Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Tips menghalau lalat

Tips menghalau lalat

Zik · Sep 26, 2010 · 64 Comments

Share this on WhatsApp
lalat, lalat musuh negara,fly wanted, fly cute, lalat yang jahat
Cutenya lalat nie, tak jadi nak bunuh!

Salam sejahtera.

Lalat musuh negara!!

Memang pun! Tapi sebenarnya lalat selalu menjadi musuh kepada suri rumah, terutamanya ketika mengadakan majlis besar-besaran seperti kenduri kahwin (dah nak banyak dapat kad nie).

Ia akan mengerumuni hidangan yang terbuka dan kadangkala meninggalkan telur berwarna putih yang mencemarkan makanan dan mengalami keracunan makanan. Ia perkara yang serius, bukan main-main Menghalau lalat bukan kerja yang mudah seperti sapu sampah!.

Disini ada beberapa petua yang ingin dikongsi bersama. Namun, keberkesanannya bergantung kepada bilangan lalat dan juga keupayaan lalat ini mutasi dengan petua-petua dahulu nie.

Cara-caranya ialah:

Petua 1

lilin, gambar lilin, picture candle, candle,

  • Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau ditempat meletak hidangan. Insya-Allah lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

  • Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Petua 2.

kayu manis, gambar kayu manis,

Mengunakan Kulit Kayu Manis.

Sekiranya anda berhajat membuat kenduri malangnya lalat banyak menghurung, letak kan beberapa potong kulit kayu manis diatas meja hidangan. Insyallah lalat tuh akan beredar, kerana bau kulit kayu manis itu.

Petua 3 :

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Petua 4:

Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Petua 5:

Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.

Petua 6:

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak adn tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Insyaallah, lalat pasti akan berkurangan.

Petua terakhir. (jangan diamalkan, !!) :devil: :devil:

Selamat mencuba, yang terakhir sekali, dinggatkan sekali, jangan mencuba ya! Sekadar jenaka sahaja. :sick: :sick:

Sumber pertama, kedua dan ketiga

Share this on WhatsApp

Tips dan trick cara menghalau lalat, cara untuk menghalau lalat, tip-tip menghalau lalat, tips menghalau lalat

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Affan says

    September 26, 2010 at 2:43 am

    hahaha. yg akhir sekali tu takleh blah bro

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:22 am

      tuhla pasal.. jangan diamalkan ek..hehe

      Reply
  2. mrnamie says

    September 26, 2010 at 2:45 am

    ish zik.. macam mana bole dapat idea yang last tu? pengalaman ke? hehe :p

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:24 am

      syhhh..diam2 bro….hehe

      Reply
  3. Fitrihadi.com says

    September 26, 2010 at 2:52 am

    giler ar yang last tu…adoiiii

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:24 am

      tau takpe…. bahaya…hehe

      Reply
  4. kami says

    September 26, 2010 at 3:28 am

    semua berkaitan bau sebab lalat akan dtg drpada bau..
    tips yg bagus diamalkan.:)

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:25 am

      hurm betul tuh sis…

      Reply
  5. Zam Alkangsari says

    September 26, 2010 at 5:22 am

    Tips2 yang bagus…
    Terima kasih…

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:28 am

      semoga ia bermanfaat untuk kita semua…

      Reply
  6. azizan4444 says

    September 26, 2010 at 5:27 am

    memang terbaik la tips ko bro.haha..pic yg last tu adui adui..lol..

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:29 am

      hehe…. semua duk fikir last choice tuh..huhu

      Reply
  7. Khairol Ghani says

    September 26, 2010 at 8:09 am

    aku risau la zik..nanti orang tak dengar pesanan ko,dia gi ikut kaedah yg last sekali tu..hehe

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:34 am

      tuhla pasal… habis aku…. :pinch: :pinch:

      Reply
  8. ardzham says

    September 26, 2010 at 8:13 am

    satu perkongsian yang menarik, cuma tips yang terakhir tu buat saya tak selera makan hahaha
    lepas ni boleh buat tips menghalau tikus dan lipas pulak…..

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:35 am

      hah betul juga tuh bang… kena tanya orang ramai… tikus dgn lipas nie.. memang menyusahkan juga

      Reply
      • ardzham says

        October 1, 2010 at 2:05 am

        orang kata nama tikus tak boleh disebut, nak kena kias guna nama mak menti atau mak siti dan sebagainya, lagi satu tak boleh dimaki, nanti dia makin mengganas.

        kat pasar tani stadium muar setiap ahad ada seorang peniaga yang jual bahan-bahan pembasmi tikus, lipas, cicak dan sebagainya. tapi tak cuba lagi….

        Reply
  9. dedoku says

    September 26, 2010 at 10:09 am

    ahahha..tergelak aku tgk kartun tu..boleh lak layan makan dpn najis yg diberak gara lalat. er..tips kat atas tu byk gak aku tak taw. mmg bguna tips kalo nanti tkena serangan lalat 🙂

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:38 am

      haha yang last tuh… memang hancus tul…hehe..tak pasti keberkesanannya..huhu

      Reply
  10. iza says

    September 26, 2010 at 10:27 am

    Salam…
    Petua yg baik utk dicuba….
    kena tgu lalat masuk umah dulu la ni….sbb lalat susah nk masuk dlm umah….kalau ada pun, lalat yg tersesat atau terlepas masuk….semut je yg byk…
    Kalau guna lilin aromaterapi, berkesan tak?

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:40 am

      lilin tuh ok jugak tuh kak…. cuma lilin tuh mahal kak… macam tak berbaloi nak buat halau lalat.. heee

      Reply
      • iza says

        September 27, 2010 at 8:58 am

        2 in 1….
        rumah pun wangi…..

        Reply
  11. Faraest says

    September 26, 2010 at 10:44 am

    Tips yg last tu mmg berkesan kot.. hahaa

    dekat kampung aq ade musim lalat nie datang serbu ke rumah2… mmg banyak tahap gaban lalat2 yg dtg tu.. :alien:

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:42 am

      itu lalat time musim mengawannya sama kot…. aduhh susah tuhla sekarang nie…lalat merata-rata…

      Reply
  12. etomyam says

    September 26, 2010 at 10:50 am

    hahahaha kalau ada jugak yg try cara last tu memang ganah sungguh lurus bendulnya 😀

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:43 am

      ish2… habis2 kena dakwa nie.. nanti..huhu

      Reply
  13. acapz says

    September 26, 2010 at 11:04 am

    slalu aku pkai lilin tu r. hoho. bnyk lagi petua ni bro. bgus2. tq sharing 😀

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:46 am

      owh lilin… berkesan gak tuh bro…

      Reply
  14. zezebel says

    September 26, 2010 at 11:16 am

    Try gunakan cili besar yang di belah. Berkesan juga tu untuk menghalau lalat. 😉

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:48 am

      owh satu tips yang baru… terima kasih sis..

      Reply
  15. Azuan says

    September 26, 2010 at 11:26 am

    haha.. kelakar betul yg last tu.. siapalah yg tergamak buat mcm tu..

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:49 am

      haha… sapalah agaknya…

      Reply
      • Azuan says

        September 27, 2010 at 9:32 pm

        haha.. x tau lah..

        Reply
  16. nik says

    September 26, 2010 at 11:38 am

    haha :p tak terfikir pulak aku nie.

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:49 am

      terfikir atau memikirkannya…huhu samalah tuh..apalah aku nie…hehe

      Reply
  17. Mashi says

    September 26, 2010 at 12:50 pm

    petua terakhir tu pernah ade orang buat ke :w00t:

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:50 am

      tak tahulah aku…. cuba try ,test power…. ngeee :dizzy: :dizzy:

      Reply
  18. rashid says

    September 26, 2010 at 1:33 pm

    Haha…memang best cara tu…lalat ni kalau dibiarkan pintu atau tingkap terbuka luas, memang dorang akan datang menyerang…haha

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:50 am

      attacking…. nyum2… arrkkk :sick: :sick:

      Reply
  19. tehr says

    September 26, 2010 at 1:41 pm

    saya pernah nampak ada tuan punya gerai menggantungkan air yang diisi dalam plastik putih, katanya untuk menghalau lalat

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:51 am

      ah ya betul jugak tuh bro… lupa pulakk… nie satu lagi petua tertinggal…

      Reply
  20. ishak says

    September 26, 2010 at 2:06 pm

    hahah..tips terbaik..kalau yang last tu…memang sukar nak buat..tapi senang nak dapat hoho

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:52 am

      wahh jangan2 diamalkan… hehe :biggrin:

      Reply
  21. Hadi Rofiee says

    September 26, 2010 at 2:49 pm

    Kelakar tu. Pa2 pun, t.kasih. :happy:

    p.s: petua 1, ada terlebih taip ka? :face:

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:52 am

      hah alamak kantoi… ok2 terima kasih bro..dah edit balik..hehe

      Reply
  22. zulkbo says

    September 26, 2010 at 3:08 pm

    Salam bertandang di hari minggu..
    jangan lupa bertandang rumah terbuka,
    moga anda sihat selalu..he he

    Reply
  23. zulkbo says

    September 26, 2010 at 3:09 pm

    bagus tips ni
    zikr…clorox tu
    yang tak boleh tahannya
    he he.. :whistle:

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:53 am

      petua baru tuh bro….hehe

      Reply
  24. Eizil says

    September 26, 2010 at 3:09 pm

    Tetiba terasa nak cuba petua terakhir tuh, nak gak tahu, bebetul berkesan ke… hehehe… thanks bro untuk petua ni, kalau rumah lama memang banyak gak lalat, tapi alhamdulillah, sejak berpindah ke rumah baru ni, dah takder serangan lalat.

    Tapi petua ni sgt berguna bila kenduri kendara, sebab lalat macam dijemput plaks…

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:55 am

      hurm betul tuh bro…. tapi biasa kalau rumah dekat dengan kedai jual ayam/bela ayam…alamak…. sakit gak tuh… huhu

      Reply
  25. suri says

    September 26, 2010 at 3:32 pm

    byk juga tipsnya zik heee…
    si pemutih juga bayk gunanya yer heee.. tapi tu ke kena hati bab2 megutip makanan kat ats mja bby bhya skit huhu.. :biggrin:

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:56 am

      ya betul tuh….

      Reply
  26. Ezany-Kun says

    September 26, 2010 at 3:42 pm

    cara yg last tu dasyat giler.. haha..

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:58 am

      hehe.. bahaya… :devil: :devil:

      Reply
  27. Ali ridha says

    September 26, 2010 at 3:43 pm

    klu keja kat Pasaraya bahagian Stor.waktu
    pagi tu faham aje la.ayam, ikan,daging dan len2.
    ini la selalu aku jumpa.lalat tgu ape lgi.
    serang la.

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:58 am

      rich-sect… hehe .. tapi bahan kimia tuh..bahaya…

      Reply
  28. syahrilhafiz says

    September 26, 2010 at 4:54 pm

    tip terbaik bro..haha
    open gila..
    lalat mesti suka..haha

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 6:59 am

      haha.. bahaya tul la tips last nie.. menyesal aku suggest…

      Reply
  29. mrs jamal says

    September 26, 2010 at 11:36 pm

    nak cari tips halau lalat kt blog…ada ker?

    Reply
    • Zik says

      September 27, 2010 at 7:00 am

      alamak… dekat blog ada lalat…. canggih tuh….

      Reply
  30. tengkorak emas says

    September 27, 2010 at 7:04 pm

    bagus petua ni bro, patutla ada restoran yg letak lilin kat meja siang2,

    petua last tu haha..tahan lak dia tengok ‘benda’ tu sambil makan

    Reply
  31. slimdiet2 says

    October 22, 2010 at 4:28 pm

    boleh juga guna EM

    Reply
  32. Zida says

    April 17, 2011 at 11:40 pm

    nak copy boleh? tensen dah ni lalat terhimpun. hahaaha

    Reply
    • Zik says

      April 18, 2011 at 2:21 am

      ok.. beres2x..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.