Mendapat undian lebih kurang 22 juta lebih. Haqiem Rusli dinobatkan sebagai bintang paling popular. Untuk edisi kali ini tanpa penonton kita dengan norma baru nampaknya Abpbh dapat juga dilaksanakan cuma dengan SOP yang cukup ketat. Ini rezeki Haqiem Rusli untuk tahun ini. Baru-baru ini juga, dia pun baru jer beli kereta branded juga tuh. Hehe.
Baca juga : Keputusan penuh anugerah bintang popular berita harian 33.
Haqiem Rusli sebelum ini dulu pernah terlibat dengan beberapa kontroversi. Banyak jugalah, pasal nak bersara, depression lagi, kes spek hitamlah. tetapi dia belajar dari kesilapan, dan tak cepat melatah. Biarpun apa-apa yang melanda beliau. Orang buat lagu troll pasal depression dia, Haqiem Rusli tak menggelabah, walaupun dia kecewa.
Masa kecil dulu, dia adalah finalis bintang kecil. Kemudian dia mencuba nasib dengan masuk program mentor. Masa tuh dia cuba bersaing dengan Qody, tetapi Black memilih Qody. Haqiem Rusli tidak patah semangat, dia berjaya naik tanpa dari program realiti. Dia buat kompose lagu sendiri. Single pertama dia yang meletup masa tuh kalau tak silap Segalanya.
Kemudian dia masuk ke anugerah juara lagu, Tergantung Sepi dia dapat no3. tahun kemudiannya dengan ft Aman Ra daopat juga final AJL tetapi tak dapat menang. tahun lepas pun masuk final juga, dengan lagu Lembah Kesepian, tetapi tidak dapat menang apa-apa.
Perjalanan Haqiem Rusli masih jauh. Apepun kita doakan Haqiem Rusli terus sukses dan jangan lupa diri. Tahniah buat Haqiem Rusli!!
Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun itu memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu.
Terdahulu, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu.
Haqiem juga mengungguli kategori Lagu Paling Boom Popular dengan single Lembah Kesepian bagi edisi kali ini manakaa pada ABPBH 32 tahun lalu, Haqiem turut memenangi kategori sama melalui lagu Selamat Tinggal Sayang.
Haqiem yang mula terbabit dalam dunia seni sejak menyertai program realiti, Idola Kecil terbitan TV9 pada 2008, menunjukkan peningkatan cemerlang sepanjang tahun lalu melalui karya yang dihasilkan selain menjalin hubungan erat dengan pengikut terutama kelab peminat.
“Terima kasih kepada Allah kerana memberi rezeki untuk hari ini. Terima kasih kepada keluarga dan mak abah yang sedang menonton sekarang ini. Saya harap mak abah bangga dengan saya. Terima kasih kepada Berita Harian, TV3, rakan-rakan dan Qiemillo yang mengundi saya.
“Saya tak pernah menjangkakan kemenangan ini. Insya-Allah, saya akan menggunakan anugerah dengan sebaik-baiknya. Jujurnya, ia sangat besar bagi saya.
“Anugerah ini tak pernah saya jangka, saya tak tahu nak cakap. Saya sangat gembira dengan anugerah ini,” katanya.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply