• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Selamat hari Polis yang ke 212, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Selamat hari Polis yang ke 212, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Zik · Mar 25, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

selamat hari polis yang ke 212 2019

Selamat hari polis yang ke 212, bagi tahun 2019. Tugas polis terlalu berat sebenarnya. Banyak benda yang perlu dikorbankan. Nak setimpal dengan usaha yang mereka lakukan dengan gaji yang mereka dapat kalau ikutkan memang agak sukar. Ada masa memang senang, bila masa yang betul-betul kritikal polis dikritik dengan hebat.

{VIDEO} HARI POLIS KE-212: NILAI SEBUAH PENGORBANAN

Saksikan video promo sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 bertajuk “Nilai Sebuah Pengorbanan”. Jangan lupa untuk kongsikan video ini!! Boleh tengok di fb pdrm

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Cabaran media sosial.

Yer sekarang dengan kecanggihan teknologi semasa, di media sosial Pasukan Polis ada kadang-kala diperlekehkan. Dipolitikkan itu memang sudah menjadi lumrah. Ada yang bergadai nyawa demi mempertahankan nyawa orang awam. Itu satu pergorbanan yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Perubahan masa dan teknologi terutama penggunaan media sosial yang meluas memberi cabaran buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perubahan yang berlaku membuatkan pasukan keselamatan itu sentiasa perlu melengkapkan kepakaran dalam pelbagai aspek.

“Kegiatan penipuan sudah berubah daripada cara konvensional kepada cara lebih kompleks bukan sahaja bersifat domestik tetapi merentasi sempadan.

“Misalnya, dahulu orang main judi guna daun terup tetapi kini bertaruh secara dalam talian, yang kedua merekrut pengganas tidak perlu jumpa secara fizikal…love scam yang kita tidak fikir sebelum ini mengakibatkan kerugian berbilon ringgit,” katanya dalam temu bual khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019.

Justeru, beliau berkata PDRM meningkatkan kerjasama dan kolobrasi bersama pasukan keselamatan negara lain bagi membendung kegiatan jenayah berkenaan.

Selari dengan tema Peringatan Hari Polis iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Mohamad Fuzi berkata bagi mengurangkan kadar jenayah pihaknya sentiasa mengadakan perjumpaan dengan masyarakat untuk berkongsi maklumat bagi membolehkan tindakan diambil.

“Polis telah mengadakan libat urus bersama masyarakat misalnya mengadakan Program 1Masjid 1Polis (1M1P)…arahan serupa saya telah berikan kepada pegawai-pegawai bukan beragama Islam untuk libat sama dengan pihak gereja dan kuil di seluruh negara agar mereka jadi mata dan telinga kepada PDRM dalam menyalurkan apa sahaja maklumat berkaitan jenayah.
…..

Tun M hadir perbarisan peringatan Hari Polis Ke-212

perbarisan hari polis 212

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir perbarisan peringatan Hari Polis ke 212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Dr Mahathir memulakan majlis dengan memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat dan diikuti dengan lintas hormat panji dan perbarisan semua unit Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Peringatan Hari Polis Ke-212 disambut secara serentak di seluruh negara oleh warga PDRM dan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Majlis doa selamat: sempena Hari Polis Ke-212

MUHYIDDIN2

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghadiri majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis itu sempena peringatan hari polis ke-212 yang akan disambut pada 25 Mac ini. Beliau yang hadir kira-kira pukul 7 malam tadi disambut oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah sebelum bacaan Yasin dan tahlil bersama pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), diikuti solat isyak dan makan malam.

Solat berjemaah itu diimamkan oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.

Majlis turut dihadiri kira-kira 200 anggota polis dan warga keluarga anggota.

Peringatan Hari Polis Isnin ini akan disambut oleh warga PDRM secara serentak di seluruh negara dengan tema, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Majlis perbarisan juga akan diadakan di semua kontinjen negeri dan ibu pejabat polis daerah sebagai menghormati dan mengenang tarikh bersejarah 25 Mac yang merupakan tarikh penubuhan pasukan itu.

Amanat tun, perdana menteri malaysia.

Perutusan dari IGP Malaysia.


Live update perbarisan hari polis negara 212 hari in i25.3.2019


Live update

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman hari polis negara 2019, hari polis yang ke 212, perbarisan hari polis 212, tema hari polis 212 2019, tema hari polis negara 2019, ucapan hari polis 212 2019, ucapan tun dr mahathir hari polis negara 2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mancai says

    March 25, 2019 at 5:05 pm

    selamat hari polis bro.. wah sentiasa aktifff… gud gud…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

PKP dilanjut 2 minggu bermula 15 hingga 28 april 2020 -PM

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Satu langkah yang tepat dibuat oleh PM kita, …

Pengumuman

Pelakon, Idris Mat Diah Meninggal Dunia-Alfatihah

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG PELAKON veteran Idris Mat Diah yang dikenali …

Pengumuman

Senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2017

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Semalam telah berlangsungnya anugerah planet …

%d bloggers like this: