Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Mustahil hidup tanpa hutang?

Mustahil hidup tanpa hutang?

Zik · Apr 12, 2011 · 72 Comments

Share this on WhatsApp

hutang mara, cartoon, animasi tempatan karton online, baca karton online, hutang yang terlalu banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hutang ini kadang-kadang ia menyebabkan hati ini tak tenteram, mungkin sebelum tidur tuh ada lah terfikir-fikir macam mana nak langsaikan hutang juta-juta nih. Ada yang dibawa dalam mimpi sekali. Coobaan! Kita kena ingat, kalau kita hutang roh kita akan berada diawang-awangan. Biarpun kita masuk syurga pun, kita akan ditarik balik, selagi hutang itu tidak diselesaikan.

Namun, ada orang berpendapat…
1) Mustahil untuk hidup tanpa hutang
2) Kadang-kadang hutang perkara yang bagus
3) Kalau tak berhutang susahla nak hidup

Hutang sebenarnya bukanlah semuanya mencengkam hidup kita. Ada juga yang baik sebagai contoh, membuat pinjaman untuk kursus/sijil yang boleh meningkatkan kerjaya kita atau memulakan pernigaan. Semuanya bergantung kepada niat dan keperluan individu masing-masing yer tak?

Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang?Aku  rasa mungkin boleh diusahakan. Hutang rumah dikecualikan. Antara yang boleh diusahakan:

  1. Hutang Kad Kredit(KK)– Ini yang paling mudah. Tak payah ada KK, jadi kita takkan ada hutang KK. Jadikan tabiat untuk berbelanja kurang dari pendapatan anda. Jika ada perbelanjaan besar macam percutian, anda sudah boleh mula menyimpan lebih bulan-bulan sebelumnya. Sekarang ini KK sangat mudah diperolehi , tanpa perlu slip gaji! Malah ada yang blacklist pun boleh lepas?? apa cerita?? Bank-bank sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa dengan mudah memberi kad plastic tersebut kepada orang ramai. Apa-apa pun ada orang berpendapat ada KK Nampak cool. Betu ker?
  2. Hutang pendidikan- Boleh dielakkan dengan membuat simpanan bagi dana pendidikan sejak anak kecil atau pergi ke IPT kerajaan (biasasiswa penuh) seperti mara, JPA dan sebaigainya yang berpatutan atau pergi bekerja sambil belajar ( kalau anak aku nanti tak digalakkan, pakai duit PAMA jer, insyallah) atau jika murah rezeki, insyallah boleh dapat biasiswa mengikut result pointer! Sebolehnya elakkan dari pinjaman PTPTN pttiputipan . Tapi tak salah sebenarnya nak pinjam dengan ptptn, sebab sekarang ptptn sudah ada cara yang baik dan tersusun untuk kita elakkan hutang dikemudian hari. Boleh baca lebih lanjut mengenai ptptn, bayaran, syarat pinjaman dan sebagainya disini
  3. Hutang kereta- Buat simpanan. ( Aku sedang berusaha mengumpulnya). Mengidam juga kereta baru tetapi memandangkan lesen pun takda lagi. Jadinya tak payah fikir lagi. Namun, kereta sekarang ini mempunyai susut nilai dengan cepat. Setakat ini tiadalah pula orang yang komen negatif mana kereta kau?? tetapi sudah terlalu ramai suruh amik lesen. Tetapi bagi yang berkeluarga,  disarankan duit yang sepatutnya dibayar untuk kereta baru, gunakan untuk simpanan dana pendidikan, dan persaraan.
  4. Hutang perumahan – Yang ini pun rasanya amat sukar untuk kita elakkan. Tapi kita boleh menyimpan untuk membuat bayaran awal yang tinggi mungkin sehingga 20%. Cara lain, mungkin dengan tidak membeli rumah yang besar. Rumah besar memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos utiliti yang tinggi. Walaupun belum memiliki lagi, tetapi ada juga berhasrat. Untuk masa hadapan yang cemerlang. Ada pendapat mengatakan, hutang rumah bayar bulan-bulan lebih menguntungkan berbanding beli secara cash.
  5. Hutang kahwin – Erm, anda mesti tertanya, ada ker orang buat? Jangan tak percaya, sekarang nie memang ada. Tak tahulah berapa banyak mereka nie pinjam, seboleh-bolehnya buat ala-ala kadar jer. Kos barang-barang yang naik di zaman kemelesetan ekonomi ini, dijangka akan naik lagi kos kahwin nie. Aduh pening kepala aku! (akan dibincangkan akan datang secara lanjut mengenai kos perkahwinan).
  6. Hutang insurans yang tertunggak. Di zaman sekarang ini banyak sangat insurans yang nak kena bayar, aku pun agak pening insuran motor, kereta , insuran company(pekerjaan), insuran life(personal, keluarga dan sebagainya). Tapi hutang, insurans nie takda effect, cuma ia akan berlaku bila masanya akan tiba. Wallahuallam. Yang dimaksudkan disini ialah hutang life. Masih lagi dalam perbincangan, diantara keperluan atau tidak.
  7. Hutang lain-lain– Ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membeli sesuatu, jangan letakkan dalam senarai “barang untuk dibeli”. Hidup biarlah sederhana sudah. Warren buffet yang kaya, dan owner facebook.com Mark Zuckberg hidup sederhana jer (duduk rumah sewa tuh).

Buat setakat ini, Alhamdulillah (syukur jugak tuh) aku hanya ada hutang pinjaman MARA. Insyallah, bulan hadapan aku azam mula bayar, kalau ada rezeki lebih bayar lah sikit-sikit untung settlekan secepat mungkin.

Kalau ada jenis-jenis hutang yang lain, boleh kongsikan bersama-sama. Insyallah, akan membincangkan lagi mengenai topik hutang ini. Masih lagi dalam siasataj. Sekian terima kasih.

Share this on WhatsApp

Ekonomi boleh atau tidak berhutang nie, hidup tanpa hutang, hutang yang boleh dibanteras, hutang yang gagal dilangsaikan mengikut jadual, jenis-jenis hutang, realiti sekarang orang suka berhutang, saya tidak boleh berhutang

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. decrewz says

    April 12, 2011 at 6:31 am

    X salah berhutang, biarlah hutang itu diukur dibadan sendiri, jangan terlebih saiz, kalau terlebih, maka bertambah ramailah kaum muflis..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 12:46 am

      kena ikut kemampuan dan berapa gaji kita nih kan bro jai…

      Reply
      • decrewz says

        April 17, 2011 at 2:23 am

        Betul tu bro… Tapi kan, ada jugak yang berhutang sampai lupa diri… Contoh macam personal loan la… Selagi boleh overlap, selagi tu nak buat…he3

        Reply
  2. Sabahan Bloggers Club says

    April 12, 2011 at 8:24 am

    Tapi sekarang ni nak kawin simple-simple pun memang perlukan banyak duit. Kenduri sahaja perlukan RM5K. Harga barang-barang dah makin mahal.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 12:52 am

      betul2 harga barang dah naik … susah nak jimat….

      Reply
  3. Dila.13 says

    April 12, 2011 at 9:51 am

    Hidup tanpa hutang memang mustahil tapi boleh dicapai. kalau tak percaya tanya Tuan Zamri Nanyan, sifu internet marketing tanah air πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 12:54 am

      nak mencapai, duit dan ilmu serta cara untuk mengawalnya…

      Reply
  4. Razlan says

    April 12, 2011 at 10:20 am

    Saya jarang hutang pasal tak de bank nak bagi hutang kat blogger cam saya,melainkan along hehe!!!minta simpangla

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 1:03 am

      hehe bagusla…. aku nih hutang belajar banyak lagi tuh….

      Reply
  5. adamfaiz says

    April 12, 2011 at 10:42 am

    Kalau duk KL ni rasanya susah nak elak bab utang ni.. kena manage je lar… jgn over spend dan beli mende yg tak patut..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 1:25 am

      duduk bandar memang banyak duit kena keluar…

      Reply
  6. tengkorak emas says

    April 12, 2011 at 11:18 am

    tentang insurans yg aku tau aku cuma install third party je untuk motor aku..insurans lain aku tak tau huhu..

    dan aku tunggu entri kos perkahwinan..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 1:33 am

      insuran third party motor sekarang nie pun dah tak banyak company nak cover… sebab deme rugi…

      Reply
  7. benjy says

    April 12, 2011 at 11:59 am

    saya pernah satu ketika dahulu pernah mengelak daripada hutang … tetapi selepas sahaja berkahwin terus terjerbak …. adakalanya berhutang boleh menyelesaikan banyak masalah tetapi ingat … setiap hutang perlu dibayar …

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 1:33 am

      kadang2 macam keperluan… sebab benda yang nak diguna tuh urgent , guna hari2.. contohnya kereta..

      Reply
  8. sazuwi says

    April 12, 2011 at 12:02 pm

    hutang perumahan tue bg aku mmg wajib jer.. hehe..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 2:06 am

      yang tuh long term…

      Reply
    • Mr Kamarul says

      March 19, 2012 at 12:41 pm

      Saudara/i,
      Mohon laluan untuk perkenalkan perkhidmatan penjimatan interest hutang rumah.

      Peminjam mampu bebas dari bebanan interest yg banyak dikenakan ke atas hutang rumah mereka. Penjimatan yg sangat efektif dan mennguntungkan peminjam untuk bebas dari beban interest yg tinggi

      MRP consultant
      Mr Kamarul
      019-7015710
      email: eryick@gmail.com

      pertanyaan lanjut bagi yg berminat atau yg nak tahu amat dialukan.
      Salam Perkenalan.

      Reply
  9. adele says

    April 12, 2011 at 12:36 pm

    khidupan kita telah diatur utk berhutang dsbbkan kehendak duniawi..hmm..mmg perit bila berhutang..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 2:28 am

      hutang, buat hidup tak tenteram…

      Reply
  10. suri says

    April 12, 2011 at 12:53 pm

    takat ni hutang pijaman jer zik huuu…

    lencuh di ingatkan mmg wajib bayr heeee

    Reply
  11. muhammad fakhruddin says

    April 12, 2011 at 1:15 pm

    Hutang dengan JPA bayarannya ialah tempoh perkhidmatan dengan kerajaan. Yang jadi penyakit bab kahwin pun kena hutang. Patutnya mudahkan nikah, barulah zina tak berleluasa macam sekarang.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 2:32 am

      hutang dengan JPA kalau tak nak berkhidmat dengannya boleh, dengan syarat kena bayar duit pinjaman tuh..

      Reply
  12. AdaAkuKesah says

    April 12, 2011 at 2:22 pm

    sikit nye hutang.. Donald trump pun hutang berbillion…

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 2:33 am

      donald trump tuh.. kaya tapi hutang juta2… muka pun masih rileks jer…hehe

      Reply
  13. bEe says

    April 12, 2011 at 3:12 pm

    Ye, mustahil hidup tanpa hutang zikri! Kredit kad pon hutang jugak….
    Semua serba serbi hutang lah dlm kehidupan. Solat pun hutang manusia kpd Allah jugak πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 3:10 am

      yang hutang tuh wajib dibayar…

      Reply
  14. ejan says

    April 12, 2011 at 3:27 pm

    aku pon banyak hutang, PTPTN yg plg utama, dari abes study smpai skrg. klu boleh kawen nnt tak nak la hutang..
    sbb tu aku tgh developt cara bayo hutang mudah..moga2 bjya.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 3:11 am

      wah bagus2x… harap dapat bayar on time…

      Reply
  15. Firdaus Kasim says

    April 12, 2011 at 4:25 pm

    taw x pew.. aq mmg cuba elak utk berhutang tp x dpt.. huhu

    Nur Kasih The Movie Thriller Nur Kasih The Movie

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 3:20 am

      memang susah….

      Reply
  16. Miss Tira says

    April 12, 2011 at 4:59 pm

    Hutang kereta dengan rumah memang tak boleh nak elakkan. Yang lain masih boleh diatasi. InsyaAllah.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 3:35 am

      hutang kahwin jangan yer… hehe

      Reply
  17. tehr says

    April 12, 2011 at 5:29 pm

    awas!
    jangan buat hutang baru untuk bayar hutang lama

    gali lubang kubur tu…

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 4:21 am

      harus dielakkan..

      Reply
  18. chii says

    April 12, 2011 at 5:54 pm

    dulu ingt xmo berutang gak..tp x boleh..
    utang stadi byk lagi…ada dlm 40++….haishh..

    leh dpt kete sebijik tu

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 4:22 am

      lebih kurang zik… adooii..

      Reply
  19. saiful says

    April 12, 2011 at 9:27 pm

    Dengan taraf hidup yg agak tinggi,berhutang memang tak boleh dielakkan tapi perlula mengikut kemampuan kita juga.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 4:22 am

      kena pandai manage hutang nya tuh

      Reply
  20. wazy says

    April 12, 2011 at 10:10 pm

    Aku masih ada hutang pendidikan semasa belajar dengan hutang kereta
    kadang-kadang termiss nak bayar

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 11:48 am

      bayar pakai manual lah ek??? kalau nak auto debit pun boleh.. cuma kena isi borang.. sign2 sikit.. leceh gak la…

      Reply
  21. akubiomed says

    April 12, 2011 at 10:43 pm

    Semua peringkat lapisan masyarakt berhutang tidak kita golongan pertengahan dan golongan atasan. Cuma jumlah hutang berbeza mengikut golongan kalau beli kereta dan perumahan adalah hutang jangka masa panjang. Ada yang buat pinjaman ASB sebab tidak modal untuk simpan didalam ASB.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 12:07 pm

      lagi tinggi golongan atasan . lagi lah tinggi hutangnya….

      Reply
  22. iza says

    April 12, 2011 at 10:59 pm

    AS salam..
    Mmg tak dpt nak elak hutang…
    terutamanya ptptn, kereta, rumah…
    kalau tak berhutang, tak ada harta la..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 4:24 pm

      susah kan…. kena banyak kali fikir sebeblum nak berhutang.. tengok mampu atau tidak..

      Reply
  23. Amirez says

    April 12, 2011 at 11:55 pm

    kalau dah terpaksa..apa nak buat. tapi seboleh-bolehnya elakkanlah berhutang. seksa jiwa raga huhu. kalau nak berhutang pun biarlah pandai cari jalan untuk bayar balik

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 4:25 pm

      kena pandai cara untuk manage hutang ni..

      Reply
  24. Hisyam says

    April 13, 2011 at 2:04 am

    Sekarang ni sedang belajar lagi. Melihatkan hutang ptptn yang nak dibayar nanti kadang-kadang terfikir jugak, sempat ke nak bayar semua tu walaupun dah kerja nanti.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 4:25 pm

      takpe buat masa nie fikirkan strategi buat duit online..hehe

      Reply
  25. donny says

    April 13, 2011 at 2:30 am

    hai zik,
    hidup biar sederhana… janji bahagia..

    zik,tq sebab datang jenguk blog saya wpun x leh komen tu.. problem tul“

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 6:14 pm

      sederhana … hidup yang sangat aman… huhu

      Reply
  26. nasslimdiet2 says

    April 13, 2011 at 8:48 am

    memang mustahil kebanyakan dari kita takda hutang. tapi hutang boleh diminimumkan. kalau boleh start keje dah simpan duit, jangan berhutang selagi ia tidak terlalu penting dan yang paling penting jangan guna kad kredit. kad kredit ni musuh dalam senyap. kalau guna kad kredit untuk bisnes aku sokong sangat

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 6:50 pm

      kalau business.. untung banyak la… cuma payment pun kena bayar on time…

      Reply
      • nasslimdiet2 says

        April 18, 2011 at 11:14 am

        biasanya kalau buat kontrak pembekalan kecil-kecilan memang berbaloi guna kad kredit. dapat payment bayar balik.hehehe

        Reply
  27. hafizmd says

    April 13, 2011 at 12:46 pm

    Klau cerita bab hutang ni…silap2 boleh pening kepala…tapi kalau kita pandai urus hutang dan tak suka hutang byk2…insyaAllah..hidup tenang sikit… πŸ˜€

    hutang no 5 tu kena elak sgt…baik biar lambat asal selamat di kemudian hari…setuju zik?

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 7:01 pm

      setuju… no5 tuh kalau boleh nak elak lah nie..hehe

      Reply
  28. dnoBiz says

    April 13, 2011 at 9:48 pm

    Agak agak hutang kawin tu kalau takleh bayar, bang tarik balik tak isteri tu ?? πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 7:01 pm

      tak tahulah nak buat aper…

      Reply
  29. ardzham says

    April 13, 2011 at 11:04 pm

    selagi boleh elak, eloklah elak. kalau dah tak boleh nak elak, ukurlah kemampuan sendiri. nak kumpul 40k utk beli sebuah kereta secara cash mungkin entah tahun bila dapatnya!

    tapi kadang2 terpaksa juga berhutang, tengah sempit mesin basuh rosak, tv meletup, kena jugak jumpa tokey kedai singer. nak basuh baju manual tanpa mesin kesian kat org umah,bukan sikit baju nak basuh setiap hari. malam2 dok santai tanpa tv, kesian kat isteri dan anak2..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 7:02 pm

      hutang yang harus dibayar… jangan dibiarkan .. kalau tidak sampai masanya , memang habisla… semua kena tarik…

      Reply
  30. aimannajmy says

    April 14, 2011 at 12:43 am

    hutang ptptn aku baru bayar ciput huhu ish ish.. dekat harga sebijik kancil jenuh nak membayarnya

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 7:02 pm

      bayar2 sikit…. nanti income blog dah masyuk… hehe

      Reply
  31. mancai says

    April 14, 2011 at 1:37 am

    hutang memang tak dapat dielakkan lebih2 lagi masa betul2 kesempitan… apa pun jgn hutang kat along dah leee..

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 7:06 pm

      hutang dekat along cari penyakit namanya…

      Reply
  32. titan says

    April 14, 2011 at 7:50 am

    memang susah nak lari dari hutang ni. Setakat ni, hutang ptptn, insya-Allah tahun ni habis. hutang kereta dengan hutang rumah aje yang tak pas-pas lagi nih..mudah-mudahan habis hutang cepat.

    Reply
    • Zik says

      April 16, 2011 at 7:07 pm

      yeker tahun dah nak habis..congrate lah bro titan…

      Reply
  33. Pejuang Kesenian Extreme says

    April 14, 2011 at 3:22 pm

    Memang mustahil pun untuk mengelakkan diri daripada berhutang.Namun begitu,kalau boleh jangan jadikan berhutang ini sebagai amalan..Sakit rasanya nak membayarnya.Tidak dapat dituntut didunia,dituntut pula diakhirat ..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 12:27 am

      pewaris terpaksa settlekan.. kalau tidak… wallhuallam…

      Reply
  34. eastbullet says

    April 14, 2011 at 9:31 pm

    saya pantang berhutang.. hutang buat diri rasa ada beban lain.. bila kita nak beli sesautu, teringat hutang hari tu..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 12:27 am

      hutang menyebabkan rasa keluh resah…

      Reply
  35. Mohammad Nazirul Bin Hisham says

    October 25, 2011 at 6:36 pm

    betul tu. nak kata zaman sekarang ni mana tak lari drpd hutang. semuanya hutang. tapi kalau boleh elakkan berhutang drpd benda2 yg x berfaedah.

    Reply
    • Zik says

      October 25, 2011 at 8:51 pm

      yer hutang2 yang bukan betul keperluan.. seeloknya janganlah… kena fikir masak2 dulu…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.