\
Kena bakar sudah patung lilin icity. Kempunan aku nak bergambar dengan barrack obama.
Perggh, teruk betul. Mesti ada orang dalam yang menjadi dalang dalam kejadian ini. Siapa agaknya. Aku suspek ada sebab dan punca patung lilin kena bakar. Ada beberapa kemungkinan, khianat. Ataupun, disebabkan mahal patung lilin nih. So duit dah tak berapa nak masyuk, dari segi pelawat yang datang tak mahu masuk ini tempatlah. Sebab tak mampu nak bayar hutang, diaorang rancang bakar jerla patung lilin nih. Dapatlah insuran yang banyak, mungkin juta-juta kot. Ini andaian sahaja, bukan betul pun.
Baca laporan penuh dibawah nih (aku copy paste jer).
SHAH ALAM: Pengurus maklumat I-City, Tang Soke Ching memaklumkan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tiga lelaki membakar beberapa patung lilin yang dipamerkan di muzium lilin interaktif, Red Carpet @I-City, disini. Menurut Tang, siasatan itu juga bagi memastikan bagaimana tiga lelaki terbabit dapat memasuki muzium itu kerana polis mengesyaki ia adalah satu perbuatan sabotaj.
Beliau menambah mereka yang melakukan perbuatan khianat itu telah mendapat akses ke dalam premis itu melalui pintu masuk di mana anggota keselamatan bertugas, kira-kira pukul 3 pagi, Rabu.
“Sebab itu polis mengesyaki ia adalah perbuatan sabotaj,” kata Tang lapor Mstar Online. Ujar Tang lagi, polis juga menyiasat jika tiga suspek itu mempunyai rakan sejenayah yang lain.
Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup TV (CCTV) juga disediakan kepada media menunjukkan tiga lelaki membakar ruang pameran. Apepun, takda kemalangan jiwa berlaku. Orang mati, terbakar, cedera pun takda. Semuanya dilakukan secara terancang.
Lebih 10 patung lilin yang mempamerkan figura terkenal di muzium lilin The Red Carpet, i-City di sini terbakar dipercayai akibat perbuatan sabotaj kira-kira pukul 2.37 pagi semalam. Kebakaran di ruang pameran berkeluasan 126 meter persegi itu, menyebabkan taman tema digital tersebut mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Pengurus maklumat I Berhad, Tan Soke Cheng berkata, api tidak merebak terlalu besar.
Video rakaman cctv patung lilin -icity kena bakar.
Dari sumber yang lain: tapi sama jer pun.
Kronologi, Muzium patung i-city shah alam.
Harga bagi tiket masuk ke RedCarpet Muzium Patung Lilin I-City ini bermula dengan harga RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Walaupun begitu untuk pakej keluarga, anda hanya perlu bayar RM160 sahaja.
Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati. Jadinya, sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. (promosi dah habis bro!).
Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.
Pengarah I-Bhd, Monica Ong berkata, muzium itu dibina sebagai antara tarikan pelancongan di Malaysia dan dipercayai dapat menarik pelancong dari dalam atau luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.”Kami sasarkan 30,000 pengunjung setiap bulan sepanjang tahun ini bagi muzium lilin itu kerana jumlah pengunjung keseluruhan i-City setiap minggu 90,000 orang.
“Disebabkan konsep i-City berorientasikan keluarga, sasaran pengunjung bagi muzium lilin ini juga adalah keluarga kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, dewasa dan warga emas,” katanya. Menurut beliau, konsep muzium tersebut direka dengan santai dan memberi kepuasan terutama kepada kanak-kanak berbanding muzium lilin di negara lain.
“Bagi tema interaktif kita boleh melihat patung lilin Psy (penyanyi Korea Selatan) menari tarian terkenalnya, Gangnam Style serta tarian dan nyanyian Michael Jackson. Pengunjung juga boleh mencuba persalinan baju yang dipakai oleh patung-patung lilin tersebut dan bergambar bersama,” tambahnya.
Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.
Apepun, muzium patung lilin nih dah jadi sejarah jerla, lepas nih. LOL.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
kakiblog says
diharap siasatan lanjut dapat dilakukan segera supaya pelakunya dapat ditangkap..
titan says
aku tak tahu. bukan aku yang buat.
Kamal Mustafa says
Memang rata-rata pengunjung yang datang kata tak berbaloi masuk dengan harga yang mahal tue.
Bahrain says
kalau nak buat balik semula ni makan masa.