Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Zik · Apr 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pelakon judi online

KUALA LUMPUR – Kesemua pelakon dalam iklan raya yang mempromosikan judi online sehingga mencetuskan kemarahan ramai sudah ditangkap polis semalam. Kes ini berat sebenarnya. Aku rasa, pengarah, owner dan mereka yang terlibat secara langsung kena bertanggungjawab dan disiasat. Bukan pelakon sahaja, kesian juga mereka pun teraniaya. Ye entahla.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah  mengesahkan kesemua pelakon dalam video itu ditahan di sekitar ibu negara hari ini.

Baca juga : Pelakon tidak tahu menahu iklan judi , 70 peratus shoot baru tahu.

Tanpa mendedahkan secara terperinci waktu penahanan mereka, katanya, semua suspek akan direman untuk siasatan lanjut. 

“Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis.

“Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon ini (video judi online)

“Esok kita akan reman mereka,” katanya kepada media massa.

Mohamad Zainal menambah, mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi.  Katanya, esok Majistret Kuala Lumpur  akan datang ke IPD untuk meluluskan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan ke atas mereka.

“Pada 15 April, terkesan satu video yang tular berdurasi dua minit satu saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian.

Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tular itu dibuat selepas dikesan dalam media sosial semalam.

“Polis telah memulakan siasatan terhadap video berdurasi 2 minit satu saat itu.

“Isi kandungan video ini mendapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Penerbit dan pelakon akan dikesan dan dipanggil untuk dirakam keterangan untuk disiasat lanjut,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955.-

 

credit to MalaysiaGazette

Share this on WhatsApp

Pengumuman Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis, semua pelakon dalam iklan judi online sudah ditangkap

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.