

Pertama sekali aku ingin ucapkan seribu tahniah kerana anda terpilih untuk menduduki exam secara online untuk pertam kalinya untuk jawatan penguasa kastam w41. So, bukan senang untuk terpilih dalam menduduki exam kali ini kerana ada yang mohon tapi tidak dipanggil untuk exam ini. Si, inilah peluang anda untuk lakukan yang terbaik. Dah dipanggil tuh lakukan yang terbaik, persiapan awal dari segi mental dan fizikal. Kena betul-betul manfaatkan masa yang diberikan. Cuma masalah yang berlaku ialah kekurangan masa, dan juga mungkin masalah server down yang teruk ketika exam online, itu spa mungkin perlu baiki dari masa ke semasa.
Kepada yang search, google last minit aku rasa mungkin untuk lulus peluang sangat tipis sebabnya bukan soalan yang mudah, selain perlu lakukan banyak research yang sebanyak mungkin selain perlu tahu tugas sebagai penguasa kastam ini bukan sembrono sahaja. Oleh yang demikian, tiada istilah soalan bocor yang ada spa simpan. Mereka memang menjaga betul-betul soalan itu dari tersebarnya luas ke laman sosial. Untuk itu, tanya kepada mereka yang telah lulus atau kawan-kawan yang telah menduduki exam penguasa kastam w41 ini. Mungkin boleh tanya tips-tips atau apa berkaitan dengan tugas kastam, takpun akta kastam.
So, untuk layak menjawat jawatan ini korang kena lulus :
- Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 (first nih kasi lulus dulu!)
- Temuduga Oleh Panel Penguasa Kastam W41
Weii exam dekat mana nih??
Mana-mana pun boleh bro, dekat toilet pun boleh, janji komputer/ laptop ada depan mata korang. Sama dengan line internet cukup laju untuk senang nak jawab. Korang boleh muat turun percuma Tatacara Menduduki Peperiksaan Online Pen. Penguasa Kastam Gred W41 ini. Sedikit panduanbuat calon penguasa kastam w41 ini. Huhu.
Sekali imbas:
So, jadinya kali ini exam online ada 3 section yang harus anda pahami dan belajar betul-betul, faham, kuasainya dengan teratur dan lakukan homework yang cukup-cukup teliti. Peluang yang ada cuma ada dalam 2 tahun sekali je nih. Bukan senang beb!
Section A:
Pengetahuan A: Dari 9.00 pagi-9 .40 pagi.
Jumlah Soalan : 50 soalan. Soalan objektif (A,B, C,D)
Masa yang diperuntukkan hanyalah 40 minit sahaja. Kalau korang betul-betul dah study banyak pasal kastam malaysia dan juga isu-isu semasa dalam section ini sepatutnya takda masalah. Cuma, kalau tak study mengangga jerla mulut korang tuh. Kalau sempat google, sempatlah. Kalau tak, jawapan yang korang google tuh memang tak jumpalah jawabnya. Huhu. Kan sia-sia jer tuh. untuk section A kalau boleh kena score markah yang sebanyak mungkin untuk cover section C yang mungkin ia tampak tricky dan susah. Ia berkaitan dengan psikologi.
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
So, dalam urusan kastam apa yang korang tahu tugas seorang kastam, kutip cukai, gst kena study molek-molek, akta kastam 1967 tuh kena study banyak-banyak. Kastam ini dibawah kementerian kewangan kena ingat tuh. Aku dah bagi hint jawapan satu tuh, hehe. Berkenaan dengan keselaman negara, akta keselamatan dalam negeri, dasar kerajaan yang dah buat dulu dan sekarang. dasar penswastaan kena ingat. Isu semasa pun korang kena amik tahu lah sikit-sikit ada2,3 soalan dia akan tanya punya. So, bersedialah, study pasal mh370, mh17 bila terhempas, hilang. Gagasan satu malaysia pun korang kena tahu. Banyak produk yang telah dijanakan oleh DS najib tun razak. Mungkin br1m ke, pr1ma ker, sara satu malaysia. Kena jelas apa program satu malaysia tuh apa benda dia. Bukan sembrono jer, tup-tup ada soalan yang akan keluar nanti. So, kena buat study awal nih.
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dari 9.55am – 10.40am
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
Macam senang, tapi sebab dah tinggal lama matematik kepala dah berkarat nak ingat semula fomrula. Hah, inilah mungkin para calon tak dapat skor banyak markah dekat section ini sebab masa katanya terlalu singkat! Kena banyak latih tubi nih. Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan kriteria yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
1. Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat. KBKK, macam lebih kurang menguji minda. So korang kena study pasal, benda-benda yang difikirkan logik akal. Susah juga tuh. Senang cerita search pasal uji minda anda. Kadang-kadang kita cari jawapan tuh, tapi tak jumpa-jumpa. Rupanya ada disebalik yang cuba kita fikirkan, ada penyelesaiannya.
2. Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis. Yang ini memang agak rumit jugakla.
3. Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif. So, level tahap kesukaran matematik ini adalah tahap spm jer. Cuma, ia dijadikan dalam isu semasa dalam tugas seorang kastam. Banyak soalan dalam subjek purata. Nampak senang, cuma mungkin agak lama tinggal math, terkial-kial nak belajar balik , kira satu soalan. Banyak calon peperiksaan buang masa dekat section ini. Banyak markah tolak, sebab hentam sajalah. Baling dadu, tak sempat nak jawab semua tuh. So, kena study balik, jumpa adik-adik belajar balik semula asas math tuh. Math moden jer, bukan add math, itu tahap mega meksima beb. Tak pun jumpa balik cikgu tuisyen ke, cikgu dulu. Search googole contoh soalan spm tingkatan 4,5. tapi sekarang dalam bahasa english ek?? ah sudah, pandai-pandai kaulah nak lulus. Pegi translate. Bawak calkulator tuh. Pergi beli balik calculator ajaib korang tuh. Pakai sempoa pun ok.
Lebih kurang soalan dia macam diatas nih. Kalau selalu latih tubi. Takda masalah nak jawab satu soalan tak sampai seminit. Kena banyak buat ulangkaji nih. Huhu.
Section akhir C: Ujian Psikometrik
Dari 10.55am – 11.55am
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (objektif jugak, ABCD)
Hah, yang ini aku rasa tak boleh tolonglah, ikut logik koranglah. Korang jawab korang sendiri tanggung! Soalan dia berpaut-puat. Bersambung-sambung, dari no1-5 contohnya. Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Susah juga soalan nih, ia berkaitan dengan diri sendiri punya attitude, personaliti diri.
Takda masa nak search???
Yer, mungkin korang sibuk ataupun takda masa nak search bagai, nak buat nota ringkasan pun macam tak sempat sebab kerja.Apa kata dapatkan ebook nota rujukan penguasa kastam w41:
Panduan peperiksaan online spa (apa-apa exam termasuk kastam w41)
Senang jer, Ikut dia punya arahan. Dia punya gambar time exam macam atas tuhla. Senang jer. Jangan gabra. Ada masalah sila tanya.
Agak-agak kalau malas, beli jer ebook dia nih. Tak payah nak terkebil-kebil tak tahu apa nak search, blur jer. Beli habis cerita. Tapi ini bukan jaminan, ia cuma panduan jer bro.
Tempah ebook panduan nota penguasa kastam w41
Ada tiga pakej:
Kenapa ada banyak pakej??
Ini senang buat calon boleh pilih mana yang rasa dah confident, beberapa section so boleh pilih mana yang rasa belum cukup ilmu dada untuk skor masa exam nanti. So, bagi yang tak sempat kena study semualah makanya kena beli semua pakej. Murah jer ebook nih pun, takda rugi pun. Kalau lulus, gaji yang korang bakal dapat nanti kalau dah confirm memang berbaloi-baloi. Cuma, kena betul-betul fahamkan, study buat nota ringkas. Mind mapping, last stage tawakal.
Sedikit nota untuk korang:
Tugas penguasa kastam w41:
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
- Sekarang nih nak pakai orang sebab kerajaan nak melaksanakan gst tahun hadapan, so kena study pasal gst.
Untuk berjaya, study pahamkan betu;-betul, latih tubi, banyakkan research. Buat nota ringkasan, last ialah doa. Kemidian barulah kita bertawakal kepada Allah, Insyallah berjaya. Amin.
Aku doakan buat semua calon buat yang terbaik untuk exam kali ini.
Psst aku sediakan sedikit review ebook tuh:
2.TUGAS PENGUASA KASTAM W41 TK2
3. Nota gst_pamplet_gst
Apa korang tunggu lagi!! masa semakin suntuk, dapatkan segera!!
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Memang bagus panduan ni..kepada calon yang nak exam penguasa kastam tu, cepat dapatkan..
kena ambil pakej penuh nih..hoho