Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Ucapan kreatif hari raya 2018

Ucapan kreatif hari raya 2018

Zik · Jun 15, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Ucapan kreatif raya kembali lagi untuk edisi 2018. Kita harap adalah sedikit sebanyak ucapan dari rakan-rakan media untuk memberikan ucapan atau pantun barangkali dalam memberi satu naskah istimewa untuk pembaca tegar laman muka buku.

Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ?ada yg ?buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* ? • ? ? ? ? ? •
• ?Selamat?* ? • ? ? ? ? ? •
•??Hari Raya!? ?* • ??
° ? ° ??? * _?_____*?*?
? ? •?•? */______/~??? ? ?
? ? •?• ? ? ?? ??? ?
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN…

YANG BENAR…

Kata Al-Ghazali:

Yang jauh itu WAKTU,

Yang dekat itu MATI

Yang besar itu NAFSU,

Yang berat itu AMANAH,

Yang mudah itu BERBUAT DOSA,

Yang panjang itu AMAL SOLEH, dan

Yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

 

Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami,
Sempena kedatangan Syawal yang barakah ini,
Muliakan dan sayangilah sahabatku yang sedang membaca  whattsap INI.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
Berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kepadanya kenikmatan ibadah,
Jauhkanlah dirinya daripada fitnah,
Salam Syawal 1439H
.
Berakhirnya Ramadhan yang mulia dan bermulanya Syawal bulan kemenangan.
Ramadhan yang mempunyai banyak kenangan.
Semoga sempat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
Jika langkah membekas lara,
Jika kata merungkai dusta,
Jika jelingan jadi bisa,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna sedia kala,
Tiada prejudis tiada wasangka,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Biar renggang di fana dunia,
Biar hina di mata manusia
,Biar semangat semakin tua,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita
Biar jurang pangkat kita,
Jangan tergadai silaturahim antara kita
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang terabaikan,
hati kadangkala berprasangka,
sikap kadangkala menyakitkan.
.
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.
.
Syawal akan menjelang.
.
Mohon Maaf Zahir dan Batin”

 Kala Ramadan telah pergi,
Takbir berkumandang di hari fitri,
Lapar dahaga yang kita lalui,
Semoga berbalas pahala Ilahi,
Dengan tangkupan sepuluh jari,
Kumohon maaf setulus hati,
Ampun dipinta maaf diberi,
Salam Aidilfitri.

Anak monyet anyam ketupat,

Lemang dibakar bersusun rapi,
Masa ini dah tak main kad-kad,
Whattsap/facebook inilah pengganti diri,
Selamat Hari Raya,Maaf zahir dan batin.
Nak pantun tak reti,
Nak gurindam jauh sekali,
Whattsap dihantar pengganti diri,
Tanda ingatan di aidilfitri.
Janji-janji yang terabaikan,
Hati yang kadang kala berprasangka, dan
Sikapku yang pernah menyakitkan,
Maafkanlah kekhilafanku ini,
Salam Syawal Ucapan 
Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat
,Ucap tak terdengar
,Mata tak bertentang,
Mohon maaf segala kesilapan,
Kerana ada tikanya mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata-kata,
danHati tersalah menduga,
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah,
danYang buruk itu datangnya daripada diriku sendiri.
Sebening wuduk, sesuci al-Quran,
Seindah dan setenang hati yang tiada benci,
Iri hati dan dendam,
Jika tangan tak sempa berjabat,Jika wajah tak bersua,
Bukalah pintu kemaafan,Salam Aidilfitri.
Lisan kadang-kadang tidak terjaga,
Janji kadang-kadang tidak tertunai,
Hati kadang-kadang berprasangka
,Cakap kadang-kadang menyakitkan,
Hidup ini menjadi indah, jika masih ada kemaafan.
Saya menyusun 10 jari memohon jutaan ampun dan maaf.
Menyusun jari mohon kemaafan
,Di hari raya penuh keceriaan
Sebulan puasa penuhi amalan,
Moga tuhan memberi kurniaan.
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam perbuatan mungkin ada yang terkasar
Hanya ampun dan maaf dipinta.Salam Aidilfitri.
Menadah tangan tanda kesyukuran,
Ramadan berakhir Syawal dinantikan,
Salam dihulur pohon kemaafan,
Tulus dan ikhlas sesuci lebaran.
Syawal nan indah menjelma kini,
Ramadan yang mulia melambai pergi;
Salam kemaafan dari hati nurani,
Segala kesilapan mohon dimaafi.
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di Aidilfitri;
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS diberi bukan lupa tradisi,
Tapi ikut teknologi terkini yang ada di hujung jari.
Biar kulit segelap ALMOND LONDON,
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
Biar iman sekental DODOL,
Jangan senipis REMPEYEK.
Biar jiwa selembut BAULU,
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA.
Senyumlah semanis WAJIK
,Agar lebaran yang disambut lebih bermakna.
:Ada tikanya suara kita tak senada
Ada tikanya tingkah kita tak sehaluan,
Ada tikanya bicara saya menguris rasa,
Ada tikanya laku saya melukai jiwa,
Maka pada hari mulia ini
saya titipkan salam kemaafan, dan
Salam Aidilfitri

 

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment pantun raya 2018, pantun whattsap raya 2018, ucapan hari raya aildilfitri 2018, ucapan kreatif raya, ucapan kreatif raya 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.