Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Panduan kerja di singapura, part1

Panduan kerja di singapura, part1

Zik · Mar 15, 2017 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

kerja singapura, singapura,

Kalau ikutkan pengalaman, penulis memang zero!, tapi penulis menetap di negeri yang dekat dengan singapura, johor ler kan (JDT). Nak cerita kawan yang kerja kat singapura memang ramai. Diaorang memang ada share pasal kerja kat sana, enviroment dia, sosial dia dan macam-macam lagilah. Kalau korang tak biasa, mungkin akan kecundang awal. Takut tak tahan dengan psikologi, pressure dia dan macam-macam lagilah.

Kalau korang perasan dengan racist yang melanda di singapura, dan juga video viral yang melanda di facebook , boleh korang rasa cuak pulak nak kerja di singapura. Pada pendapat aku, ramai hati orang malaysia yang kental mahu kerja di singapura ini. Semuanya demi wang ringgit, dan masa depan yang cemerlang. 

Kawan ada spm jer, boleh kerja ker? 

Brader, ini semua boleh settle ma. Yang penting hati mahu kental, itu jer. Kerja jadi cleaner pun teruk-teruk 1000 sgd, belum convert ke malaysia, dalam lingkungan 2 setengah kali ganda, ikut matawang ekonomi semasa malaysia lah. Itu kita jangan fikir lagilah. Tak ade PMR dan UPSR pun tak ape. Ade macam – macam kerja boleh dipilih.

So, boleh jadi gaji korang tuh, tiga kali ganda dengan gaji yang sedia ada di malaysia ini. Sebab tuh kadang-kadang ada yang kerja di singapura dia dah target untuk beberapa tahun jer, untuk cukupkan modal dan juga cukupkan duit untuk buat business sendiri bila dah kaya. Ia ibarat pekerja asing di yang kerja di malaysia, bangladesh, myanmar, kemboja, vietnam dan lain-lain lagi. Apepun, ada prosedur yang ditetapkan, kalau kita betul-betul mahu kerja disana.

Undang-undang singapura.

Ketat, ini yang kita kena ikut sebab singapore bukan di negara kita. CCTV is everywhere. Banyak pantang larang yang kita kena patuhi. Semua ini kalau korang tak boleh ikut, baik kerja di malaysia jer. Jangan suka-suka nak ludah sana sini. Ini bukan malaysia, rokok pun jangan rokok sembarangan jer. Kena cari tempat yang sesuai, lintas jalan tuh, ikut tempatnya jangan main lintas jer. Ikutkan ada lagi, ini baru pengenalan jer bro. baru part 1.

TAK PANDAI ENGLISH, BOLEH KERJA ?

Boleh!! Sebabnye ramai pekerja yang kerja di sana pun bermula dari zero English. Boleh pakat – pakat belajar sedikit bahasa english basic dari diaorang. Lama -lama , berabuk lah korang punya english tuh. Macam orang asing kerja di malaysia, lama-lama sudah pandai cakap orang malaysia. hua hua..

BERAPA RM BUAT PASSPORT ANTARABANGSA ?

Kini kita boleh miliki Passport Antarabangsa 5 tahun dengan harga RM200. (tak pasti sekarang berapa agaknya?

BAGAIMANA BUAT PASSPORT ?

Pergi di Kaunter Imigresen bawa RM200. Siap dalam 2,3 jam siaplah.

BERAPA RM BUAT LEVY / PERMIT ?

 Bayarannya lebih kurang dari SGD 250 hingga SGD 750 sebulan. Bergantung kepada taraf akademik / skill pekerja dan bidang pekerjaan yang diceburi. Jangan bimbang, bukan pekerja yang bayar. Majikan yang bayar levy/work permit ini. Buat masa inilah.

ADAKAH GAJI AKAN DITOLAK UNTUK BAYAR LEVY ?

Tak. Jika dalam iklan atau agreement tu majikan nak bagi gaji SGD 1300 sebulan, maksudnya full  korang akan dapat SGD 1300 tu. Tapi yang tang kswp ke, cukai ke, gst. Aku kurang periksa lah. Huhu

MAHAL TAK KOS JIKA NAK STAY DI SINGAPURA ?

Lagi bagus korang sewa dekat JB jer. dalam sewa 400 -700 sebulan. Kalau bujang, kena cari partner ker macam mana.

MAHAL TAK KOS TAMBANG DARI JB KE SINGAPURA ?

Tol dah naik !!! Memang ia beri kesan yang hebat kepada pengguna seperti kita yang guna kenderaan hari-hari. Namun begitu, pengguna yang paling kurang terasa impaknya ialah pengguna bas awam. Tak ade masalah, bas awam memang bersepah. Bas CW1 dari Jb CIQ ke Kranji hanya RM 1.50. Jika nak balik kita guna dollar. Caj tambang ni adalah tepat semasa entry ini diupdate, esok – esok tak tau lah.

BERAPA GAJI PALING MURAH DI SINGAPURA ?

Gaji minimum yang paling sikitlah untuk kerja unskilled (tidak mahir) lebih kurang SGD 1000. Kerja unskilled ni macam cleaner dan hotel – tak perlu ada SPM. Kalau tukar RM boleh dapat lebih atau kurang RM 3000 (terpulang pada rate semasa). Kalau ada allowance dan overtime tentu dapat lebihlah.

Gaji pekerja operator kilang yang menggunakan SPM adalah lebih tinggi dari tu. Susah nak tentukan minimum sebab ia bergantung kepada majikan tu. Banyak benefit yang company bagi maka sikitlah basic gajinya. Biasanya kalau tempat kerja tu jauh dari Woodlands Checkpoints maka gajinya lebih tinggi berbanding tempat kerja yang lebih dekat dengan Woodlands Checkpoints.

Bagaimana dengan gaji technician, bank officer, admin dan lain lain? Sudah tentu lebih tinggi. Kalau pekerja unskilled boleh dapat gaji macam manager bank di Malaysia, maka pekerja skill dan yang ada sijil akademik tinggi akan dapat gaji macam menteri – menteri di Malaysia. Itu bohonglah, menteri malaysia lagi kaya, duit tepi diaorang banyak sangat tuh.

KUOTA kalau takda macam mana?

Pemerintah Singapura dah buat sistem kuota. Setiap syarikat ada kuota untuk local (warga Singapura) dan pekerja asing (kita lah kot). Jika company yang anda terjah tu bagitau dah tak de kuota, jadi pandai – pandailah bawa diri cari kerja kat company yang lain pulak.

BOLEH BELAJAR DI SINGAPURA ?

Ye. Kita boleh sambung belajar di sana. Cakap je nak belajar ape, kursus jangka pendek, kursus jangka panjang, skill, diploma, degree, semua ada. Ingat, sijil Singapura value tinggi beb! Standard UK gitu. Jika nak upgrade, banyak – banyakkan research dan hadiri kelas untuk dapat sijil yang ada value. Boleh buat part – time. Malam kerja, siang tidur dalam kelas. hehehe..

BOLEH PERCAYA AGENSI PEKERJAAN ?

Kalau nak ikut agensi pekerjaan, silakan. Tapi ingat baca dan fahamkan dulu isi – isi dalam agreementnya dulu sebelum sign. Memang ramai yang mencari agensi, maklumlah agensi boleh tolong buat passport, sediakan tempat tinggal, bagi pinjam duit makan dan sebagainya. Biasanya agensi macam ni akan caj sebulan gaji dan semua bayaran tu diambil dari gaji setiap bulan. Sebab agen nih ambil sikit dari gaji kita tuh, kira komisen dia lah.

BOLEH TAK SAYA CARI SENDIRI KERJA TANPA BERGANTUNG KEPADA AGENSI ?

Boleh. Inilah cara yang terbaik. Penulis selalu syorkan sesiapa sahaja yang menghubungi agensi agar berdirilah di kaki sendiri. Anda boleh mencari dan memilih kerja yang anda suka tanpa dipaksa dan tanpa diikat.

Akhir kata. 

Kesimpulannya bekerja di Singapura adalah sangat menguntungkan bagi sesiapa yang bijak mengambil peluang ini. Bukan sahaja di singapura, malahan sekiranya anda lebih berani, anda akan mendapati bekerja di Negara-negara yang mempunyai matawang yang lebih besar adalah amat mengujakan. Jadi fikir-fikirlah untuk masa depan anda. Bagaimana untuk anda mencari rezeki adalah terpulang kepada diri anda sendiri. Oleh itu buatlah satu keputusan yang boleh memberikan keselesaan kepada masa depan anda dan keluarga anda. Jangan biarkan diri anda berada di takuk yang sama. Pastikan anda sentiasa majukan diri anda dalam mencari rezeki baik dunia ataupun akhirat. Bagi aku , korang kena tetapkan timeline nak kerja berapa lama. 3-5 tahun ke. Simpan memang nak kene ada.
Kalau berminat untuk kerja , boleh dapatkan panduan dari A-Z dari penulis yang berpengalaman kerja di singapura ini. Bagus ebook dia nih. Jangan takut untuk laburkan wang  korang tuh, sebab ada panduan tuh, sedikit sebanyak, kita dah tahu banyak benda basic untuk kita bersedia.

Bersambung..

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Tips dan trick cara nak kerja di singapura, jawatan kosong singapura, kerja di singapura, kerja kosong di singapura, panduan cara nak kerja di singapura, panduan kerja di singapura, panduan lengkap kerja di singapura, pengalaman kerja di singapura

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Hero Borneo says

    March 17, 2017 at 11:23 pm

    nak cari duit…hati mesti sado..

    saya percaya semua orang suka bergaji besar

    Reply
  2. Naziman Azlye says

    December 25, 2017 at 12:00 am

    Terima kasih bro. Saya fresh grad tengah cari-cari kerja. Memang dalam planning nak kerja di singapore max 3 tahun ja. Target nak bayar hutang n buat simpanan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.