Sebelum ini cadangan dari bekas perdana menteri (DS Najib Tun Razak) mencadangkan agar akaun 1 kwsp supaya boleh dikeluarkan secara on off (keluar semua) sebanyak rm10,000 kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kita tahu memang ramai yang betul-betul terkesan dengan moratarium pun tidak disambung lagi. Mungkin ramai yang dah culas bayar loan, kereta, rumah, dan sebagainya. Ada yang mungkin sudah dapat kerja, tetapi mungkin gaji lebih rendah, ada yang tak dapat lagi kerja. Ada kerja tetapi gaji terlalu rendah berbanding gaji sebelum mereka diberhentikan kerja.
Pengeluaran KWSP akaun 1, Rm500 sebulan.
Kalau kita tengok bajet 2021 semalam pada 6 NOVEMBER 2020 , Kerajaan ada mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun satu secara bersasar (dijangka 600,000 orang yang ada kwsp) sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Kalau kita tengok pada yang terdahulu waktu mula-mula PKP, kerajaan ada buka untuk mereka yang ada kwsp boleh keluarkan duit rm500 sebulan maksimum sehingga 6 bulan berjumlah rm 6000 selama 6 bulan. Ia dipanggil Ilestari.
Bersasar, apakah maksudnya?
Pengeluaran KWSP akaun 1 bersasar. Apakah yang di katakan bersasar? Adakah bukan semua layak membuat pengeluaran KWSP akaun 1 ini? Korang ingat senang-senang ke nak keluar duit nih. Kerajaan pun duit tuh dia nak pusing jugak. Sebab tuh dia tak bagi one off terus, sebab dia nak rolling setiap bulan duit tuh.
Terbaru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.
“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.
KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 1
Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021. Kita akan kemaskini sekiranya ada pengumuman dari pihak kwsp nanti.
Komen dari pakar ekonomi mengenai pengeluaran kwsp ini.
Pengeluaran KWSP, unjuran penggabungan fiskal bimbangkan ahli ekonomi.
Beberapa pakar ekonomi menyatakan rasa bimbang mereka terhadap cadangan membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka – sehingga RM500 sebulan – dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
Ketika mereka mengalu-alukan peruntukan tambahan untuk sektor penjagaan kesihatan, sesetengahnya bertanya jika kerajaan akan berbenja cukup untuk merangsang ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.
Saya rasa ia agak terlalu optimistis mengenai unjurannya.
Unjuran defisit untuk 2020 adalah enam peratus; itu terlalu rendah. Jika dibandingkan dengan (setelah Krisis Kewangan Global 2008) pada 2009 yang kurang teruk, defisitnya jauh lebih tinggi (6.7 peratus).
Saya fikir ia harus lebih tinggi, tetapi kerajaan tidak menetapkannya lebih tinggi.
Selain itu, kerajaan merancang untuk mula menggabungkan kewangannya pada 2021. Tahun depan, mereka menyasarkan belanjawan defisit sebanyak 5.4 peratus, supaya anda melihat kerajaan sedang memulakan penyatuan fiskal ketika krisis ekonomi belum berakhir.
Lebih teruk lagi, defisit fiskal pada 2022 diunjurkan hampir empat peratus.
Saya rasa kerajaan terlalu optimis dengan keadaan ekonomi pada tahun depan dan pada 2022. Ia berusaha menggabungkan kewangannya secepat mungkin, yang bermaksud defisit fiskal akan dipotong terlalu cepat dan terlalu pantas. Kita belum keluar dari masalah lagi.
Kerana semua anggapan ini, mereka tidak membelanjakan wang sebanyak yang sepatutnya. Dan apabila mereka tidak berbuat begitu, mereka tidak mengukuhkan ekonomi.
Poon Wai Ching
Profesor madya ekonomi Universiti Monash
Lebih banyak wang diperuntukkan untuk menambah baik sektor penjagaan kesihatan bagi memerangi Covid-19. Ini adalah langkah yang baik.
Memulakan dana untuk komputer riba percuma buat kanak-kanak sekolah juga merupakan skim yang baik. Ini akan membantu menjadikan teknologi digital tersedia untuk pelajar. Saya harap ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Ini adalah langkah yang baik, terutama untuk pelajar yang kurang berupaya, yang tak dapat belajar secara dalam talian kerana kekurangan akses internet, tidak dapat membeli komputer riba atau mengalami kekurangan literasi digital.
Penaja mungkin perlu mempertimbang untuk memberikan modem kepada pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.
Atas langkah kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM500 bulanan selama 12 bulan (yang berjumlah RM6,000) untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan, saya rasa ini adalah kelegaan jangka pendek dengan mengorbankan faedah persaraan jangka panjang.
Pengeluaran dana dari Akaun 1 KWSP hanya boleh dianggap sebagai jalan terakhir untuk meringankan beban kewangan orang ramai.
Laurence Todd
Pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
Saya menyambut baik fokus yang diberikan kerajaan dalam bidang yang sebelum ini diabaikan seperti kesihatan mental dan penjagaan anak. Saya juga mengalu-alukan tumpuan untuk menarik aktiviti teknologi tinggi ke Malaysia.
Namun, ada juga bidang yang menimbulkan kebimbangan. Pengeluaran KWSP membahayakan keselamatan kewangan jangka panjang buat isi rumah.
Banyak simpanan pendeposit KWSP sudah tidak mencukupi untuk menyediakan mereka ke dunia persaraan. Menurut analisis, hanya tiga daripada 100 rakyat Malaysia mampu bersara sepenuhnya – lebih daripada separuh pencarum KWSP.
Bahkan RM6,000 adalah pengurangan yang ketara bagi banyak akaun. Di samping pengeluaran, kerajaan juga menurunkan kadar sumbangan (daripada 11 peratus menjadi 9 peratus) yang bermaksud, simpanan akan bertambah pada kadar yang lebih perlahan.
Saya juga kecewa kerana belanjawan tidak melampaui tahap kemampanan. Setelah pemerintah menetapkan harapan tinggi, dasar-dasar tersebut tidak banyak menangani cabaran untuk mengubah Malaysia ke ekonomi rendah karbon.
credit to malaysiakini.com
Leave a Reply