

KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA 2-2 VIETNAM.
Jaringan oleh :
- Nguyen Huy Hung 22″
- Pham Duc Huy 25″
- Shahrul Saad 36″
- Safawi Rashid 60″ (free kick).
Keputusan yang tidak memihak kepada pasukan malaysia sebenarnya malam tadi. Namun, kalau ikutkan pasukan kita ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama. Agak membimbangkan. Kalau ikutkan pasukan malaysia boleh menang 3-2 sekurang-kurangnya.
Malam ni stadium tak bergema sangat dengan sorakan. Akibatnya pemain2 main pun tak bersemangat sangat. Inilah akibatnya bila stadium penuh dengan tiket sponsor, budak2 wicet, budak2 perempuan kaki selfie buat modal kat IG, budak2 acah2 sokong bola sepak Malaysia bila final je.
Aku nak pesan ni, kau kalau spesis kat atas ni, baik ko tengok bola dekat rumah jerla ok.
KUALA LUMPUR: Pemburuan kejuaraan kedua Piala AFF tampak sukar buat skuad Harimau Malaya selepas hanya seri 2-2 dengan Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
ULASAN RINGKAS PERLAWANAN MALAYSIA VS VIETNAM AKHIR FIRST LEG 11.12.2018.
Meskipun tanpa bekalan selesa sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi kedua Sabtu ini, kebangkitan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk mengikat skuad juara 2008 itu selepas ketinggalan dua gol harus dipuji. Kita nyaris-nyaris dimalukan oleh penyokong harimau malaya di tempat sendiri. Namun tidak mengenal erti putus asa, malaysia berjaya menyamakan kedudukan 2-2.
Perlukan sentuhan ajaib seperti 2014 !!
Malaysia kini memerlukan keajaiban di Hanoi seperti yang dilakukan ketika menang 4-2 pada separuh akhir 2014 untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.
Kecederaan dialami Aidil Zafuan Abd Radzak dan penggantungan Syahmi Safari menyebabkan Cheng Hoe merombak bahagian pertahanan dengan menurunkan Irfan Zakaria dan Amirul Azhan Aznan buat kali pertama dalam kesebelasan utama.
Sorakan lebih 80,000 penyokong tuan rumah jelas tidak menggentarkan Vietnam yang tenang menyerap asakan skuad negara.
Skuad Naga Emas yang menduduki ranking ke-100 dunia itu menyentap semangat Harimau Malaya dengan menghasilkan dua gol dalam tempoh tiga minit.
Bermula dengan serangan pantas pada minit ke-22, bola hantaran lintang Phan Van Duc gagal dikeluarkan pertahanan negara untuk Nguyen Huy Hung menjaringkan gol pertama.
Belum sempat anak buah Cheng Hoe menyusun langkah, mereka dikejutkan dengan jaringan Pham Duc Huy menerusi rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Farizal Marlias di gawang.
Malaysia, juara 2010 yang tewas kepada Vietnam 0-2 di Hanoi dalam aksi peringkat kumpulan bangkit merapatkan kedudukan menerusi tandukan pertahanan tengah Shahrul Saad yang menyambar bola sepakan percuma Syamer Kutty Abba pada minit ke-36.
Separuh masa kedua , malaysia menyamakan kedudukan.
Semangat anak buah Cheng Hoe kembali membara apabila berjaya mengikat kedudukan pada minit-60 selepas pemain Pemain Paling Bernilai Kebangsaan, Safawi Rasid menghasilkan gol pertama peribadinya dalam kempen AFF menerusi sepakan percuma melencong menerjah jaring.
Malaysia hampir memperoleh gol kemenangan pada minit akhir permainan namun sepakan percuma Syafiq Ahmad diselamatkan penjaga gol Dang Van Lam.
Cheng Hoe yakin boleh cipta kejutan
KUALA LUMPUR: Segala kelemahan perlu diperbaiki Harimau Malaya bagi menghadapi baki 90 minit final Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini.
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui masalah hilang konsentrasi dilihat menjadi faktor utama pemainnya melepaskan dua gol kepada Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Beliau berkata, tempoh kira-kira empat hari menjelang aksi penentuan di Hanoi perlu digunakan sepenuhnya bagi mendapatkan keputusan positif buat Harimau Malaya.
“Secara keseluruhan kami bermain baik tapi kami melepaskan gol kerana (pemain) hilang konsentrasi. Sama ketika beraksi di Hanoi sebelum ini (dalam peringkat kumpulan).
“Tapi masih ada 90 minit pada perlawanan kedua dan saya sebagai jurulatih perlu memperbaiki segala kesilapan untuk perlawanan di Hanoi nanti,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Terikat 2-2 pada aksi pertama menyaksikan anak buah Cheng Hoe wajib menang ke atas Vietnam dalam aksi timbal balik nanti atau sekurang-kurangnya memerlukan keputusan seri 3-3 untuk menjulang Piala AFF buat kali kedua.
Selain itu, Cheng Hoe tidak menganggap Harimau Malaya tidak mampu untuk melakar kejutan pada aksi di Hanoi nanti kerana tidak akan mendapat sokongan padu daripada lebih 80,000 penyokong setia seperti yang berlaku di Bukit Jalil.
“Sudah pasti sokongan padu penyokong memberikan motivasi kepada pemain. Tapi saya tetap percaya kami mampu untuk melakar kejutan di Hanoi,” katanya.
Vietnam kecewa Harimau Malaya ikat kedudukan
KUALA LUMPUR: Meskipun memiliki kelebihan bagi aksi final kedua Piala AFF 2018, namun Vietnam jelas kecewa selepas membenarkan Malaysia mengikat kedudukan 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, jurulatih skuad Naga Emas itu, Park Hang Seo mengakui berpuas hati dengan keputusan 2-2 yang dilakar anak buahnya sebagai bekalan untuk aksi kedua di Hanoi, Sabtu ini.
“Pemain beraksi dengan baik dan menunjukkan semangat juang tinggi apabila dapat menjaringkan dua gol pada aksi malam ini.
“Memang saya kecewa dengan dua gol yang dibolosi namun secara keseluruhannya, kami tidak tewas pada perlawanan di tempat lawan.
“Kini saya perlu mempersiapkan pasukan bagi aksi kedua di tempat sendiri,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.
Pada aksi terbabit, Vietnam memperoleh dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy pada minit ke-25.
Namun, anak buah Tan Cheng Hoe bangkit mengikat kedudukan menerusi tandukan Shahrul Saad (m-36) dan sepakan percuma Safawi Rasid (m-60) sekali gus memberikan peluang kepada Malaysia bagi aksi kedua, Sabtu ini.
Komen nitizen.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.