KEMENANGAN YANG SUDAH DIJANGKA, Malaysia sebenarnya tidak berdepan masalah untuk terus mengutip tiga mata penuh apabila membelasah Laos 5-0 pada aksi kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Seramai lebih kurang 30 ribu penonton yang hadir di stadium keramat malam tadi. Cuma agak terkejut juga agak kental jugak laos pada separuh masa pertama, kaw-kaw attack , serangan agak tumpul sebenarnya pasukan malaysia separuh masa pertama. Mungkin kurang menjadi.
Dua kemenangan berturut-turut itu membolehkan anak buah Kim Pan Gon mengutip enam mata maksimum untuk mengungguli Kumpulan B dan kemenangan keenam berturut turut ke atas pasukan ke-187 dunia itu.
Baca juga : KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN B (MALAYSIA) AFF 2022
Pada aksi terbabit, ‘bayangan’ aksi dari Myanmar seakan berulang sekalipun Pan Gon melakukan rombakan besar dengan lapan pertukaran – hanya Faisal Halim, Safawi Rasid dan Sharul Nazeem Zulpakar dikekalkan. Lagi agak down bila minit ke 14 , faisal Halim dilayankan kad kuning.
Pertahanan kental Laos akhirnya ‘bocor’ pada minit ke-28 menerusi gerakan sebelah sayap kiri apabila hantaran Nor Hakim Hassan disudahkan Sergio Aguero dari jarak dekat.
Malaysia terus ‘menghujani’ Laos dengan beberapa percubaan dan Laos nyaris dibolosi dengan gol sendiri namun ketangkasan Keo Oudone Souvannasangso memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.
SEPARUH MASA KEDUA, HARIMAU MALAYA BARU MENGAUM, SUMBAT 4 GOL .
First half agak kecewa sebab hanya satu gol kebangsaan lambat ‘panas’ apabila perlu mengambil sedikit masa untuk mendapat rentak sekalipun menguasai sebahagian besar permainan.
Bersambung babak kedua, skrip berbeza ditampilkan skuad negara apabila Malaysia ‘menggoncangkan’ gawang Laos sebanyak empat kali dalam tempoh 45 minit. Apabila memasukkan Lee Tuck dan Brendan Ngan, tenaga baru yang masuk menaikkan morale pemain di separuh masa kedua.
Kisah di Myanmar diteruskan di Kuala Lumpur apabila gandingan Safawi-Faisal terus ‘mengganas’ apabila Safawi sekali lagi mencipta bantuan gol buat Faisal pada minit ke-65 untuk meletakkan Malaysia terus selesa 2-0.
FAISAL HALIM KEMBALI SIUUUUU, LEDAK 2 GOL.
Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi bergema dengan sorakan ‘siuuuuu’ apabila Faisal meledak gol kedua peribadinya dengan menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim – 3-0 buat negara hanya dua minit selepas kedudukan bertukar 2-0.
Penyerang muda yang meraih debut bersama skuad kebangsaan, Haqimi Azim Rosli bagaikan ‘menyerap’ semangat roh Faisal selepas menggantikan pemain itu pada minit ke-71 apabila meledak gol keempat Malaysia pada minit ke-77.
Tiada belas kasihan – nasib Laos terus bertambah parah apabila seorang lagi pemain gantian, Stuart Wilkin melengkapkan malam gemilang buat skuad negara dengan gol kelima pada minit ke-86. Malaysia akan menentang pasukan VIETNAM pada hari selasa depan 27 disember 2022 di Hanoi Vietnam nanti jam 8:30 malam. Semoga berjaya buat skuad kim Pan Gon untuk perlawanan yang sangat penting nanti.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply