• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Piala Malaysia 2020 ditunda lagi,

Piala Malaysia 2020 ditunda lagi,

Zik · Oct 13, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
piala malaysia
PINDAAN TARIKH UNDIAN DAN KEJOHANAN TM PIALA MALAYSIA 2020.
Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk meminda tarikh saingan TM Piala Malaysia berikutan situasi semasa penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Kalau covid 19 tak naik rasanya dah ok kot. Ini tak, dah makin jadi haru biru jadinya. Apepun kesihatan rakyat jelata harus diutamakan buat masa ini. Ianya bukan sesuatu yang mudah.
Dengan undian TM Piala Malaysia bakal diadakan pada 1 November 2020, sepak mula saingan TM Piala Malaysia yang pada awalnya dijadual pada 25-26 Oktober 2020 terpaksa dipinda ke tarikh baharu iaitu 6, 7 dan 8 November 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, keputusan menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dibuat selepas kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.
Jelas Dato’ Ab Ghani lagi, perancangan jadual baharu TM Piala Malaysia 2020 telah mengambil kira perkara-perkara berkaitan termasuk tarikh-tarikh Liga Juara-Juara (ACL) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula 19 November 2020 sehingga 4 Disember 2020.
Tarikh sepak mula kejohanan tertua di Asia Tenggara itu berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020 bermula dengan pusingan pertama 16 pasukan disusuli 12 dan 13 November 2020 (suku akhir), 17 November 2020 (separuh akhir) serta aksi final pada 22 November.
Sebagai rekod, pasukan yang layak beraksi di TM Piala Malaysia 2020 iaitu Selangor, PJ City FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur berada dalam kawasan yang telah diisytihar zon merah dan menjalani PKPB di Lembah Klang sementara Sabah dan Kuching FA turut menjalani PKPB serta Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri masing-masing.
“Buat masa ini TM Piala Malaysia 2020 masih berada dalam perancangan untuk diteruskan.
“Pindaan tarikh ini adalah selari dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah menetapkan tiada sebarang aktiviti sukan berlangsung dalam situasi COVID-19 khususnya di kawasan atau negeri menjalani PKPB.
“Bagaimanapun, kita masih mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan TM Piala Malaysia 2020 memandangkan format baharu tiada saingan peringkat kumpulan.
“Apa yang pasti, MFL akan sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai situasi COVID-19 dengan berhubung dengan KBS dan KKM dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Sementara itu, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan MFL turut meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super di antara Sabah dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam dan aksi Liga Premier di antara Kuala Lumpur menentang Kuching FA pada 31 Oktober 2020.
“Terdapat satu perlawanan CIMB Liga Super 2020 (Sabah dan UiTM FC) dan satu perlawanan Liga Premier (Kuala Lumpur dan Kuching FA) yang telah dijadualkan semula akibat isu COVID-19.
“Sebelum ini venue bagi perlawanan di antara Sabah melawan UiTM FC pada 10 Oktober 2020 di Stadium Likas, Kota Kinabalu namun terpaksa diubah selepas kawasan terbabit telah diisytihar sebagai zon merah dan telah menyebabkan PKPB dilaksanakan pada 12.01 tengah malam pada 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.
“Apa yang pasti, perubahan kalendar ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan di antara tiga dan empat hari. Saya berharap agar semua pemain dan pegawai terus mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi memastikan keselamatan diri dan kelancaran saingan Liga Malaysia 2020,” katanya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan Piala Malaysia 2020 ditunda lagi, tarikh mula piala malaysia 2020

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021
  • Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Live streaming JDT VS SELANGOR LIGA SUPER 1.5.2018

Share this on WhatsApp Perlawanan yang ke 8 dalam kempen liga super hari ini di …

Sukan

Kebangkitan harimau malaya vs Yemen 2-1(kelayakkan piala asia 2015)

Share this on WhatsApp Satu kelegaan buat skuad kebangsaan kendalian k raja gopa…

PIALA MALAYSIA Sukan

Live streaming Sabah vs Perak piala malaysia 18.9.2019

Share this on WhatsApp Perlawanan akhir kumpulan C hari ini diantara pasukan sab…

%d bloggers like this: