
- Lamnao Singto minit ketujuh.1 gol.
Tahniah diucapkan buat pasukan malaysia. Dengan ini secara rasminya malaysia terus mara ke separuh akhir. Namun misi ini masih belum selesai, pencapaian ini masih belum boleh lagi dibanggakan.
Kumpulan A (kedudukan terkini)
- Indonesia 9 mata (layak ke separuh akhir)
- malaysia 4 mata (layak ke separuh akhir)
- Thailand 2 mata
- Laos 1 mata
Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan berdepan juara Kumpulan B iaitu sama ada Filipina, Vietnam atau Singapura pada 15 Disember di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan di tempat lawan pada 18 Disember depan. Nantikan liputan seterusnya dari kami. Yehaa..
Akan diupdate masa ke semasa. Sekian terima kasih.
tahniah malaysia yg bermain mati2 an mengalahkan laos walaupun loas xkuat mane pon…n tahiah buat indon gak..kalahkan thailand 🙂
Kena berterima kasih kepada pasukan Indonesia kerana menunjukkan semangat kesukanan tinggi walaupun dah confirm ke separuh kalau tak melepas lar Malaysia. Pasukan Filipina pun menampak peningkatan yang mendadak tak boleh pandang enteng
wah..power lak pemain malaysia ni..huhu..bila la zaman kegemilangan nak kembali lagi~
the times will be comes…. now support to us…
bagus, tahniah untuk pasukan negara. pas ni boleh jumpa ngan Indonesia sekali lagi. Tapi kita akan jadi pemenangnya pula. InsyaAllah
Harap dapat pasukan Malaysia dan Indonesia jumpa di final nanti 🙂 Apa pun bola bulat apa pun boleh terjadi
oh bola lagi…
heheh.. lajunya update :p
nway.. tahniah kepada skuad malaysia.. kene pulak thai kanthoii..
alhamdulillah leh msuk semi final 😀
kipap the good work 😀
hah tuhla..dah standby katanya..hehe
wow terhebat tu..steady malaysia
terbaik… nasib baik indonesia pun membantu malaysia…
terima kasih Bambang Pamungkas 😀
dan kepada skuad kebangsaan, tahniah dan diharap jgn bergantung pada pasukan lain lagi..
ya next game ..dah tak boleh harap2 team lain lagi…
tahniah malaysia!
Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia
hope boleh menang semi final nanti..
malam ni penuh debaran
Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.
tahniah buat player malaysia…awal2 dah score gol cantik…x sangka blh belasah Laos 5-1…
nasib baiklah indon pun menang… seri pun dah ok diaorang nie… kita tunggue next semi final ..meet dgn vietnam…
Sempat tengok sekejap tadi perlawanan antara malaysia dan laos.Keseluruhannya sebagai rakyat malaysia,boleh berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan.
Apa pun,coach malaysia,Rajagopal kelihatan amat lega dengan keputusan tersebut.
sempat dengar adik menjerit Gol!!!!!!!!!!!
yeayyy go go malaysia
semi final nie kat bukit jalil… tapi tengok kat rumah jela..huhu
thanks pada bambang! ..hehe
Ye, Bambang terbaik. 😆
bagus, bagus.. tak sangka plak aku akan berterima kasih kat bambang!.. hahaha
Belanja bambang makan laksa buyung. :biggrin:
Tak boleh suke lagi bro..Skuad Malaysia masih lagi dibelenggu kecederaan tongak2 utama..
yup… harap2 dah sembuh la… semi nie lawan kat bukit jalil nih… huhu
bagus2. memang saspen gak masa thailand nak menang tu, huhu
hurm betul tuh sis… semi nie lawan kat bukit jalil… menentang vietnam.. agak2 boleh menang tak?? huhu
Fluke2 jak tu…main pun macam budak sekolah menengah…..Laos boleh belasah lah…tengok bila jumpa team yang kuat…hancus….nama Liga Pro…tapi main macam kampung…. :devil:
kita tengok semi final nie… agak2 boleh menang tak???
yeah! terima kasih bambang pamungkas bantu malaysia mara ke separuh akhir!!
yah betul tuh… berterima kasih sangat…
Baru bersemangat sikit tengok bola semalam 😛
tak patriotik gitew! takkan sokong time menang aje.. he he (aku pun) 😀
semangat aku telah dikembalikan. :cwy:
heheh Thank Indon sebab membantu Malaysia ke peringkat seterusnya,
Ps : Harap Lepas ni pemain Mal dapat bermain dengan lebih baik
harapan buat penyokong malaysia sangat tinggi nie… bukit jalil jadi medan pertempuran kali ini..
Jangan lupa kita belanja ref yang bagi 2 penalti pada Indonesia tu.. 😀
belanja mcd …hehe
Gol pembukaan oleh Amri.huhuhu……..
itu dia… amri yahya… zaman kegemilangannya sudah kembali…
ada tengok malam tadi
nampak sangat pertahanan laos tertekan
syabas malaysia dan terus maju
semoga berjaya di peringkat separuh akhir dan bakal bertemu indon sekali lagi…
Tahniah untuk pasukan Malaysia & terima kasih kepada Indonesia. :biggrin:
lepas nie dah tak boleh harap team lain lagi..huhu
Betul tu Zik. Sampai bila nak macam tu. :getlost:
bro kenapa susah nak ke blog?? server down ker…