Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan penuh suku akhir kedua piala fa 21/4/2015

Keputusan penuh suku akhir kedua piala fa 21/4/2015

Zik · Apr 21, 2015 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

image

image

Keputusan perlawanan suku akhir kedua dalam kempen piala fa edisi 2015. Pasukan terengganu dan kelantan mendominasi permainan malam ini. Geng sek pantai timur nampaknya semakin hebat lorr nih.
Jom kita tengok keputusan penuh perlawanan.

Perak (0) vs (2) Terengganu

Jaringan :
Paulo rangel 22″
Issey Nakajima 55″

Aggregate :

Perak (1) vs (3) Terengganu

Terengganu sudah mengesahkan mara ke separuh akhir dan bakal bertemu dengan pasukan dari seberang tambak (the lions xii) rasanya sebab dia dah leading 2-0 keatas jdt ll. Esok kita akan tahulah macam mana keputusannya.

Kelantan (3) vs (0) Sime Darby

Penjaring :
Badri radzi 41″ (penalty)
Iwuji Augustine 58″
Erwin Carillo 74″

Kelantan mara ke separuh akhir menewaskan sime darby di gelanggang keramat kota bharu, kelantan. Bakal bertemu dengan pasukan pahang. Fuhhh memang tough perlawanan separuh akhir nanti. Pahang juara bertahan akan bertemu dengan kelantan, pastinya sengit nanti.

Ulasan perlawanan.

Separuh masa pertama dilihat kelantan menguasai permainan, cuma dari segi finishing tak berapa nak menjadi. Sime darby ada juga sekali dua membuat serangann, tapi penyudahnya sangat lemah. Kelantan didepan apabila piya dijatuhkan dalam petak penalti. Dengan mudah piya menyempurnakan sepakan penalti itu. Kelantan di depan dengan aggregate 2-1.

Separuh masa kedua, permainan lebih rancak dan ganas. Banyak kad kuning dilayangkan. Namun lebih penting dua gol dari kelantan merancakkan permainan malam tadi. Gol kedua dari pemain import iwuji dengan sepakan kencang ke sebelah kiri gawang sime darby. Apabila wan zack haikal dimasukkan, idea serangan pun makin banyak. Kelantan terus mencari gol selesa erwin pemain import baru meledak gol hasil dari hantaran yang baik kepada beliau dan menyudahkannya dengan baik sekali.

Dah minit-minit terakhir fakri baru nak dimasukkan, dan sapa entah aku pun tak berapa nak kenal. Asakan semakin banyak, tetapi agak lewat dan mensia-siakan peluang yang terhidang depan gol tuh.

Esok jangan lupa pulak :

JDT ll vs LIONS XII
PAHANG VS PENANG FA

Adakah akan ada kejutan dari pasukan yang ketinggalan gol ini?? Kita saksikannya esok ok!!

Sekian dari meja sukan zikri husaini melaporkan untuk anda semua.

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan kelantan vs sime darby piala fa 21/4/2015, keputusan penuh piala fa suku akhir kedua 2015, keputusan penuh suku akhir kedua piala fa 21/4/2015, keputusan perak vs terengganu 21/4/2015, pasukan yang layak ke separuh akhir piala fa 2015, terengganu dan kelantan mara ke separuh akhir piala fa 2015

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    April 22, 2015 at 2:36 am

    tahniah buat kelantan.

    akhirnya menang 3-0 dan layak ke separuh akhir.

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2015 at 4:07 pm

      Kelantan dibawah azraai khor sudah nampak ada keserasian diantara pemain.. keep it up the good work

      Reply
  2. Sobri Mansor says

    April 22, 2015 at 8:38 am

    Seladang apah pun tak boleh.

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2015 at 4:06 pm

      Cuba lagi seladang…

      Reply
  3. cukupmakan says

    April 22, 2015 at 3:27 pm

    Taniah kelantan, trubat jugaluka kekalahan dengan JDT tempoh hari .kikiki

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2015 at 4:06 pm

      Oklah .. dapat juga ke separuh akhir.. jdt first round dah out.huhu

      Reply
  4. si bongkok says

    April 23, 2015 at 9:36 am

    Ulasan saya utk 4 pasukan yang mara ke top 4 piala F.A

    1 – Pahang selaku juara bertahan nampak masih konsisten dengan prestasi mereka dalam piala F.A ini. Peluang utk ke final masih terbuka dengan syarat konsistensi mereka terus kekal sahaja.

    2 – Kelantan berjaya keluar dari zon siri kekalahan mereka. Dengan merekrut 2 pemain import baru nampak tuah bersama mereka dengan azraai khor…ditambah lagi dengan baju kaler pink itu turut memberikan impak kepada azraai khorr… πŸ˜€

    3 – Skuad ganu juga berjaya mara ke separuh akhir 2015 piala F.A ini. Antara pencapaian terbaik mereka setelah 2-3 musim terumbang ambing sebelum ini. Mungkin kelibat cikgu rahman bersama penggempur mereka paulo rangel byk membantu pasukan.

    4 – Lions saya tak byk info dapat utk tahun ini. Namun dari result liga nampak skuad fandi ahmad terumbang ambing. Cuma bila lawan dengan mereka di gelanggang keramat – padang rumput tiruan banyak memihak kepada mereka.

    Predit FINAL :

    Pahang VS Terengganu

    * Ulasan dari meja buruk kafe warung si bongkok bukan pakar taktikal mcm hafizal hamad & hasnizam uzir … πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      April 23, 2015 at 11:17 am

      Terbaikkkk broooo… seberang tambak nampaknya memberikan saingan yang hebat tanpa pemain import..

      Reply
  5. Hero Borneo says

    April 23, 2015 at 6:31 pm

    terbaiklah bro..ulasan yang cukup bagus

    Reply
  6. suri says

    April 24, 2015 at 8:56 am

    tengok juga tapi tak tahu nak berikan kupasan macam mana adoi..apa layan jugalah sesekali .ahai..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.