Kecemerlangan skuad bawah 23 tahun minggu lepas, membakar semangat untuk skuad senior untuk mempertahankan maruah pada perlawanan hari rabu ini bersamaan 23 june 2011 di stadium bukit jalil. Misi untuk melangkah ke piala dunia 2014 untuk stage yang pertama, bukan misi biasa-biasa jer.
Apakah yang membimbangkan Skuad K RajaGopal??
Owh silap, Datuk K. Rajagobal sebenarnya pening untuk mencari 11 pemain terbaik untuk beraksi hari rabu ini nanti. Ditambah juga banyak pemain yang masih dibelenggu kecederaan. Tetapi katanya, sudah mempunyai bayangan kesebelasan utamanya untuk aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.
Apa yang melegakan Rajagobal, hanya tiga daripada 30 barisan pelatihnya kini masih mengalami kecederaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Hadi Yahaya dan Shahrizal Saad. Manakala tiga pemain yang sebelum ini cedera iaitu Aidil Zafuan Radzak, S. Chanthuru dan Syed Adney Syed Hussein sudah kembali beraksi ketika perlawanan ujian menentang Harimau Muda A di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam kelmarin. (skuad senior kalahkan skuad jr 3-1).
Cuma saya harap Abdul Hadi dapat pulih segera. Dia mengalami kecederaan belakang iaitu di bahagian pinggangnya. Datuk K Rajagopal.
Siapakah barisan kesebelas?
Kemungkinan besar, aku rasanyalah Khairul Fahmi, Mahali, Aidil, Fadhli, Asraruddin, Shakir Shaari, Amirulhadi, Safiq Rahim ©, Kunanlan, Safee Sali, Badrol Bakhtiar, dan lain-lain. Aku tak dapat gambaran lagi. Entahla, haha pandai-pandai jer.
Manakala aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Taiwan pada Ahad depan (3 Julai). Harapan bagi kita, semoga perlawanan pertama, gunakan manfaat sebaiknya di tempat sendiri untuk mendapatkan gol sebagai bekalan awal.
Info tiket:
- Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014 : Malaysia vs Chinese Taipei
- Tarikh: 29.06.2011 (Rabu),
- Masa: 8.45mlm
- Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
HARGA : RM 30.00 (pentas utama) RM 20.00 (terbuka) dan RM 5.00 bagi tiket kanak-kanak.
Tiket-tiket boleh dibeli di stadium pada Tarikh Perlawanan (29.06.2011) mulai 3 petang di pintu kuning.
KOMEN: TIKET SEPATUTNYA JUAL AWAL, NANTI SESAK, BUKA KAUNTER TEMPAT LAIN MCM LRT ETC.
Credit to malayatigers.com, fb harimau malaya
Dila.13 says
Safee Sali dapat pelepasan untuk main Kelayakan Olimpik ke, Zik? Kalau ada, baguslah. Setakat ni saya tengok pertahanan & MF (kecuali ada kecederaan pemain) dah OK cuma penyerang kurang menyengat tanpa Safee.
Zik says
dapat … harap2 dia score match rabu nih..esok waaa…
akubiomed says
Selepas kemenangan skuad Olimpik akan memberi pemangkin kepada skuad Senior untuk meneruskan kecermelangan
Zik says
harap skuad senior lebih garang…
anif says
Kecemerlangan perlu diteruskan.. Diharap “coach” dapat merangka strategi serta pilihan pemain yang mantap.
Zik says
pastikan harimau malaya membaham lebih banyak hasil , untuk hari rabu nie… huhu
Sabahan Bloggers Club says
Macam biasa, saya sokong Malaysia….. 😀 😀 😀
Zik mesti sokong taiwan ni…. :p
Semoga dorang cipta sejarah baru bolaspeak negara.
Zik says
mana ada sokong taiwan, sokong china taipei.. lol
Hans says
aku harap malaysia menang 3-0 dengan taiwan
Zik says
fuh aku berharap sangat kalau 3-0 kosong tuh.. harapnya prediction kau tuh menjadilah.. kan
abrablog says
harap boleh tengok banyak gol rabu nih..
Zik says
insyallah… jom kita tengok ramai2… yehaa
Esempoi says
defend rasanya muslim ngan aidil main..
tapi yang penting malaysia menang.. hehe
Zik says
itu yang nak dengar tuh.. masia mesti menang punyer…hehe
Dulu Lain Sekarang Lain says
all the best Malaysia.. semoga Datuk Rajagobal berjaya buat percaturan yg baik nanti…
Amirez says
semoga Malaysia dapat melayakkan diri ke Piala Dunia. biarpun x dpt menang, jadi jaguh asia pun dah cukup bagus 😉
zulkbo says
salam Zikr..
doa dari saya jua
moga dapat kita
saksikan Malaysia
bermain di WC
Zik says
kalau dapat satu anjakan paradigma yang hebat dalam dunia bola sepak negara kita ini
nuriz says
2 -1 pun ok hehe. Safee sali ada ke
Zik says
rasanya ada… diberi kelepasan… huhu
ARieF says
kira khairul fahmi hebat r.
skuad olimpik men,skuad wc pon men gak.
Zik says
betul2…sama dengan muslim. khidmat dia memang kita perlukan sangat… all the best skuad kebangsaan…
tehr says
harap2 ada siaran kat tv
kami dok jauh dari bukit jalil ni, bro
Zik says
tak tahulah ada ker tak …. tengok dekat livesteaming sangkut2 lah pulak…
nasslimdiet2 says
harap Malaysia dapat menang di tempat sendiri. nanti tempat lawan tak tau macam mana situasinya