• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Penonton dibenar masuk stadium mulai 6 April 2021-Liga Malaysia

Penonton dibenar masuk stadium mulai 6 April 2021-Liga Malaysia

Zik · Apr 4, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Satu berita baik buat seluruh peminat bola sepak tempatan, apabila Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan, penonton akan mula dibenar menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di stadium bermula 6 April ini.

Ini selepas Reezal Merican turun menonton perlawanan projek perintis kemasukan penonton ke stadium antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kelmarin, demikian menurut kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tempohari.

Kenyataan itu menyebut pengawasan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Stadium Sultan Ibrahim, menyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi lampu hijau kepada MFL dalam membenarkan kembali kemasukan penonton.

“Setakat ini apa yang saya boleh katakan tiada halangan bagi kemasukan penonton untuk perlawanan lain, kerana berdasarkan pemerhatian daripada MKN, mereka berpuas hati secara keseluruhan.

“Kelulusan saya sebenarnya sudah dapat, tetapi sekiranya ada pemerhatian lain oleh pihak MKN, mungkin keputusan lain akan dibuat tetapi buat masa ini, saya boleh katakan tiada masalah,” kata Reezal Merican seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Semua yang ada pass tiket bermusim sahaja. 

Pada aksi kelmarin, 2,000 penonton dibenar masuk ke stadium bermula 6 petang, sebelum pintu ditutup pada jam 8.30 malam.

Penonton juga menyaksikan perlawanan itu dengan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat duduk penyokong sepanjang perlawanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan yang menyambut baik perkembangan positif itu berharap, pihak pengurusan pasukan bertanding bersedia menerima kemasukan penonton di venue masing-masing.

“Perkembangan positif yang ditunjukkan di sini harap menjadi permulaan untuk diikuti di venue-venue lain pada perlawanan ketujuh Liga Super.

“Melalui pewartaan (projek perintis) yang membenarkan penyokong boleh masuk ke stadium mulai 1 April, MFL telah bersedia sepenuhnya dan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bersama semua pasukan, bagi membincangkan perkara ini,” katanya.

Kena mohon secara bertulis terlebih dahulu kepada MFL.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua perlawanan Liga Super dan Liga Premier masih tertakluk kepada kelulusan MFL, di mana setiap pasukan perlu menghantar dokumen kebenaran kemasukan penonton terlebih dahulu.

copy paste malaysiakini.com

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan penonton dibenar masuk stadium 10 peratus dari jumlah kapasiti stadium mulai 6 april 2021, Penonton dibenar masuk stadium mulai 6 April 2021-Liga Malaysia

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: