Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Brenden Ngan Digantung satu perlawanan Jumpa UAE mac 2020

Brenden Ngan Digantung satu perlawanan Jumpa UAE mac 2020

Zik · Nov 20, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

brendan Ngan,

Disebalik kemenangan 2-0 keatas Pasukan Indonesia malam semalam, ada berita duka yang mana pemain tengah midfield, Brendan Ngan sudah mengutip 2 kad kuning. Jadinya perlawan jumpa UAE nanti dia tak boleh main.

Kecewa juga bila Brenden Ngan kena kad kuning oleh Pengadil dari Iran malam tadi pada minit ke 67. . Skuad Malaysia sah tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Brendan Gan selepas pemain itu dilayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan bertemu Indonesia semalam. Kad kuning pertama ialah ketika lawan dengan UAE ditempat yang sama, stadium bukit Jalil. Ketika itu kita sedang leading 1-0.

Yang menjadi persoalannya siapa yang layak atau dapat setanding dengan beliau dalam kesebelasan utama, menentang UAE pada 26 mac 2019 nanti??  Harap ada pemain yang boleh jaga dengan baik walaupun tiada Brendan Ngan harap jurulatih Tan Cheng Hoe dapat fikirkan apa strategi untuk menumpaskan pasukan UAE nanti.

Kehilangan Brendan Gan untuk perlawanan tersebut mungkin akan memberikan sedikit impak kepada persediaan pasukan Malaysia untuk mencari kemenangan ke 3 berturut dalam pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia 2022.

Brendan Gan telah mengutip kad kuning yang pertama ketika pasukan Malaysia berdepan pasukan UAE bulan September lalu, dengan jelas menyatakan bahawa beliau kecewa kerana gagal untuk beraksi untuk skuad Harimau Malaya itu nanti.

“Saya sangat kecewa dengan perkara itu. Saya tidak fikir saya patut dilayangkan kad kuning itu tetapi ia adalah keputusan dari pengadil yang saya tidak mampu elak.

“Saya kecewa kerana saya mahu bermain dalam perlawanan bertemu UAE. Ia adalah perlawanan yang cukup penting untuk kita, dan saya tidak bernasib baik.

“Tetapi saya mempunyai keyakinan penuh dengan siapa sahaja yang akan mengambil tempat saya. Kita mempunyai pasukan yang baik, memiliki depth yang bagus dan saya tidak bimbang mengenai siapa yang akan bermain nanti.

Selain itu, Brendan Gan turut menyatakan secara peribadi musim 2019 ini merupakan satu musim yang hebat untuk dirinya, tetapi beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua rakan sepasukan, keluarga, rakan-rakan dan jurulatih atas segala sokongan yang diberikan.

 

“Saya tidak mampu melakukan semua ini tanpa sokongan dari semua pihak. Ini bukan sukan secara individu, ia adalah secara berpasukan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan, isteri, keluarga, rakan-rakan,penyokong dan jurulatih atas sokongan ketika susah dan senang.

“Anda semua tahu pernah satu ketika saya terfikir bahawa saya tidak mungkin akan bermain bola sepak lagi (akibat kecederaan).

Ketiadaan Brendan Gan dalam pertemuan dengan UAE pada 26 Mac 2020 nanti mungkin sedikit terubat dengan kembalinya 2 pemain yang digantung dalam perlawanan bertemu Indonesia semalam iaitu Syafiq Ahmad dan Matthew Davies. Itu yang melegakan kita. Harap ada dua pemain ini kita lebih fresh dan kreatif untuk mencari tiga mata penting dalam mengejar tangga pertama dan juga kekal ditangga kedua. Kita tak boleh kalah, sebab lepas nih lawan semua sudah susah. Harap momentum kemenangan diteruskan lagi ok.

Brendan Gan dijangka akan kembali beraksi untuk pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 apabila Malaysia berdepan pasukan Vietnam dalam perlawanan ke 7 pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022.

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan Brenden Ngan Digantung satu perlawanan Jumpa UAE mac 2020, siapa layak ganti brendan ngan lawan uae nanti

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.