a365f3347204313d5ebf4adf8287c761fefaf962

Comments

  1. Pendapat aku la…. sistem pembelajaran kat Malaysia nih kena tukar dah. Terlalu “exam oriented”. Memang setuju student pun kena lebey usaha pada komunikasi.

    Just my 2 cent… huhu

    • Setuju, terlalu exam oriented. Bayangkan ilmu yang diajar adalah asas walhal di industri lebih jauh advance. Pada pandangan saya latihan industri memainkan peranan penting kerana ia akan memberi persediaan bakal graduan untuk berkerja di situasi sebenarnya. Latihan industri kena dipanjangkan dan pihak pengajian perlu selalu mendapat maklumbalas keperluan industri jangan asyik syok sendiri. Kerugian kepada bakal graduan dan pihak industri kerana perlu melatih semula dan ia berkaitan kos yang kena tanggung. Saya biasa jadi panel penemuduga kadang-kadang tak faham pointer memang terbaik bila suruh buat amali sikit tak tahu. Saya pernah menyoal subjek asas alasan mudah tak ingat sebab subjek belajar pada semester pertama. Kalau saya yang bagi alasan memang masuk akal kerana sudah lama meninggalkan kolej. Baik saya ambil budak-budak lapisan SPM latih betul-betul menjadi pekerja mahir dari bercerita bagai nak rak tapi pengisian kosong.

      • Betul tu Bro,
        pada aku mungkin format peperiksaan perlu diubah, kepada cara yang lain, cari satu cara yang dapat menilai tahap pemahaman dan penguasaan terhadap apa yang mereka pelajari, dan juga cari cara untuk menilai kebolehan mereka dalam mengunakan dan mengolah ilmu tersebut, terutama di peringgkat pengajian tinggi

  2. semuanya terletak kepada kepercayaan diri masing2 untuk meneroka lebih jauh lagi. ramai yg sanggup menganggur semata2 sanggup menunggu tawaran kerja daripada kerajaan. dan tidak berani untuk mencuba sesuatu yg berbeza drpd bidang yg dipelajari semasa di sekolah/univrsiti.

  3. Salam Zik.

    Aku sangat setuju dengan artikel ini. Awal2 dahulu sewaktu belajar peringkat ijazah, aku telah dapat menghidu masalah ini terutamanya pada diri aku sendiri. Aku terasa seperti banyak lagi kekurangan yang mesti diperbaiki.

    Bagi aku, kuncinya adalah diri kita sendiri & tidak perlu menyalahkan orang lain sebelum menilai dahulu diri kita. :ninja:

  4. Setinggi mana pun pendidikan tue,kuncinya pada tuan punya diri.Teringat lawak dari Wanda Sykes, dulu-dulu masa sekolah pelajar bermatian-matian belajar semua benda yang diajar guru nak serap habis kalau boleh.Macam komputer habis memori.Habis sekolah semua hilang.Cubolah tanyo memang tak dapek jawab punyo.So para mahasiswa sekarang tak boleh bersandarkan pada 100% pada apa yang diorang belajar atau diajar.Cuba cari alternatif lain yang seiring dengan zaman yang semakin maju nie.

  5. aku setuju 200% sgn entri zik ni…tahniah zik…

    memang kalau ditanya majikan sekarang, apa yg utama? antaranya ialah;
    1. skil komunikasi
    2. kebolehan mengaplikasikan teori
    3. dinamik

    psssst…kalau setakat 4 flat…tapi suruh buat itu inipun tak tahu…baik ambil budak yg 2.95 saje…tapi paling tidak tahu bilalah diminta buat itu dan ini…

  6. kerja…buatlah apa jer yang blh dtgkan kemahiran..asalkan bila kita mtk kerja kat tempat lain bila or tayer kamua da kmahir kerja lain.dok le kita segan nak jawab..

  7. Sokongan kerajaan dengan melatih graduan menganggur adalah satu usaha yang baik kerana ia menjamin graduan menganggur ini bekerja. Ada beberapa majikan swasta yang menyokong usaha ini dengan membangun modul latihan sendiri dan menyertai skim usahasama ini diantara kerajaan dan majikan membuat match making. Boler layar info-info ini di Kementerian Sumber Manusia dan banyak peluang-peluang bakal graduan untuk mohon. Tepuk dada tanya selera.

  8. setuju dengan cakap ko bro
    ulat buku tak belah la..setakat baca je advance dia..hurmmm tak kemana negara ni..haha
    lagi satu 50- 50 baru seimbang. Cth macam kat tempat aku ni sekarang diorang pilih top student based pada aktif dengan kecemerlangan dia dalam belajar..aktif ok je pointer..

  9. memang kemahiran perlu ada, bukan setakat kemahiran belajar je, aku setuju dgn entri ko ni..

    aku rasa masa belajar kat U boleh dimanfaatkan juga belajar kemahiran lain, contoh kemahiran baiki laptop, bila laptop member ada masalah dan nak format..dicarinya kita..duit tu..boleh belajar buat kek ke apa..nanti boleh buka kedai kek..belajar fotografi ke design ke..

    jgn takut kembangkan minat menjadi kemahiran professional,

    p/s:kalau jadi artis blog? mwahaha

  10. Salam Zik,

    Saya hanya graduan sekolah pondok. Tapi pengalaman kerja yang ada, pernah membawa saya jawatan penting dalam beberapa buah syarikat korporat.

    Meskipun kini masa sudah berubah, saya rasa pengalaman kerja masih menjadi aset penting terutama pada syarikat swasta, ditambah pula dengan degree yang ada, maka cepatlah lagi naik pangkat dan gaji.

    Apa yang saya perhatikan, ramai graduan kita hanya tumpukan untuk makan gaji dengan jabatan kerajaan kerana ada pencen. Mereka ‘takut’ menceburi syarikat swasta terutama bidang jualan. Sedangkan di situlah mampu memberikan kita hasil bulanan yang lumayan.

    • Tanniah, bro telah memberi contoh yang baik. Kalau datang interview dan diantara top list untuk mengambil kerja. Ada pengalaman dan ada qualification memang cepat career growth. Don’t forget create reputation. Insyallah majikan akan datang cari kerana your good reputation

  11. masa ngajar kat sarawak dulu ada kawan iban cerita
    dia pergi minta kerja sebagai pengimpal dengan membawa sijil latihan
    tapi, majikan tak mahu pandang pun sijil tu
    majikan mahu dia tunjukkan kemahiran mengimpal masa tu juga

  12. Betul la, segulung kertas tu (tak kira tahap apa) hanya sebagai tiket untuk melayakkan diri di panggil interview, selebihnya kemahiran personal lebih penting..
    komunikasi antara yang terpenting..

  13. cuba amik teladan dari filem hindustan 3 idiots tu… kejar sijil je tak ke mana sudahnya. bila ilmu yg dikejar, dpt sijil ke apa ke takdak kurangnya. yg penting ilmu. pendapat aku saja ni… 🙂

  14. sekarang zaman k-ekonomi..knowledge is power..tapi dalam masa yang sama KI juga harus ditingkatkan..orang yang hanya cemerlang akademik boleh diibaratkan macam robot..hanya pandai teori semata..

    yup aku setuju sekiranya skil2 ini dilatih masatyme belajar ni..bukannya masa dah grad esok..

  15. teringat masa kerja kat sebuah kilang di Pasir Gudang Johor pada tahun 1999, aku merupakan salah seorang dari 3 penal untuk sesi temuduga bagi pengambilan technician dan engineer baru untuk production yang aku jaga, dan aku akan menyoal bahagian teknikal, tapi aku tak pernah gunakan skrip yang diberikan oleh syarikat sebab pada aku tak kompetetif , aku lebih pentingkan kreativiti pengetahwan mereka,
    contonya jika graduan mekanikal aku akan tanya dia tentang pokok bunga, apa yang mereka boleh lakukan dengan ilmu yang mereka ada pada pokok tu 😀

    Ps : aku hanya lulusan sijil dari Poli KB

  16. sy stuju ngn pendapat saudara..
    klu stakat pandai,xsemestinya mereka mahir..
    mmg la sistem pembelajaran kt msia ni kne ubah..xlepas2 ngn exm..
    klu exm stdnt byk menghafal,faham ke x lantak la..itu mslhnya..

  17. Sangat suka artikel ini…
    Dalam kerjaya, graduan yg ulat buku dan mempunyai pointer yg tinggi x semestinya akan berjaya dalam kerjaya yg diceburi…
    Sikap dan amalan mempelajari sesuatu secara paktikal adalah lebih diutamakan dalam sesuatu industri…

    Cthnya ICT yang bergerak cepat, 5 tahun dulu aku graduate, tech yg aku pelajari masa kt U dah x guna skrg dah… nak x nak aku terpaksa mengamalkan continuos learning utk survive dalam kerjaya ICT…

    Apa yg penting… belajarlah selalu…

  18. banyak pelajar sekarang ini hanya belajar sekadar nak lulus satu tahap yang diletakkan oleh u atau sekolah saja, tak ingin mengembangkan pembelajaran dan kemahiran diri sendiri..hanya tunggu disuap tanpa perlu berdikari..

  19. Zik, walaupun kecemerlangan dalam akdemik tidak semestinya menjamin masa depan yang cerah ia tetap memberi graduan tersebut satu “advantage” yang amat besar.

    Pertama sekali dari segi opyen. Mereka yg dapat keputusan cemerlang boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan biasiswa, jika mahu. Mereka yang diperingkat sarjana boleh tentukan samada mahu career dalam bidang akademik atau lain-lain.

    Kedua dari segi keutamaan. Byk syarikat yang besar terutamanya meletakkan syarat pemohon kerja hendaklah lulus dengan kepujian pertama atau kedua atau CGPA yang melebihi 3.6 atau 3.8.

    Byk kes yang mereka tidak cemerlang dalam akademik berjaya dalam hidup, cuma kelebihan mereka yag cemerlang patut juga kita akui. 😀

  20. Salam ZiK,

    Yang tanam anggur itu mungkin akibat terlalu memilih…

    Beberapa tahun kebelakangan ini saya perhati ada aktiviti job hunting bagi penuntut tahun akhir. Masa itu sepatutnya bakal graduan sudah siap-siapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan… Jika bersungguh-sungguh dan tidak terlampau berkira dan memilih, insya Allah rezeki tetap ada… :biggrin:

  21. Nak buat macam mana,dah parent masing-masing suruh blaja tinggi2.Bagi aku, pemikiran mak bapak kena di ubah. Xsemestinya beljat tinggi2 akan menjamin kehidupan mewah.Penerapan ilmu usahawan dan juga kemahiran boleh pergi lebih jauh lagi.Bahkan mampu menampung perbelanjaan untuk jenerasi yang seterusnya.

  22. Sistem pendidikan negara telah diringkas2kan sebab negara perlukan modal insan yang ramai untuk menampung industri yang semakin pesan dalam masa yang singkat..contohnya kejuruteraan hanya perlukan 4 tahun berbanding 5 atau 6 tahun sebelumnya untuk habiskan pengajian, dalam masa 4 tahun yang singkat itu, para siswa/zah perlulah mencari “ilmu” yang tak diajar secara teknikal di dalam kelas sebagai bekalan masa hadapan, contoh ilmu komunikasi, penampilan personaliti dan banyak lagi…dengan ini tidak timbul masalah menganggur atau memilih kerja…

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assign a menu in the Left Menu options.