• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Persediaan diri sebelum menyambut ramadhan (fizikal/kesihatan)

Persediaan diri sebelum menyambut ramadhan (fizikal/kesihatan)

Zik · Jul 29, 2011 · 12 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

persiapan bulan ramadhan almubarak, bulan puasa menjelang kembali, persiapan bulan puasa 2011, apa yang perlu disiapkan sebelum bulan puasa

Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan kita menyambut bulan ramadhan. Persiapan dari segi lahiriah, ilmu dan juga fizikal juga penting sebelum bermulanya bulan yang penuh barakah ini.

Persediaan Fizikal. Apakah yang harus dilakukan dalam persiapan fizikal agar dalam keadaan yang optimum dan betul-betul bersedia.

  1. Lakukan latihan berpuasa(training). Antaranya adalah dengan amalan berpuasa sunat hari isnin dan khamis, sedikit demi sedikit (tidak semestinya setiap hari), sebelum menjelang puasa sebenar iaitu Ramadhan. Ini untuk memastikan perut boleh menyesuaikan fisiologinya dengan situasi berpuasa dan tidak terlalu ‘terkejut’ dengan puasa sebenar di bulan Ramadhan. Sekarang mungkin ramai (yang beragama Islam) sudah dapat mengaitkan kenapa kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Mulakan dengan membina momentum puasa itu.
  2. Pastikan untuk mengambil makanan yang tidak berat(ringan) 1-2 jam sebelum tidur (tetapi tidaklah terlalu mengenyangkan), terutamanya yang melibatkan karbohidrat kompleks seperti oat atau wholegrain. Diingatkan anda semua,  ini BUKAN sahur yer.
  3. Jangan termiss sekali pun mengabaikan sahur. Fokus juga kepada pengambilan karbohidrat kompleks seperti oat dan roti gandum penuh. Ambil jumlah protein yang mencukupi dan fokus kepada protein yang mempunyai rendah biological value seperti ayam, ikan, dan sumber kekacang. Bila untuk bersahur? Selewat yang mungkin, menghampiri waktu Imsak. Rancang waktu pemakanan sahur anda sebaik mungkin agar anda mempunyai masa yang mencukupi untuk makan semua makanan yang diperlukan. Jangan sampai dah azan pun selamba redah jer. (tetapi masih lagi sah puasanya, segera berhenti).
  4. Elakkan tabiat terus tidur sebaik habis menikmati sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman. Malah, sahur sudahpun dianggap seperti sarapan pagi anda dan makanan yang dinikmati sememangnya berat.
  5. Terdapat kajian yang menunjukkan gastrik juga adalah disebabkan kewujudan bakteria helicobacter pylori. Sebagai langkah berjaga-jaga, makan yoghurt ketika tempoh berbuka puasa. Yoghurt mengandungi kultur hidup berguna seperti Lactobacilus acidophilus dan bifidus, yang mampu menyesarkan kolonisasi h.pylori.
  6. Makan secara perlahan-lahan(ikut sunnah). Pastikan makanan dihancurkan sebetul-betulnya, sebelum ditelan. Lagi elok makan 40 kali kunyah baru telan. Aku pun pelahap jugak, ish2. Apa nak jadi nih.
  7. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis, petai dan kacang soya. Hindari makanan ini (jika sejarah lampau menunjukkan anda sememangnya cenderung untuk mendapat gastrik).
  8. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan secara berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
  9. Pastikan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah kalori seharian (DCR) pada sebelah malam. Contohnya, jika DCR anda ialah 1500kcal, anda harus makan melebihi 1000kcal sehari (pada sebelah malam) tidak kira walau apa pun yang terjadi.
  10. Dapatkan nasihat doktor. Senang jer sebenarnnya. Anda mungkin akan diberi pil berasaskan “Ranitidine hydrochloride” yang berfungsi menghalang penghasilan asid dalam perut, jika kes gastrik anda terlalu ketara dan parah.

Nah, insyallah puasa yang bakal kita hadapi ini nanti sepatutnya tiada masalah lagi untuk tingkatkan lagi ibadah kita, kecuali yang benar-benar uzur dan memang ada sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa. Sebarang pandangan, dan juga nota tambahan aku alu-alukan.

Sumber sususejat.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan, Kesihatan bulan ramadhan bulan mulia, panduan kesihatan dalam bulan ramadhan 2011, persiapan bulan puasa 2011, tip kesihatan, tips kesihatan dalam bulan puasa, tips kesihatan dalam bulan ramadhan, tips persediaan bulan ramadhan (kesihatan)

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad fakhruddin says

    July 29, 2011 at 9:47 am

    Jadikan Ramadan bulan perlumbaan ibadah…fastabiqul khair, bukan pertandingan makan terbanyak πŸ˜‰

    Reply
  2. akubiomed says

    July 29, 2011 at 10:05 am

    Masa inilah mengambil peluang untuk meningkat beribadat hanya umat Nabi Muhammad SAW dapat peluang ini berbanding kaum zaman Nabi lain

    Reply
  3. wrizuan.net says

    July 29, 2011 at 4:52 pm

    wah dah makin hampir dah ek…mudahan ramadhan kali ini paling bermakna

    Reply
  4. nizamghazi says

    July 29, 2011 at 9:23 pm

    wah ada senarai persiapan. good πŸ™‚
    hope tahun ni puasa penuh n dpt benti rokok

    Reply
  5. tips-kurus says

    July 30, 2011 at 12:31 am

    Insya Allah, puasa dengan jayanya.
    *makan brokoli jadi kerap kent– le.. πŸ™‚

    Reply
  6. anif says

    July 30, 2011 at 1:03 am

    Semoga ibadat puasa kita diterima…Amin.

    Reply
  7. tehr says

    July 30, 2011 at 11:22 am

    insya-allah kita akan bersama makmurkannya

    Reply
  8. Pacifista - X says

    July 30, 2011 at 12:55 pm

    selama ni aku tau kurma je yang bagus untuk sahur nanti.tak sangka yoghurt pun bagus untuk sahur.terbaik bro.terima kasih πŸ˜€

    Reply
  9. rusliesophian says

    July 31, 2011 at 7:06 am

    Selamat menyambut Ramadhan, Zik!

    Sama2lah kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dgn puasa dan terawih yang lengkap. Insya-Allah kita akan diberkati di dunia dan di akhirat kerana dlm bulan Ramadhan banyak mukjizatnya.

    Reply
  10. Iqbal says

    August 1, 2011 at 9:24 pm

    Sudah bersedia dari segi mental dan fizikal ..hehe

    Reply
  11. bEe says

    August 4, 2011 at 9:27 am

    Berperang menahan lapar & dahaga pd bulan Ramadhan πŸ™‚

    Reply

Trackbacks

  1. Persediaan diri sebelum menyambut ramadhan (fizikal/kesihatan) « news @ yoys says:
    July 29, 2011 at 7:42 am

    […] See the rest here: Persediaan diri sebelum menyambut ramadhan (fizikal/kesihatan) […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021
  • Live streaming Uitm fc vs Terengganu liga super 6.3.2021
  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Doa ketika duka sedih.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKita sebagai umat manusia, tidak terlepas dari…

Kesihatan

Cara untuk merawat cirit birit

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Cirit birit merupakan satu penyakit yang popu…

Kerohanian/Keagamaan

Doa supaya dapat membayar hutang

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAssalamualaikum dan sejahtera. Daku harap anda…

%d bloggers like this: