• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / Pemanasan Global cetus krisis makanan dunia.

Pemanasan Global cetus krisis makanan dunia.

Zik · Apr 14, 2011 · 61 Comments

Share this on WhatsApp

global warning, bumi cari, bumi macam aiskrim, gambar bumi, pemanasan global

Masalah krisis makanan yang berlaku seluruh dunia ia benar-benar di tahap membimbangkan. Baru-baru ini sahaja, kita  digemparkan dengan satu musibah besar  dari negara timur, Jepun.

Menjejaskan hasil pertanian.

Apabila terjadinya banjir, kemarau, tanah runtuh, taufan dan tsunami, ia benar mengganggu proses tanaman secara tidak langsung. Bagi negara pengeluar, sekiranya merupakan negara eksport terbesar, sekiranya dilanda musibah, ekonomi satu dunia akan mengalami kesannya.

Lantaran itu, pemanasan global ini akan memberi kesan yang tidak elok kepada pengeluaran makanan dan cetus suasana yang panik, harga makanan akan naik secara tidak terkawal, meskipun bekalan yang mencukupi disebabkan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terutamanya peniaga dan pemborong (dan juga pihak atasan) memanipulasi harga dengan sewenang-wenangnya.

Kesan pemanasan global boleh dibahagikan kepada 2:

  • langsung
  • tak langsung.

Langsung.

Ia dari bencana alam seperit kemarau, banjir, paras air meningkat setahun sebanyak 3 SM menyebabkan pesisiran pantai dan delta hilang  dan juga tsunami. Kejadian taufan, misalnya menyebabkan hasil tanaman musnah dan pengeluaran menjadi berkurang.

Selain itu, ada kajian mengatakan adanya anjakan perubahan musim bunga yang membawa perubahan pembiakan flora dan fauna. Sedar atau tidak, hasil pengeluaran akan menjadi sukar dijangka disebabkan masalah ini dan menjejaskan stok penimbal.

Ini juga menyebabkan pengeluar mengeluarkan kos pengeluaran yang tinggi atau kemungkinan membayar insurans yang tinggi dek kerana tidak dapat memenuhi permintaan mengikut masa yang ditetapkan.Namun, kadang-kala pengeluaran bertambah disebabkan anjakan atau perubahan musim daripada yang biasanya tetapi berkurangan pada waktu tertentu.

Kesan tidak langsung.

Penggunaan bahan fosil yang menyebabkan dunia semakin panas dan mendorong kepada dasar tenaga global. Dasar tenaga ini merujuk kepda bagaimana sumber tenaga baru dapat dijana supaya pergantungan kepada minyak berterusan dapat dielakkan.

Sumber tenaga yang dapat dijana semula termasuk biomas (bahan buangan pertanian), angin dan tenaga solar. Ini dapat mengekang, masalah peningkatan kos yang disebabkan kenaikan minyak. Namun, meskipun sektor pertanian ini akan mengalami pertumbuhan pesat, (peningkatan bekalan), masalah yang berlaku ialah harganya pun turut naik.

Oleh itu peningkatan harga minyak, memang menyebabkan naik harga disebabkan kenaikan harga kos operasi dan pengangkutan.

 

Sumber psasir.upm.edu

Share this on WhatsApp

Alam sekitar pemanasan global, pemanasan global cetus krisis makanan

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. tengkorak emas says

    April 14, 2011 at 8:05 am

    bukan saja anjakan perubahan musim bunga..ada jangkaan juga mengatakan zaman ais bakal berlaku di tempat2 tertentu..

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      April 14, 2011 at 6:50 pm

      Itu namanya pemalapan global yang berlaku serentak dengan pemanasan global. Ia disebabkan pencemaran udara yang amat teruk, dan partikel pencemar seperti habuk dan debu berkumpul di atmosfera. Sekaligus mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari di permukaan bumi.

      Zaman ais boleh berlaku sekali lagi disebabkan perubahan iklim yang melampau.

      Reply
  2. chii says

    April 14, 2011 at 9:19 am

    kalo kita tgk pun..x ramai yg ada akan kesedarn mcm ni..

    cthnya mcm kempen yg baru2 ni..earth hour..bp ramai je yg sokong n sama2 jayakannya…
    bila bumi semakin panas..mcm2 rungutan yg kita dgr..sedangkan segala yng berlaku,berpunya drpd manusia itu sendiri

    Reply
    • Zida says

      April 16, 2011 at 12:00 am

      yup betul. senanye ramai je tak faham apa aim sebenar earth hour tu. dorang ingat main tutup lampu masa waktu malam tu je ke? hehh

      Reply
  3. iza says

    April 14, 2011 at 10:14 am

    As salam…
    Sekali air bah, pantai pun berubah…

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:06 pm

      seperti tsunami…

      Reply
  4. ika honey bunny says

    April 14, 2011 at 10:23 am

    tulah perasan makin panas skang

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:15 pm

      panas dunia… isk2..

      Reply
  5. hafidz says

    April 14, 2011 at 10:43 am

    pemanasan global berada tahap kritikal sekarang ni.
    mari kita selamatkan bumi dari pencemaran πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:15 pm

      selamatkan bumi hijau kita…

      Reply
  6. nasslimdiet2 says

    April 14, 2011 at 11:02 am

    semua yang berlaku berpunca dari diri sendiri. walau banyak kempen yang dijalankan, jika tak sedar susah juga.

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 4:06 pm

      ya kita tak sedar, diri sendiri ini yang menyumbang kepada kemusnahan bumi kita ini..

      Reply
  7. Kamal Mustafa says

    April 14, 2011 at 11:21 am

    Bumi nak bagitau kita,dia tak larat dah nak menanggung bermacam masalah. Tue yang macam2 bencana datang.

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:28 pm

      mungkin sudah hampir tiba waktunya…

      Reply
  8. ben says

    April 14, 2011 at 12:14 pm

    saya akan buat presentation pasal global warming jumaat ni..
    yeah!!!bersama-sama lah kita menyejukkan bumi kita..
    practice 3R in our life:))
    peace!!hehehe

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:16 pm

      all the best.. so macam ne?? hehe

      Reply
  9. Bro Ery says

    April 14, 2011 at 1:21 pm

    Bencana alam seperti banjir dan tsunami bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada tanaman tetapi boleh menjadikan tanah itu tidak subur.

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:16 pm

      betul2.. sangat setuju dengan bro

      Reply
  10. jue says

    April 14, 2011 at 2:17 pm

    sbnrnye ramai yg x ambik kesah pasal bnda2 mcm ni..especially manufacturing company..research on green pun hanya baru di lakukan 2 thn yg lepas…hurmm..:(

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:19 pm

      biasanya kilang2 nih yang banyak untung nie.. keselamatan diabaikan..isk2

      Reply
  11. akubiomed says

    April 14, 2011 at 2:30 pm

    Sejak berlakunya gempa bumi sedikit sebanyak telah merubah bentuk muka bumi dan kedudukan paksi berubah. Bencana banjir dan perubahan cuaca menjejaskan bidang pertanian beberapa negara.

    Sebagai contoh krisis bawang dan kentang kerana kesan banjir buruk di India dan Sri Lanka

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:29 pm

      pertanian diantara asset ekonomi yang penting…. kalau takda , susah, nak makan apa…

      Reply
  12. LiFe KaMi says

    April 14, 2011 at 2:54 pm

    skang ni pasang air cond kat umah pun panas lagi..
    memang kena cari altenatif lain utk kurangkan nya..
    lg satu jangan buat byk dosa..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:41 pm

      bumi sudah semakin tenat…

      Reply
  13. Pejuang Kesenian Extreme says

    April 14, 2011 at 3:15 pm

    Krisis makanan la yang aku takut untuk hadapi…Serius kalau ni berlaku,harga makanan mesti melambung..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:41 pm

      mulalah ada pihak yang cuba manipulate harga…

      Reply
  14. adele says

    April 14, 2011 at 3:27 pm

    sama2lah pelihara bumi kita..hancurnya bumi kerana keganasan manusia..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:41 pm

      manusia itu sendiri yang rakus…

      Reply
  15. Razlan says

    April 14, 2011 at 3:54 pm

    Bile jepun ditimpa musibah ne,salah satu perkara yang aku terpikir akan impact malaysia ialah kuregnye ikan sardin ,hmm!

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:42 pm

      betul juga… aku nak makan sardin pun sekarang nie kena fikir2 banyak kali..takut2 ada radiasi lah pulak…

      Reply
  16. Hisyam says

    April 14, 2011 at 4:17 pm

    Sekarang ni sepatutnya musim kemarau, tapi kenapa jadi hujan je. Bukan nak kata tak suka nikmat, cuma rasanya cuaca dah mula berubah.

    Reply
    • Mrs.Ayie says

      April 14, 2011 at 9:05 pm

      betul tu. Sekejab panas. Lepas tu esoknya hujan macam musim tengkujuh

      Reply
  17. bEe says

    April 14, 2011 at 5:56 pm

    Semakin manusia melupakan t/jwb pd bumi semakin luputlah k/syg pd bumi kita! Sampah dibuang merata-rata………. Mcm mana nak hijaukan bumi kalau fikiran still kolot. πŸ™

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:45 pm

      bumi kita sudah tidak tahan lagi…

      Reply
  18. AdaAkuKesah says

    April 14, 2011 at 6:11 pm

    fuhh.. dunia makin teruk atau maju? ni yang jadi tanda tanya..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:45 pm

      dua2 pun ada dah nie…

      Reply
  19. zool says

    April 14, 2011 at 8:23 pm

    Krisis makanan pasti berlaku lebih2 lagi dengan perubahan cuaca yg tak menentu. mampukah kita menanganinya.?? wallahualam

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:53 pm

      bersama-samalh kita fikir2kan… insyalllah..

      Reply
  20. akubiomed says

    April 14, 2011 at 8:55 pm

    Pemanasan global adalah perlepasan CO2 kuantiti tinggi yang menjejaskan rumah hijau. Untuk memelihara memerlukan kerjasama di seluruh negara dunia. Negara maju juga antara penyumbang gas yang menjejas rumah hijau

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:57 pm

      kedudukan dibandar juga penyumbang kesan rumah hijau

      Reply
  21. eastbullet says

    April 14, 2011 at 9:22 pm

    pemanasan global itu sesuatu yang sudah pasti berlaku.. cuma masa yang menentukan keparahannya.

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:57 pm

      masanya pasti akan tiba

      Reply
  22. nuriz says

    April 14, 2011 at 10:09 pm

    dunia ni semakin tua, mcm dah nazak dah, bayangkan le kalau org sdg nazak macm mana..

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:58 pm

      lebih kurang macam tuhla dia punya perumpamaannya

      Reply
  23. Sabahan Bloggers Club says

    April 14, 2011 at 10:09 pm

    Sekarang ni cuaca memang semakin panas. Nak tidur malam pun kadang-kadang cukup susah.

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:59 pm

      kalau duduk bandar nie terasa dia punya panas sampai ke malam…

      Reply
  24. dnoBiz says

    April 15, 2011 at 12:45 am

    Bila bro cakap macam tu aku teringat kes telur tiruan..,
    mungkin telur tiruan boleh ditambah dengan zat dan protin bagi dijadikan mmakanan tambahan suatu masa nanti πŸ˜€

    Reply
    • tehr says

      April 15, 2011 at 2:07 am

      aku setuju
      dan elakkan bahan terlarang
      mesti boleh dijual kat mana2 pun dan akan digemari ramai

      Reply
  25. dnoBiz says

    April 15, 2011 at 12:46 am

    anjakan musim ni juga telah menyebabkan penanam tembakau di bacok kelantan mengalami kerugian yang agak besar, bila daun tembakau yang sudah hampir watu dituai rosak kerana musim hujan yang diluar jangkaan baru baru ini

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 3:59 pm

      daun tembakau… erm…

      Reply
  26. benjy says

    April 15, 2011 at 1:20 am

    Kesan secara langsung dan tak langsung ke-2nya amat memeritkan … bertambah modennya kita bertambah panaslah bumi ini … mungkin suda tiba masanya kita menjelajah ke planet lain untuk bertemu dengan transformer … mungkin ini boleh mengurangkan masalah pemanasan global …

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 4:01 pm

      amboi sampai jumpa transformer… jangan silap jumpa sudah, jumpa megatron..

      Reply
  27. shamizu says

    April 15, 2011 at 2:28 am

    Bagus info zik.
    Dunia makin tak menentu sekarang ni. Gempa bumi, thunami, taufan, banjir
    Kesannya bukan kepada negara miskin saja. Negara kuat macam jepun pun tak boleh nak lawan.

    Kesimpulannya : umur dunia makin tua dan semakin ke penghujungnya. Pemanasan global satu sebabnya.

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 4:04 pm

      kiamat sudah tentu.. masanya kita tidak tahu bila…

      Reply
  28. chybee says

    April 15, 2011 at 2:30 am

    cuaca skrg smakin tak menentu.sepatutnya sini dah panas sikit tp still sejuk lg

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 4:05 pm

      owh yeker.. musim yang tidak sekata sekarang nie

      Reply
  29. ishak says

    April 15, 2011 at 4:01 pm

    ahahah..komen aku tadi masuk spam….

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 4:05 pm

      takda pun dekat spam bro… huhu

      Reply
  30. MDHAFiZ.NET says

    April 15, 2011 at 6:49 pm

    janji Allah itu pasti.. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      April 17, 2011 at 4:05 pm

      ya betul sudah tentu.

      Reply
  31. atiey says

    May 15, 2011 at 12:27 am

    Semua nie pengajaran untuk mereka yang rakus…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss