
Tahniah kepada semua finalis dan juga pemenang yang telah dinobatkan dalam anugerah bola sepak kebangsaan 2017. Inilah hasil korang yang dapat sebagai pemain untuk diri sendiri. Kita sebagai penyokong hanyalah boleh tengok dari jauh, mendoakan para pemain agar dengan anugerah ini, sedikit sebanyak tingkatkan pretasi selain , jadikan semua ini untuk tingkatkan kemampuan diri di tahun yang mendatang.
Dibawah ini adalah senarai penuh pemenang yang telah merangkul kejuaraan bola sepak kebangsaan 2017. Jom kita terjah…
- Pemain paling bernilai: Badrol Bakhtiar (Kedah)
- Penjaga gol terbaik: Ifwat Akmal (Kedah)
- Pertahanan terbaik: Mat Davies (Pahang)
- Pemain tengah terbaik: Badrol Bakhtiar (Kedah)
- Penyerang terbaik: Shahrel Fikri (PKNP FC)
- Jurulatih terbaik: B.Sathianathan (Felda Utd)
- Pemain import terbaik: Liridon Krasniqi (Kedah)
Anugerah sampingan
- Pemain muda harapan: Adam Nor Azlin (Selangor)
- Pemain wanita terbaik: Siti Rohani Saptu (Sarawak)
- Penyokong terbaik: KedahPasukan terbaik: Kedah
- Laman web terbaik: Selangor
- Media sosial terbaik: kedah
- Anugerah selamat datang: Felcra FC dan UKM FC
- Anugerah fair play: T-Team FC
- Anugerah RTM pemain paling mesra: Thanabalan
- Penjaring import terbanyak MSL: Mohammad Ghaddar
- Penjaring tempatan terbanyak MSL: Badrol Bakhtiar
- Penjaring import terbanyak MPL: Guilherme De Paula
- Penjaring tempatan terbanyak MPL: Malik Mat Ariff
Penjaring terbanyak Liga Super bagi kategori import di menangi penyerang Johor DT, Mohamed Ghaddar dengan mencatat 23 gol sementara Baddrol Bakhtiar memenangi bagi pemain tempatan dengan 9 gol.
Penjaring terbanyak Liga Perdana bagi kategori import di menangi penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dengan mencatat 27 gol sementara Malik Mat Ariff memenangi bagi pemain tempatan dengan 15 gol. Anugerah Kasut Emas di anugerahkan kepada Guilherme De Paula selepas menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan.

Leave a Reply