• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Panduan temuduga penguasa kastam w41, 2014

Panduan temuduga penguasa kastam w41, 2014

Zik · Sep 16, 2014 ·

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

tips interview, dressed interview, gambar interview, tips interview,

Pertama sekali ingin aku ucapkan tahniah kepada semua calon yang telah lepas untuk peringkat pertama, zon first nampak macam mudah, susah pun ya jugak. Mahu tak susah, dari calon dekat 80k lebih, yang lulus cuma 30 ribu lebih jer. So kepada yang lulus tuh, bukan calang-calang jugak sebenarnya. Apepun yang telah aku berikan panduan itu semua dalam lingkungan 10% jer hari tuh. Yang lain tuh kerja keras dan homework korang. Selebihnya kena usaha lebih, tawakal innahu, dok try dok tahu (haha tranung pulok kito).

So teruskan apa yang perlu anda persiapkan diri sebelum interview nanti.

Beberapa notes yang korang perlu study mendalam dalam dunia perkastaman ini.

Apa itu gst ini memang soalan wajiblah sebab gst kan dah nak dikuat kuasakan untuk tahun hadapan, yang lain-lain tuh korang kena study macam mana nak kira/berapa kadar cukai gst, apa sst( sales and service tax), apa kebaikkan gst kepada negara, bila akan dilancarkan?  Kalau kau cakap gst tuh menbebankan rakyat, alamat memang tak dapatlah jawatan nih. Terus terang aku cakap. Kalau boleh bagitahu pros dan cons. Apa kebaikan dia, keburukan jangan cakap jujur sangat. Keburukkan tuh cakap gst ini sebab

Apa tugas penolong penguasa kastam, tugas jawatan la. Apa jenis cukai yang dipungut kastam, visi, misi, fungsi kastam. Etika kastam. Ini soalan wajib.  Harap dapat membantu yg akan interview w27/w41  Lembaga temuduga ada 2 kategori. Kategori pertama dipengerusi kan spa. Kedua dipengerusikan pegawai kastam. Kalau spa, dia akan tanya cobbolt, bila meedeka cmane capai merdeka, isu semasa. Kalau org kastam, dia akan tanya nape cukai di wujud, diperkenalkan oleh Kerajaan. Apa faedah cukai. Apa cukai langsung. Dan isu semasa. Ada 28 panel. 22 dipenguriskan spa. Hanya 6 oleh kastam. Sapa dapat kastam. Ini bukan soalan bocor. Tapi cuma nak membantu.  jaga attitude, cara percakapan.

Ada teknik yang baik untuk korang jawab.

  1. Kalau tak tahu, sokong pendapat panel 100%
  2. Kalau tahu, sokong dan tambah fakta sendiri.
  3. Kalau tak setuju, bagi hujah kenapa  tak setuju.
  4. Kalau tak tahu jawab tak tahu secara ikhlas cakap saya minta maaf saya tidak tahu
  5. Panel akan tukar soalan lain. Jangan cuba KELENTONG ok.

Dressed mesti tip-top punya bro. Perempuan pun sama. Ini penting dari segi first impression kita kepada mereka yang bakal temuduga kita nanti. Tengok pakaian yang menyakinkan sedikit banyak bagi up sikit confident kita tuh. Pakai kot, makeup yang jangan tebal sangat.  Wajah mesti tegas, senyum jangan banyak. Duduk tegak. Handbag letak atas meja yang telah disediakan. Tangan letak atas peha. Bila masuk, tegakkan badan baru ucap salam. Jgn ucap salam sambil berjalan. Selesai temuduga pun sama.

Another tips yang lain, copy paste jer nih dari blog lain. Hehe.

  1. Tentang diri kita… pengerusi soal kita jawab. Pastikan apa yang kita tulis tuh sama dalam sijil dan resume
  2. Tiada soalan nama Raja/Sultan/Menteri. Tak pasti, tapi kena tahu siapa pengerusi kastam tuh siapa? Hah sudah.
  3. Komitmen diri – penempatan di sempadan negara ( saya sudah berkahwin dan ada anak, kalau bujang bagi tahu kotmitmen kerja berapa percen???)
  4. Mampukah berjauhan dengan keluarga – saya jawab saya bawa satu famili (kalau bujang takda masalah lah kan! – tidak terikat dengan masa yang kekal-kira ada tugasan luar kawasan saya tidak kisah-percayalah!)
  5. isu MC – boleh rujuk Majikan saya– tengok record mc korang, kalau sebelum nih kerja swasta kan, kalau fresh graduate, itu lain ceritanya.
  6. Isu saya dah biasa dengan pekan.. bagaimana kalau ditempatkan di sempadan yang pekan nya jauh 40km-100km??
  7. Isu kerja shift – dah biasa encik… ada kelebihan bila kerja shift.
  8. Lokasi/pejabat kastam : Pelabuhan, Lapangan Terbang, Sempadan
  9. Kredibiliti kastam dalam kes penyeludupan.
Daripada wakil jabatan (Kastam):
  1. Bagi tahu apa pengetahuan anda tentang KASTAM. Ini nak bagi anda macam mana sejauh mana pengetahun anda tentang kastam -terangkan bermula daripada Kementerian Kewangan – agensi – jabatan kastam – 5 bidang (pengurusan, kastam, perkhidmatan teknik, cukai dalam negeri, penguatkuasaan dan pematuhan).
  2. Bidang perkhidmatan teknik – mengapa ada tarif dan taksiran
  3. Cukai Dalam Negeri – Cukai Jualan
  4. Pengilang – jawapan kepada siapa yang dikenakan cukai jualan
  5. Isu semasa – GST – Goods & Services Tax.
  6. Mengapa rakyat perlu didedahkan dengan isu cukai dan ke mana hala tuju (Belanjawan – RMK10-goreng nasi cili padi habis)
  7. Sila berikan contoh Cukai Perkhidmatan – contoh paling best… makan kfc ada 6% gov tax dan perkhidmatan kad kredit
  8. Pasal isu rasuah yang baru-baru ini kenapa berlakunya juga, so kenapa ia berlaku jugak?? Huhu/

credit to lili blogger.
Apa yang  penting jujur ok. Tip yang last, mesti pandai jadikan perbualan menarik, jangan kaku, cakap menggigil-gigil, itu mcam takut jer bro. Supaya anda lulus dalam temuduga itu nanti yer. Insyallah bro. Doa banyak-banyak .

Kalau rasa macam kurang jer, kena dapatkan panduan ebook dia nih. Sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat persiapan rapi dari segi fizikal dan mental.  Jangan kedekut nak simpan budget tuh. Kena melabur sedikit untuk dapatkan tips yang lain dari yang lain, sebab tuh kena buat persediaan 300% kalau kita betul-betul serius lah kan.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik 7 Soalan yang sering ditanya Dalam Temuduga Penguasa temuduga kastam w41, apa tugas kastam w41, ebook panduan kastam w41, Kastam W41, panduan lengkap soalan temuduga penguasa kastam w41, panduan temuduga kerajaan, panduan temuduga penguasa kastam w41, pengalamana temuduga kastam w41, soalan bocor dalam temuduga penguasa kastam w41 2014, soalan yang ditanya dalam temuduga penguasa kastam w41, temuduga kastam w41 2014

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Semakan Keputusan Peperiksaan PTD Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 2016

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kepada calon ptd 2016, yang baru sahaja mendu…

Akademik

Panduan peperiksaan Juruaudit W41/22 13.9.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Adakah anda merupakan calon peperiksaan dan T…

Akademik

UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan-Menteri pendidikan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah…

%d bloggers like this: