Bila tengok si Legend nih rindu juga aku dengan safee Sali nih. memang dia banyak sumbangannya kepada pasukan harimau malaya. Tapi untuk perlawanan antarabangsa, kita kena tengok prestasi semasa pemain jika mahu menyertai pasukan keramat harimau malaya.
Belum pernah terfikir mahu bersara wakili negara!!
Penyerang baru Perlis, Safee Sali masih belum menutup pintu untuk kembali menyarung jersi kebangsaan, andai khidmatnya diperlukan.
Walaupun bakal berusia 35 tahun bulan depan dan sedang menghampiri penghujung karier, Safee yang pernah dilabel salah seorang penggempur terbaik bolasepak tempatan mengidam menjadikan singa utara sebagai platform untuk membuktikan sentuhannya seterusnya memikat perhatian pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. [Read more…]