• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / 7 Rahsia Tips memilih minyak wangi bagi lelaki maskulin, HAHA!!

7 Rahsia Tips memilih minyak wangi bagi lelaki maskulin, HAHA!!

Zik · Oct 3, 2012 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

minyak wangi, minyak wangi lelaki,

Bertemu lagi dalam ZH edisi lelaki maskulin!!

Aku yakin ramai lelaki di luar sana yang sukakan kepada fesyen yang bergaya. Sekarang ini, macam-macam trend dah ada!! Tetapi apa ada pada gaya korang tue, jika badan berbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Eiii!! So, cara penyelesaiannya sangat mudah, terlebih dahulu anda perlu mengenakan deodoran untuk menghilangkan bau-bau yang menikam hidung. Setelah badan anda bebas dari pencemaran bau, barulah anda gunakan minyak wangi untuk membuatkan badan anda berbau harum, wink2!! Baru awek serbu korang, haha!!

Rahsia yang anda perlu tahu!!

MINYAK wangi bagi lelaki adalah identiti mereka. Jaranglah orang lelaki menukar haruman berbanding wanita yang mempunyai rangkaian wangian yang pelbagai. Kaum Adam percaya pada satu haruman yang cukup kuat bertindak sebagai simbol kehadiran mereka. Paling banyakpun, lelaki akan menyimpan tiga jenis minyak wangi untuk “acara” yang berbeza.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi.

1. Cuba minyak wangi pada waktu tengah hari

Jika anda ingin membeli minyak wangi, aku cadangkan anda mencuba minyak wangi pada waktu tengah hari. Ini kerana deria bau kita berada pada tahap optimum pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan anda.

2. Ketahui bau kegemaran anda. 

Jurujual minyak wangi biasanya mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujal mengenai kegemaran anda tersebut. Untuk lebih detail lagi beritahu jenis buah yang anda suka seperti oren, strawberry dan sebagainya. Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.

3. Jangan cuba terlalu banyak minyak wangi

Hidung anda tidak boleh menilai bau minyak wangi dengan menghidu terlalu banyak wangian. Bagi mengelakkan anda menyesal tersalah pilih minyak wangi yang tidak sesuai, hadkan mencuba dua atau tiga minyak wangi sahaja. Daripada tiga itu pilih satu minyak wangi yang anda rasa sesuai dengan anda. Banyak sangat bau, pening kepala , hadui!!

4. Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi

Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Apa kata pergi survey, jalan-jalan dahulu dan  tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

5.Elakkan memakai minyak wangi sebelum memilih

Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba. Elok-elok nak beli tue, bau sama pulak dengan perfume yang asal, erkk!!

6. Jangan gosok pergelangan tangan

Ini biasa yang korang selalu buat, kan?? Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.

 7. Diskaun tak masuk akal? Kenapa murah sangat nih??

Korang kena fikir, ada sebab kenapa ia diberi diskaun terlalu banyak. Minyak wangi hanya tahan secara purata selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hati memilih minyak wangi agar anda tidak terbeli minyak wangi yang terlalu lama. Tak pasal-pasal, nak wangi, jadi makin busuk pulak!!

Ahaaa, korang sudah tahu rahsia ini, apa lagi sharelah artikel ini, untuk kepentingan bersama, hehe!!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan, Tips dan trick lelaki maskulin, panduan memilih minyak wangi, rahsia membeli minyak wangi, tips beli minyak wangi bagi lelaki

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Bro Zulkbo says

    October 3, 2012 at 2:28 am

    Salam Zikr..
    saya alah pada minyak wangi nih
    nasib baik badan sendiri jenis
    tak berbau hapak..tidak payah
    la 🙂

    Reply
  2. akubiomed says

    October 3, 2012 at 10:53 am

    Suka minyak wangi yang lembut kalau keras datang alergik bersin. 🙂

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      October 3, 2012 at 9:32 pm

      yg keras ni sesuai utk malam..kalo siang..leh pening gak kepala..huhu

      Reply
  3. tehr says

    October 3, 2012 at 9:32 pm

    wanita suka kepada bau badan lelaki
    dapat tenangkan fikiran mereka

    Reply
  4. Naziman says

    October 4, 2012 at 1:15 am

    Wah, tips baik ni. Tapi saya jarang pakai minyak wangi juga walaupun ada 4 minyak wangi.haha Saya suka pakai bau yang lembut ja.

    Reply
  5. Juan says

    October 6, 2012 at 4:51 pm

    saya pon jarang pakai minyak wangi nih

    Reply
  6. aimannajmy says

    October 12, 2012 at 12:20 pm

    haha ingat lagi dulu time zaman belajaq aku dok pakai minyak wangi mawi tu haha aura

    Reply
  7. hafidz says

    October 20, 2012 at 1:08 pm

    oh baru tahu rupanya minyak wangi ni tahan 3 tahun sahaja.
    lepas ni tak perlu saya beli minyak wangi berjenama tuh bebanyak.
    takut tak perasan dah expired huhu 😛

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: