Warrrgghhhh, aku kembali!! Sambungan dari entri lelaki kacak yang pertama. Ia adalah cerita mitos pertama yang dikarang oleh aku lah kan. Mungkin ada yang betul, mungkin ia adalah dongeng semata-mata. Ambillah, mana yang elok, jangan ambil yang tak elok tuh yer, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Siapa lelaki kacak??
Tak kira dia tuh siapa, handsome ker tak, berduit ke tidak, janji dia lelaki yang sejati bro!!
Aku adalah lelaki kacak yang ada janggut. Fuh, boleh tahan panjang jugakla janggut aku nih. Dulu masa zaman diploma, ada lah sikit. Bila zaman U, dah mula panjang. Sekarang lagi panjang. Rahsia panjangkan janggut, boleh baca.
Er, tapi tak panjang macam Ustaz Azhar idrus. Kemungkinan boleh jadi, dalam 5-6 tahun akan datang.
Aku lelaki kacak yang mempunyai otot sasa. Ok, tipu jer. Takdalah, tulang-tulang semua nampak bila aku angkat kotak, besi, bila kerja. Kena ketawakan jer dengan operator yang tengok manager (pencacai jer bro) angkat barang nih.
Ini gambar aku ketika berumur 6 tahun. Sekarang, jangan ceritalah kan. Haha.
Lelaki kacak yang masih single.
Ayoyo, ayat macam promote jer nampak. Namun, itulah hakikatnya. Sedih, pilu, segan , perit dan macam-macam perasaan bila kawan, rakan-rakan maya (blogger) umur sekarang nih dah boleh go on untuk kahwin nih. Nak, buat macam mana, aku baru habis belajar tahun lepas (kalau tak silap). Kerja pun tak menentu sekarang nih, ekonomi yang tak berapa nak bagus, Menyebabkan aku masih single lagi. Single tak bermakna belum berpunya, tapi confirm belum kahwin lagi.
Lelaki kacak mempunyai impian yang besar.
Semua ada impian dan juga cita- cita yang besar. Manusia tidak pernah puas dalam dunia ini. Dah dapat apa yang diinginkan, rasa tak puas lagi. Itulah manusia yang mempunyai nafsu yang harus dikekang. Tak salah, cuma harus berwaspada, jangan lupa diri. Owh , mengenai impian aku adalah ingin membuka kedai (masih pening, nak bukak kedai apa) untuk jangka masa pendek ini. Tetapi memandangkan takda budget lagi, aku kenabersabar lah dengan caci-makian bos setiap hari. Disebalik tekanan kerja itu, sebenarnya ada kemanisan dia. Kena cari sendirilah.
Lelaki kacak yang belum bebas hutang (financial freedom).
Semua inginkan bebas hutang. Aku buat masa ini, cuma berhutang dengan MARA (Majlis Amanah Rakyat). Jumlah hutang dalam lingkungan rm50 ribu ++. Tetapi aku dah isi borang pengurangan mara. Harap dapatlah kurang dalam kena bayar dalam range rm30-27 ribu. Erkk, bila mahu habis kalau bayar rm 100 sebulan. Aku perlukan pendapatan tambahan. Usaha lebih sikit bro!!
Tapi rasanya, aku bakal akan berhutang untuk beli kereta, apepun aku kena utamakan mana yang lebih penting. Penting untuk kita menguruskan kewangan kita, disambil mengira timbal balik priority dalam menentukan yang mana keperluan dan kehendak.
Lelaki kacak yang seminggu sekali jer online.
Yang ini cerita betul, aku sibuk kat sini. Keje pagi, tengahari, petang dan malam. Balik tidor. Bulan 4 nih, lagilah. Panel ISO:2008 dah nak datang, warrrghh. Banyak benda tak prepare lagi. Lelaki kacak belum mengaku kalah, walaupun sudah page ke berapa ntah??? Aiyak, ntah sempat ke tak nih??
Lelaki kacak adalah diri sendiri.
Sebagai seorang lelaki, ada aura lelaki kacak itu sendiri. Ya, kita harus yakin dengan diri sendiri. Dari segi penampilan, dan juga keyakinan diri sendiri akan terpapar diri sendirinya pun. Kalau tak, memang tak confidentlah nak memulakan hubungan dengan si dia tuh kan. Tengok macam aku, dari jauh jalan, semua dah cakap.
Weyh, aura lelaki kacak dirasai… aku rasa zik dah nak sampai kejap lagi.. wakakaka…
Eh, korang ada perasan tak AURA lelaki kacak???
Kesian kepada lelaki kacak ini sibuk dengan tugasan kerja. π
namun kacak tidak kekal untuk selamanua :0
setuju.. bila sampai masanya .. dah tak kacak dah… cuma harap dah makin kacak dari segi amalan …insyallah
lelaki kacak boroi..haha kan kan kan?
ada jer.. eh kau nih dah reveal point2 yang akan datang… haha
Lelaki kacak, pastinya lelaki yang budiman. π
salam..
itulah realitinya menjadi
orang yang kacak..bukan
mudah nak kacak-mengacak
ni..he he
Semua orang blh jadi kacak.. π
Siapa lelaki kacak? Haruslah ustaz azhar idrus dan juga pemenang contest kelak π
kalau kacak alhamdullilah.. kalau tak kacak pun alhamdullilah.. Keistimewaan masing2 dah ade..
lelaki kacak sibuk rupanya tak pa sibuk cari rezeki π
Aku lelaki kacak yang semakin kurang kacak tetapi masih perasan kacak
Hahaha
biasalah tu. lelaki kacak memang sibuk selalu.
Gambar atas tu lelaki paling kacak.. suka dengan penampilan beliau
Memang kacak sungguh.. terbaek la
Lelaki kacak seperti aku juga kelihatannya agak sibuk sejak kebelakangan ini..sama la macam Zik si lelaki kacak..hehehe
oh aura lelaki kacak memang begitu
baru sempat nak tingalkan komen – persaigan sengit, pelbagai variasi lelaki kacak ada kat google skg – all d best bro
walaupun paras rupa tidak begeitu kacak..yg penting hati kena kacak. Allah pasti suka.
susah betul nak jadi lelaki kacak ni..hehe
lelaki kacak memang selalu sibuk. kadang2 sibuk blogwalking. hoho
kacak
best jadi lelaki kacak..