Janggut Osama lah pulak.
Salam semua, hari ini ingin berkongsi petua macam mana nak lebatkan janggut, hari tuh cerita mengenai cara nak lebatkan rambut, kiranya janggut dan rambut nie satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam penampilan diri dan self confident (keyakinan diri).
Sebelum itu, terdapat beberapa khilaf mengenai hukum menyimpan janggut ini. Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?
Jawapan :
Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :
“Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai).” (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari,
Petua-petuanya.
1. Kekerapan mencukur janggut.
Dengan lebih kerap kita mencukur janggut, janggut akan cepat tumbuh dan lebat, tetapi lebih sesuai untuk orang muda yang baru berjinak nak menyimpan janggut. Tapi kadang-kadang, ikut keturunan yang takda janggut memang agak susah juga nak keluar janggutnya tuh.
2. Sapukan dengan minyak kelapa.
Boleh dibeli dikedai, atau perah sendiri dari santan kelapa tuh, masak sampai jadi minyak. Sapukan minyak tuh pada janggut/dagu setiap hari selepas mandi, biarkan selama 1 jam sekurang-kurangnya.
3. Guna minyak bond.
Boleh juga dapatkan di kedai-kedai, masalahnya cuma baunya agak kuat (macam minyak greese) dan boleh menyebabkan si pemakainya pening. Letak didagu seperti biasa.Harganya dalam range (lingkungan rm5-8 ringgit).
4. Guna minyak tanah.
Campurkan dengan bawang putih dan ditumbuk sehingga hancur, kemudian barulah dilumurkan di janggut.Boleh juga gunakan untuk melabatkan misai. Si pemakai akan pening sikit sebab bau minyak tanah nie, tetapi, bau bawang nie dah cover (kurangkan) bau minyak tanah nie.
5. Guna putih telur ayam.
Ambil putih telur dan sapukan di tempat yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insyallah, kawasan yang anda inginkan lebat itu, akan mulai ada, sikit demi sedikit.
Petua lain.
Ambil setengah gelas santan yang pekat besarta dicampurkan dengan suku (secukup rasa,hehe) gelas air kayu cendana. Kemudian, campurkan dengan telur udang yang telah dihancurkan. Sapu dan caraktan dijanggut anda itu. Hasilnya pasti memuaskan.
Selamat mencuba.


Aku pun ada tips juga nak lebatkan janggut n misai..kau org gunakan buah keras,bakar atau goreng tanpa menggunakan minyak hingga hitam n hangus.lps tu tumbuk hingga lumat smp keluar minyak n campurkan dgn minyak kelapa..lps tu sapu kat dagu dlm sbln confirm dah mcm pakistan jual kain…
kecuali minyak semua ni. ada cara lain yang lagi cepat tak?
selepas menyapu minyak kelapa kulit saya semakin itam terima kasih ….nasihat yg berguna
syukran2…
salam..
da mcm nk buat minyak dagu dah..haha..
mm..ayh ana ckp, sapu je minyak sapi kt dagu..
insyaALLAH lebat..
SELAMAT BERAMAL~
ikut dari exprimen aku sendiri…kite leh gune an myk 2T moto…alang-alang letak dalam moto 2..calit la sikit kat dagu ni..so lepas 2 3 hari da nmpk die tumbuh janggut..CONFIRM HENSEM lepas tu..
wah petua baru tuh…terima kasih… diatas tips tuh