Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Pengguna ada hak dan tanggungjawab!

Pengguna ada hak dan tanggungjawab!

Zik · Jun 25, 2011 · 14 Comments

Share this on WhatsApp

hak pengguna, pengguna dan tanggungjawab, hak yang perlu ada pada pengguna, peranan pengguna dalam kepenggunaanAlamak barang nie, aku dah beli rupanya!!

Sardin nie dah expired lah bang!

Kenapa harga gula nie rm2.50 sekilo??

Banyak betul aku beli hari nie..alamak wallet aku dah kering… macam ne nie, baru awal bulan nie??

Petikan diatas ialah contoh senario yang berlaku hari ini.

Siapa pengguna?

Pengguna ialah orang yang membeli dan munggunakan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri sendiri dan seisi rumah. Ringkasnya kita melihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri.

Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalam masyarakat sekeliling. Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Masalah Kesedaran Kepenggunaan di Kalangan Pengguna

Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.

Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang/tak  bertanggungjawab. Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:

  • Kegiatan sorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga. Sekarang kes yang hangat ialah kes sorok gula. Pening aku, tengok peniaga/pemborong yang tamak nie.
  • Takda tanda harga pada barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
  • Cara melabel barang yang tidak lengkap, contohnya  dari segi tarikh luput serta status halal sesuatu barang.
  • Sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa; Contohnya, beras 1kg, letak beras 800gram.
  • Barang palsu; dan halal dan haram.

HAK-HAK PENGGUNA

Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambil kira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubung-kait dengan pengguna.

Bersambung….

Share this on WhatsApp

Ekonomi definisi pengguna, hak pengguna, hak yang perlu ada pada pengguna, pengguna dan isu semasa, pengguna dan tanggungjawab, pengguna perlu jadi bijak, peranan pengguna dalam kepenggunaan, siapa pengguna, tanggungjawab sebagai pengguna

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Norizwan says

    June 25, 2011 at 6:34 am

    harga barang tidak berpatutan….

    Reply
  2. tips-kurus says

    June 25, 2011 at 8:44 am

    (tersama pulak ada tajuk ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’).
    Isu kepenggunaan ini hanya segelintir sahaja yang peka. Bagus tajuk esei ni. 🙂

    Reply
  3. anif says

    June 25, 2011 at 11:01 am

    Memang perlu ada usaha untuk mengerakkan serta memberi kesedaran pada pengguna tentang hak mereka.

    Reply
  4. nizamghazi says

    June 25, 2011 at 11:13 am

    Info menarik utk sume pgguna yg kdg terlalai
    Kita sume jrg amik thu, main beli je <–ak je kot

    Reply
  5. Sabahan Bloggers Club says

    June 25, 2011 at 2:23 pm

    Kerajaan perlu menguatkuasakan akta2 yang ada dengan baik untuk memastikan hak pengguna terjaga dan terbela.

    Reply
  6. Malaysia Travel Blog says

    June 25, 2011 at 3:56 pm

    Tarikh luput adalah perkara paling utama yang saya perhatikan kalau nak membeli barang makanan..

    Reply
  7. Ali ridha says

    June 25, 2011 at 4:35 pm

    masalah ni pengguna sendiri kena
    laporkan jika ada masalah.jangan biarkan
    orang lain terkena dikemudian hari.

    Reply
  8. Fadzmie says

    June 26, 2011 at 2:11 am

    Kadang-kadang pengguna sendiri yang tak kisah hak-hak diorang. Lagi suka la jawabnya penjual-penjual tu.

    Reply
  9. tehr says

    June 26, 2011 at 2:54 am

    topik bagus ni, bro
    hak2 pengguna jarang sekali kedengaran dalam media arus perdana
    apa yang banyaknya adalah iklan mengenaik kebaikan sesuatu barangan
    sedih sekali

    Reply
  10. nuriz says

    June 26, 2011 at 2:03 pm

    kalau nak beli barang benda utama nak tengok tarikh luput le, dan kalau tin sus tu tgk le kemek ke tak, bungkusan tu koyak ke tak.
    Kuasa di tgn pengguna.

    Reply
  11. wazy says

    June 26, 2011 at 9:56 pm

    Kita sebagai pengguna memang ada hak jika sesuatu perkhidmatan atau barang yang kita beli tidak memuaskan

    Reply
  12. abrablog says

    June 26, 2011 at 11:05 pm

    betul, kita kena tahu hak pengguna. tidaklah asyik kena tipu aje..

    Reply
  13. sabree hussin says

    June 27, 2011 at 1:12 am

    macam syarikat besar-besar pulak, mereka akan protect diri mereka dengan menyediakan term and condition yang terang-terang tak menyebelahi pengguna.. dan kalau kes bawa ke mahkamah sekali pun pengguna akan kalah..

    itu kalau pengguna nak besar-besarkan kes la

    Reply
  14. nasslimdiet2 says

    June 29, 2011 at 9:04 am

    kalau pergi kedai runcit elakkan beli barangan yang telah dipek semula atau ditimbang. jika nak beli pastikan anda timbang dulu betul tak berat barang tu. Jangan terkejut kalau berat barang tu kurang. Ramai peniaga yang buat macam ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.