Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Boleh claim ke kalau kemalangan dengan kenderaan tiada insuran?

Boleh claim ke kalau kemalangan dengan kenderaan tiada insuran?

Zik · Dec 28, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

borang insurance, claim insurance,

Perkongsian info “jika anda accident dengan kenderaan tiada insuran” :

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tiada insurans.


MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.

Cara untuk apply (claim) dengan MIB.

Sebelum korang buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam. Kalau nak senang upah peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plat kenderaan yang melanggar. Sebab tuh kalau ada dash cam dekat kenderaan korang tuh sangat penting bendalah ini untuk bukti tuh.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian. Lebih dari tempoh tiga tahun, minta maaflah ya.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MclaIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri. Dia akan siasat dan timbang tara berapa jumlah yang dia akan bagi ikut budi bicara.

Ok anda semua sudah jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.

Semua diatas ini sudah lengkap korang boleh  , hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Peringatan – kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..

Copy paste. Facebook, roadtax pantas .

 

Share this on WhatsApp

Tips dan trick cara nak claim insurance kenderaan yang tiada insurance, cara untuk claim kepada kereta yang takda insurance, claim insuran 2018, claim kereta yang takda insurance

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.