• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Realiti dalam mencari kerja pilihan era millenium!!

Realiti dalam mencari kerja pilihan era millenium!!

Zik · Mar 30, 2011 · 48 Comments

Share this on WhatsApp

Semua orang ada kerja impian yang mudah, senang , tak payah nak fikir sebelum tidur dan strategi baru untuk mendapatkan/meningkatkan lagi jualan dan sentiasa dalam keadaan yang tertekan.

Realiti hari ini.

Inilah realiti yang berlaku pada hari ini. Mencari pekerjaan sekarang ini walaupun untuk satu aras permulaan pertama ialah sangat berbeza ketika zaman selepas kemerdekaan. Sekarang ini, aku mengakui proses carian kerja lebih gagah, lebih panjang,  dan terutamanya untuk pemohon-pemohon cari kerja lepasan universiti seperti aku, untuk bersaing semakin lebih hebat. Di sini apa anda yang perlu tahu mengenai realiti baru mencari pekerjaan, dan bagaimana anda boleh ambil  maklumat ini bagi kelebihan anda. Bagi yang sudah bekerja, boleh memberi nasihat dan pandangan yang bernas.

dream job, impian kerjaya anda, apa impian kerjaya,your dream job, my dream job,

Kerjaya impian!!

Ijazah dan diploma bukan lagi guarantee untuk kerja.

Graduan ulat buku bukan lagi jadi pilihan sekarang ini, biarpun pointer 4.00 atau 4.50(sesebuah institusi) Ya, aku memang memilih dalam mencari kerja seperti ini. Namun apakan daya, nampaknya aku telah ke langkah ke alam pekerjaan walaupun gaji sedikit. Sedikit sahaja masa lagi., Walaupun gaji bukan lagi jadi sandaran lagi dah. Aku tak memilih kerja sekarang nie.

Pengalaman-pengalaman, pengalaman.

Rata-ratanya dari engine carian, laman sesawang untuk kerja kosong, rata-ratanya memerlukan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun, alasan yang aku tahu ialah syarikat mahu pekerja yang baru bekerja itu seiurs dan meneurskan tugas itu lebih mudah dan cepat kerana sudah arif dalam bidang yang diminta. Tidak perlu banyak membuang masa, untuk mengajar, belajar dan mengurangkan kos kerugian bagi yang tidak mempunyai pengalaman.

Hasil dari pemerhatian dan pengalaman sendiri, selalunya (dua kali praktikal, diploma&degree) aku apabila bekerja sebagai  pelajar “latihan industri” (practical) bukan sahaja dipergunakan, malah banyak benda aku rasa tidak diambil peduli kerana dilihat tidak ada kepentingan dalam syarikat dan kebajikan tidak dijaga. Namun tidak semua syarikat seperti ini. Cuma segelintir pihak-pihak yang tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas pelajar latihan industri ini, untuk dibuli dan dimaki hamun. Apa kita nie takda perasaan ker??

Soft skill, kemahiran lain (unique) diperlukan untuk jadi lebih unik dalam pekerjaan.

Itu merupakan salah satu soalan yang sering ditanya, ketika ditemurah. Apakah kelebihan anda berbanding pekerja lain? Kalau zaman 1985 (baru lahir), benda nie memang tak ditanya sebab teknologi IT ketika itu masih lagi belum meluas dan belum lagi datang ke negara kita.  Sekarang ini, sekurang-kurangnya kena tahu guna software microsoft word, excel, powerpoint, access, dan sebagainya.

Itu sahajalah dari aku, ingin berkongsi satu era pekerjaan yang “bakal hot” dan sedang hot kot, di negara kita. Team-team anak muda seperti  gandingan flarebiz nie memang masyukkk. Sudah tiba masanya graduan anak-anak muda lebih ke arah bidang ict (usahawan) untuk bersaing dengan negara lain, kerana cabaran global lebih banyak peluang dan kekuatan itu akan ada jika mempunyai team yang hebat, sentiasa mahu kehadapan.

21st Century Skill.

  • E-commerce project management
  • E-commerce consulting
  • ERP sales
  • IT infrastructure management
  • WAP development
  • Web/blog designer
  • Customer relationship management
  • Knowledge engineering
  • Data communications
  • Blogger s???

Berpijak di bumi yang nyata.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Personal cabaran millenium mencari kerja alaf baru, jangan memilih kerja, kerja tahun millenium 2020, pengalaman ketika praktikal, persaingan dalam mencari kerja, praktikal aku yang malang, realiti dalam mencari perkejaan dalam era millenium

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Miss Tira says

    March 30, 2011 at 12:21 am

    Persaingan kerja amat besar. Belajar itu hanyalah asas sahaja. Jangan terlalu berharap dengan sijil yang kita dapat. Dunia alam pekerjaan sebenar mahukan pengalaman. Kena hadapi perkara ini.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 12:21 pm

      persaingan sekarang sangat sengit…

      Reply
  2. sazuwi says

    March 30, 2011 at 12:48 am

    carik ar pengalaman sebanyak yang boleh semasa tengah belajar..
    jangan terlalu sangt mengejar perkara-perkara yg tak penting..
    zaman sentiasa berubah-rubah..

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 1:01 pm

      pengalaman yang ada sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan dalam interview tuh nanti…

      Reply
  3. tengkorak emas says

    March 30, 2011 at 12:59 am

    tentang pelajar praktikal, kena pandai cari peluang juga, selalunya memang aku banyak dengar pelajar praktikal dapat kerja biasa je, tapi kalau boleh, kita sendiri tanya apa2 kerja lain yg boleh dibuat,

    tentang kerja, bro dah kerja?alhamdulillah 😀
    aku pula belajar jurusan undang2, dan aku lebih tertarik dengan bidang penguatkuasaan, alhamdulillah setakat ni masih ke arah itu..

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 1:02 pm

      kerja biasa2 jer… huhu

      Reply
  4. kulanz says

    March 30, 2011 at 1:44 am

    sekarang ni kebanyakan kerja memerlukan kemahiran dan pengalaman.. tak kurang juga yang aktif kokurikulum.. banyak persaingan

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:08 pm

      nampaknya perlu kreatif sekarang nie…

      Reply
  5. tehr says

    March 30, 2011 at 4:03 am

    harap2 segala persaingan adalah sihat
    jangan ada nanti pengadil yang berat sebelah

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:09 pm

      tukang interview nya pun kena fikir betul2 mana yang layak… huhu

      Reply
  6. mancai says

    March 30, 2011 at 4:15 am

    kalau boleh masa praktikal belajar keseluruhan struktur perjalanan syarikat dan keseluruhan bidang dalam syarikat itu…bukan sekadar 1 bidang pekerjaan sahaja…nampak macam tamak, tapi itulah tiket untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik walau dimana sahaja…sekurang2nya semua jenis bidang kerja boleh kita buat… sekadar pendapat….

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:11 pm

      time praktikal semua benda buat… dah macam kuli batak.. digunakan habis2san.. huhu.. sedihnya

      Reply
      • mancai says

        April 4, 2011 at 5:38 am

        yang sakit hati bila praktikal, orang mintak kita buat kerja… tapi yang mintak buat kerja lansung tak buat kerja… ish2… aku pun pernah melaluinya menda2 macam ni…

        Reply
  7. suffer8zine says

    March 30, 2011 at 9:02 am

    semakin hari makin banyak persaingan, huhu

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:12 pm

      setiap tahun yang graduate semakin ramai…

      Reply
      • suffer8zine says

        April 4, 2011 at 12:26 pm

        huhu tu la, semakin maju

        Reply
  8. Kamal Mustafa says

    March 30, 2011 at 10:26 am

    Zaman sekarang nie rasanya pengalaman lebih penting. sungguh pun kita mempunyai Ijazah dan diploma tanpa pengalaman susah gak.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:13 pm

      kebanyakkn semua nk pengalaman…

      Reply
  9. chii says

    March 30, 2011 at 11:23 am

    bloggers pun termasuk gak eh..hehe

    chii setuju.skrg ni…kebanyakan student semuanya xm oriented..blaja hanya utk lulus dlm xm..tp bape ramai antara top2 student yg punyai skill2 atau kemahiran yg diperlukan bila ingin keluar bekerja..=)

    pape pun skrg ni..yg penting pengalaman..manakala degree,master atau diploma holder..sekadar mencantikkan lagi 🙂

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:15 pm

      nampak cantik dekat resume jer.. huhu

      Reply
  10. rusliesophian says

    March 30, 2011 at 12:24 pm

    Salam Zik,

    Saya kurang pasti sekarang. Tetapi semasa zaman saya dulu (20 tahun lalu), pengalaman memainkan peranan penting dalam menjawat jawatan di syarikat swasta.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:40 pm

      pengalaman memang penting uncle…

      Reply
  11. zulkbo says

    March 30, 2011 at 12:35 pm

    salam Zikr..
    pengalaman saya buat para graduan
    jangan terlalu memilih pekerjaan..

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:59 pm

      janji ada kerja buat sementara waktu nie..sambil2 tuh cari kerja lain… huhu

      Reply
  12. akubiomed says

    March 30, 2011 at 1:51 pm

    Apa yang di katakan oleh Zik memang betul kalau ada ijazah sekali pun belum tentu kerja menunggu kalau diploma masih ada peluang. Macam bidang saya ceburi lebih berminat mengambil kelulusan diploma kerana mereka ini berkemahiran berbanding ijazah kerana lebih kepada pengurusan.

    Sesuatu yang perlu di lakukan oleh institusi pengajian supaya yang berijazah mempunyai kemahiran bukan setakat teori sahaja. Ada beberapa Universiti teknikal tempatan dapat melahirkan graduan ijazah yang berkemahiran. Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan program melatih semula lepasan graduan dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri.

    Saya bercakap berdasarkan skop bidang kerja yang saya ceburi iaitu Elektronik Perubatan.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:01 pm

      apepun kerajaan pun perlu peka denga keadaan semasa nie… ramai yang sudah mengganggur nih

      Reply
  13. iza says

    March 30, 2011 at 4:13 pm

    As salam..
    Ada tak Kelab Siswazah Menganggur? Nak daftar la…dh 5 thn tunggu ni..
    Dah malas nak mohon kerja, nasib baik ada org tanggung mkn minum..

    *blogger!! komen jangan letak link,

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:02 pm

      ada kot …. takpelah akak ada orang yang tanggung

      Reply
  14. eastbullet says

    March 30, 2011 at 8:03 pm

    kerja,kerja,kerja.. walaupun perkara ni masih jauh dalam kehidupanku.. aku tak boleh mengabaikannya. kerana apa yang kita belajar sekarang adalah untuk masa depan.

    biasanya semua kerja kene mula dari bawah. tidak kiralah diploma, sijil atau ijazah. mungkin bagi sesetengah pihak yang bertuah, terus berada di atas. yang membezakan antara kelayakan akademik ialah kadar kenaikkan pangkat. mungkin lagi tinggil akademik, lagi cepat naik pangkat. mungkin….

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:05 pm

      mulakan kerja2 semua nie dari bawah…

      Reply
  15. mihnaz says

    March 30, 2011 at 11:59 pm

    Kerja itu ibadah, andai kena cara kerja itu mendatangkan pahala.Akan tetapi mencari kerja yang bersesuaian dengan ijazah dan diploma juga susah zaman sekarang. Jangan terlalu memilih dan sediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu. Teori sedikit membantu berbanding “sof skill” yang kita ada. Seperti seorang guru baru, kekurangannya ialah cara dia mengajar murid berbanding guru lama yang punyai pengalaman dan kemahiran mengajar dengan baik. Maknanya kita perlu usaha untuk majukan diri walau siapa dan apa kerja kita. Bukan peluk tubuh tunggu kerja bersesuaian dengan ijazah.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:13 pm

      mesti berusaha untuk mencari kerja..jangan duk goyang kaki..

      Reply
  16. Hisyam says

    March 31, 2011 at 12:00 am

    As salam Zik, sekarang ni permintaan untuk pekerjaan sebenarnya banyak. Cuma pemilihan tu je yang agak ketat kerana sekarang kita boleh lihat peningkatan kecemerlangan dalam kalangan pelajar. Sebab tu ramai yang ulat buku, tapi pengalaman memang failed tetap tak akan diterima bekerja lebih-lebih lagi sektor swasta.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:24 pm

      W’salam. pemilihan sekarang lebih diberatkan kepada yang lebih berpengalaman…

      Reply
  17. benjy says

    March 31, 2011 at 3:33 am

    Salam hormat Zik,

    Membaca postmu ini menyebabkan aku tertarik … saya juga sependapat dengan mu bahawa industry ICT akan berkembang secara mendadak … tak percaya pandang sekeliling kita … ada je gambar TM, DIGI, MAXIS, CELCOM dan entah macam2 lagi … dalam bank mesin ATM dan lain2 mesin berlambak … e-mail kemestian pada syarikat, website ‘KOMPOM’ … dan banyak lagi (tak larat nak cerita) … pada pendapat saya … apa2 pun bermula daripada ilmu … dan saya sifatkan ia seperti berikut :

    Ada Ilmu = permulaan kerja biasa (jangan memilih) + pengalaman = Executive Level + Idea bernas = Manager Level + Track Record = Senior/General Manager + komitmen = CEO

    Itu hanya pendapat peribadi saya sahaja … jangan pula jadi macam ni :

    Ada Ilmu = permulaan kerja biasa (jangan memilih) + kipas bos = Executive Level + jatuhkan kawan sekerja = Manager Level + ambil kesempatan nama atas kerja orang = Senior/General Manager + pandai mengambil hati isteri pengarah = CEO

    P.S. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan …

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:35 pm

      industri ict semakin mula mendapat perhatian…. so kena start dari awal…. sebelum persaingan yang sengit dari negara2 lain.. huhu

      Reply
  18. nasslimdiet2 says

    March 31, 2011 at 9:32 am

    kerja zaman sekarang memang terhad. so banyak persaingan. kita kene da kelebihan baru ada peluang. lagi pula dengan masalah cable ni, kita yang takda cable ni melopong je la. ko amik course pe bro?

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:40 pm

      logistic..

      Reply
  19. adele says

    March 31, 2011 at 4:13 pm

    kalau tengok ilmuwan islam yg dulu2, mereka tiada diploma, degree, master, phd mahupun professor..tp ilmu mereka menjangkaui masa sehinggalah ke hari ini..tengoklah bgaimana barat mencorakkan pemikiran umat islam hari ini sehingga tergila2kan pangkat dan jua harta.. ikhlas2kan hati kita menuntut ilmu hari ini 🙂

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:41 pm

      mesti bertarung hebat dengan secara baik untuk bersaing dengan negara luar yang semakin hebat dan membangun..

      Reply
  20. suri says

    March 31, 2011 at 10:07 pm

    kerja jgn memilih klu pilih org pekarja asing yg rembat!

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:41 pm

      orang asing murah kos…. sebab itu jadi pilihan..

      Reply
  21. BroZooL says

    April 1, 2011 at 12:27 am

    Salam Malam Jumaat bro,

    Pengalaman saya bekerja dah 6 tahun dan telah menempuhi macam2 dugaan, tapi secara ringkas yang berlaku pada zaman sekarang, banyak kerja ditawarkan, tapi masih lagi terdapat yang menggunakan kabel orang dalam, yang teraniaya orang yang masih tak ada kerja..

    Tapi memang realiti sekarang nak kan pengalaman, pengalaman dan pengalaman. Bagi pendapat saya, kalau tidak diberi peluang kerja, bagaimana nak dapatkan pengalaman, betul x?

    Yang dah ada kerja takpela, tapi yg tak bekerja ni patut diberi peluang..

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 6:42 pm

      kena bagi peluang untuk belajar sikit2 pun jadilah….

      Reply
  22. muhammad fakhruddin says

    April 2, 2011 at 11:01 pm

    Saya selaku admin blog Oh!Buku membantah sekeras-kerasnya statement ‘Graduan Ulat Buku Tidak Ke Mana’ jangan marah bro…

    Silapnya pada graduan yang tidak membina kemahiran insaniah tersendiri. Core business sebuah universiti bukanlah kilang untuk melahirkan pekerja berkemahiran namun menjana mahasiswa dan ahli akademik yang berilmu tinggi.

    Kemahiran juga tidak terbentuk tanpa ilmu, baik yang ditimba secara formal mahupun dari pengalaman.

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 7:13 pm

      statement itu ditujukan kepada mereka yang baca buku.. tak bersosial langsung… huhu

      Reply

Trackbacks

  1. Blog paling kerap dilawati 2011 | Denaihati says:
    March 30, 2011 at 10:54 pm

    […] 81. Zikrihusaini.com (1) […]

    Reply
  2. Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium! – Zikri Husaini says:
    March 16, 2018 at 11:38 am

    […] tahu, zaman akan datang persaingan untuk mencari kerja semakin sengit, ramai yang para siswazah mengganggur dek kerana tiap-tiap tahun/semester semua pelajar graduate. Itulah realiti yang berlakunya pada hari ini, dek kerana terlalu memilih […]

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Nota peperiksaan online PTD n29 2021
  • 5 Idea Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini
  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Motivasi Personal

Video Skill shots dalam permainan pool (snooker)

Share this on WhatsApp Aku bukanlah pemain tegar, apatah lagi bermain snuker nih…

Akademik

Keputusan penuh SPM 2016 hari ini 16.3.2017

Share this on WhatsApp Hari ini ialah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2016. S…

Akademik

Jawatan kosong di jobtact.com

Share this on WhatsApp Sekarang nih memang susah nak cari kerja tetap yang betul…

%d bloggers like this: