

Syukur kepada Allah, kerana masih kurniakan kepada aku kesihatan, sihat tubuh badan. Rahmat pemberian yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Persaudaraan, keharmonian di negara kita tidak boleh disamakan dengan negara-negara yang lain. Mereka dinegara sana, berhujankan peluru sesat, bermandikan darah, tidur tidak berbantal, bahaya senantiasa menanti tiba. Makan pun tidak tentu, seminggu pun tidak tentu.
Kekalkan keharmonian.
Marilah kita menjalinkan kasih sayang sesama kita biarpun berbeza fahaman. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukannya, janganlah kita berkira dengan wang ringgit. Semuanya tidak kekal dan ada masanya akan sampai masa kita pula nanti, siapa tahu nanti?
Perjuangan yang masih belum ada titik noktah. Halangan pasti tiba! Ia dugaan Allah kepada hambanya yang selalu menyuruh kita ingat kepada penciptanya agar jangan terlepas dari landasan yang (lurus) telah disarankan.
Andai kata aku dan anda semua gugur dalam perjuangan ini, syahid merupakan ganjaran yang Allah janjikan. Setiap amalan yang kita lakukan, semestinya janji Allah itu kita harus percayainya. Janganlah kita terlalu asyik dengan urusan duniawi, hingga kita terlupa apa tanggungjawab kita sebagai anak, bapa,ibu, suami, isteri, ketua kampung, imam, ketua menteri sekali pun tidak terlepas dengan urusan ukhrawi.
Perjuangan yang belum selesai. Bukan aku seorang sahaja, tetapi kita semua.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
orang beriman tidak akan puas sehinggalah dia berakhir dengan syurga.
setuju…
masih banyak lg perkara yang masih belum sempat di perjuangkan…
berjuang selagi boleh.,,,
Jangan pula kita hanyut dan menjadi lemah dengan keharmonian dan keselesaan yang kita ada. Disamping itu sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.
P/s: Miss Tira ada convocation hari ini. Jadi Bro Ery menjalankan tugas Blog Walking.
tahniah diucapkan buat tira…
Ketua keluarga tentu berat tanggungjawab yang hendak dipikul dengan memastikan ahli keluarganya berada dilandasan yang betul. Nanti di akhirat tidak terpikul untuk menangung dosa anak dan isteri.
ya betul tuh… ketua keluarga banyak tanggungjawab… semua keputusan yang dibuat haruslah berlandaskan hukum islam…
keharmonian itu juga merupakan ujian, Dia melihat adakah kita mensyukuri keharmonian yg kita miliki pada masa kini, dan adakah kita menggunakan masa yg ada sebaiknya untuk perpaduan dan perjuangan
masa yang terluang.. ada kah kita gunakan sebaiknya??
bila sedar matlamat hidup..perjuangan tak pernah berhenti..
matlamat hidup kita semua sama.. cuma kadang2 terbabas…
Satu pesanan yang baik. Sama-sama kita renungkan selagi ajal masih bersisa
selagi masih bernafas….
semoga semuanya berjalan lancar .. amin
syukur dapat tinggal di negara yang aman
bersyukur sangat….
semoga berjaya..
sama2 kita pertahankan… biarpun berbilang bangsa…