Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Panduan temuduga penolong penguasa kastam gred w17 2015!!

Panduan temuduga penolong penguasa kastam gred w17 2015!!

Zik · Oct 26, 2015 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih untuk next stage iaitu terus kepada proses temuduga penolong penguasa kastam w17. Apepun masih jauh lagi perjalanan untuk melayakkan diri ke dalam kancah pekerjaan ini. So apa yang aku sarankan ialah perlunya persediaan diri sendiri. Mental dan fizikal sebelum kita melangkah ke temuduga ini nanti. So be prepared apa yang akan aku cuba sampaikan walaupun ianya berbentuk santai dan ringkas sahaja.

Berdasarkan pengalaman penemuduga yang lepas ada kongsikan ialah :

Jangan cuak/takut.

Hoi korang tak perlu cuak kalau ilmu di dada sudah cukup persediaan dari segi mental dan juga maklumat-maklumat kastam. Banyakkan berselawat. Jangan gabra ok. Pagi-pagi sebelum diinterview elakkan banyak sangat baca buku pasal kastam lagi dah. Rileks jer baca surat khabar tahu pasal isu semasa jer. Senang. huhu

Bahasa.

Kalau boleh jangan mix kejap melayu kejap english. Yang paling bahasa formal dan gaya bahasa yang sangat kemas dan teratur. Cool jer. Kalau english terus english. Kalau dia tanya bahasa malaysia, jawab english. Jawab dengan confident.

Apa yang penting kena tahu prosedur yang seharusnya korang tahu pasal temuduga gaya pergerakkan, tingkah laku ape semua tuh. So korang kena ambil take note pasal dibawah nih.
1. Cerita pasal latar belakang kita
2. Kenapa pilih jawatan ini?
3. Daripada mana dapat maklumat pasal kastam(sumber)?
4. Di manakah ibu pejabat kastam di raja malaysia?
5. Apa kelebihan yang anda ada?
6. Apa sumbangan anda untuk kastam di raja malaysia? yg ni memang confius ckit bg aku..lalala
7. Apakah visi,misi? yang nih lebih kepada visi.
8. Apakah yang anda boleh sumbang kepada kastam? soalan begini macam2 dia boleh relate contoh  
    mcm nak tingkatan prestasi kastam or etc.
9. Apakah yang dilakukan serta amalan yang di terapkan dalam kastam dalam meningkatkan prestasi kastam? dan macam-macam lagi. Akta kastam pun kena tahu juga. Tugas penguasa kastam juga kan…
10.GST . Ini adalah soalan killer lah aku rasa. Kalau tak dapat jawab. Anggaplah fail. Kena tahu banyak sangat pasal gst nih. Bila dikuatkuasakan. Apa itu gst. Jangan jadi macam yang hari tuh tengah viral interview dalam dewi remaja, sapa entah Mawar Rashid tuh ha. Tergagap-gawat tanya pasal gst. Kena banyak google dan tanya orang pasal gst nih. Apa kelayakkan yang membolehkan syarikat itu kena register gst nih??
Kepentingan gst kepada negara. Sistematik , membangunkan ekonomi negara, walaupun korang tahu yang menjadikan negara kucar kacir, tetapi fikir jawapan yang lebih logik kenapa gst ini penting walaupun goverment tuh bangnang tahap ahmad maslan. Haha.
Study banyak pasal gst yer…
Sedikit nota pasl gst nih.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?

 

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan – 10% dan Cukai Perkhidmatan – 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Apa yang penting be yourself. Bagitahu jawapan biarlah matang dan bersedia apa bakal soalan yang akan dia tanya lepas kita jawab tuh.. Kenapa tak setuju , kenapa setuju, kenapa , …Dia juga akan soal pasal satu situasi. So tiada jawapan yang betul . Cuma disitu kita kena kreatif dan tahu menyelesaikan masalah itu dengan bijaksana. Itu adalah berdasarkan pengalaman hidup yang akan mematangkan jawapan kita tuh . Ianya bergantung lah kan …
Nak lagi… Aku malas nak bagi banyak, banyak lemak pulak kang. So korang kena dapatkan panduan penguasa kastam w17 edisi 2015.
penguasa kastam, panduan temuduga penguasa kastam w17,
Jangan lokek duit untuk dapatkan ebook panduan ini, ini berkaitan masa depan korang. Sebab ia dah lengkap bagitahu apa yang kita kena sediakan dan juga kadang-kadang kita rasa macam dah cukup. Tapi bila baca, fuhh rasa diri ini sangat penting rupanya. Memang ada permarkahan merit dari segi penampilan yang remeh temeh, tapi itu penting rupanya.
Beli segera disini.

Share this on WhatsApp

Akademik ebook panduan temuduga pembantu penguasa kastam w17 2015, panduan pembantu penguasa kastam w17 2015, panduan penguasa kastam 17, panduan temuduga pembantu penguasa kastam w17, panduan temuduga penguasa kastam w17 yang baru, pengalaman temuduga penguasa kastam w17 2014

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Dja says

    October 27, 2015 at 9:56 pm

    Kadang si penemuduga ni akan saja-saja provok dengan soalan-soalan yang boleh menjerat … so, tak boleh gopoh-gopoh nak jawab … perlu tunjukkan kematangan bila berdepan soalan macam tu

    Reply
  2. cik tom says

    October 28, 2015 at 4:34 pm

    apa2 pun yg penting kena confident 🙂

    Reply
  3. Raihanah Ahmad says

    November 5, 2015 at 11:18 am

    good luck kepada semua calon

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.