Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Haqiem Rusli Pemenang anugerah Bintang Popular Berita Harian 33

Zik · Nov 14, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

haqiem Rusli

Mendapat undian lebih kurang 22 juta lebih. Haqiem Rusli dinobatkan sebagai bintang paling popular. Untuk edisi kali ini tanpa penonton kita dengan norma baru nampaknya Abpbh dapat juga dilaksanakan cuma dengan SOP yang cukup ketat. Ini rezeki Haqiem Rusli untuk tahun ini. Baru-baru ini juga, dia pun baru jer beli kereta branded juga tuh. Hehe.

Baca juga : Keputusan penuh anugerah bintang popular berita harian 33.

Haqiem Rusli sebelum ini dulu pernah terlibat dengan beberapa kontroversi. Banyak jugalah, pasal nak bersara, depression lagi, kes spek hitamlah. tetapi dia belajar dari kesilapan, dan tak cepat melatah. Biarpun apa-apa yang melanda beliau. Orang buat lagu troll pasal depression dia, Haqiem Rusli tak menggelabah, walaupun dia kecewa.

Masa kecil dulu, dia adalah finalis bintang kecil. Kemudian dia mencuba nasib dengan masuk program mentor. Masa tuh dia cuba bersaing dengan Qody, tetapi Black memilih Qody. Haqiem Rusli tidak patah semangat, dia berjaya naik tanpa dari program realiti. Dia buat kompose lagu sendiri. Single pertama dia yang meletup masa tuh kalau tak silap Segalanya. [Read more…] about Haqiem Rusli Pemenang anugerah Bintang Popular Berita Harian 33

Share this on WhatsApp

Senarai penuh pemenang anugerah bintang popular berita harian 33(2020)

Zik · Nov 13, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

anugerah berita harian bintang popular 2020,

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) edisi 2020 mempertandingkan sebanyak 13 kategori utama dan 5 kategori online. Walaupun Anugerah ini dapat juga dijalankan, namun ianya kena ikut SOP yang telah digariskan oleh MKN.

Keputusan disampaikan oleh para penyampai trofi terdiri daripada barisan anak seni dengan reputasi hebat dalam bidang masing-masing.

Mereka ialah Datuk Rosyam Nor, Saiful Apek, Ramlah Ram, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Wany Hasrita. Menghangatkan pentas, gandingan penyanyi lama dan baharu menghiasi segmen persembahan sebagai selingan hiburan.

Antara nama yang terbabit termasuk penyanyi Faizal Tahir, Azlan Typewriter, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel, Man Keedal, Tuju, Noki K-Clique dan Aina Abdul.

Tidak juga ketinggalan, membawa artis lain yang akan membuat persembahan iaitu Yonniboii, Zynakal, Dolla, Zizi Kirana, Tomok, Lan Solo, Liza Aziz, Azlina Aziz, Elly Mazlein, Indah Ruhaila dan Shalma Eliana.

Pelakon Khir Rahman, Nora Danish, Joey Daud, Kaka Azraff, Man dan Liza Abdullah hadir mempelbagaikan bentuk hiburan dengan mengetengahkan sketsa komedi.

Pengacara.  [Read more…] about Senarai penuh pemenang anugerah bintang popular berita harian 33(2020)

Share this on WhatsApp

Live streaming ABPBH, Anugerah bintang paling Popular 2020 (33).

Zik · Nov 13, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

anugerah berita harian bintang popular 2020,

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 merupakan penghargaan setiap tahun yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-33 oleh Berita Harian. Tema yang dipilih untuk edisi kali ini ialah #ABPBHKITA2020, diadakan dalam budaya norma baharu berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. ABPBH 33 dijadual akan diadakan pada 13 November 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3. Buat pertama kali dalam sejarah ABPBH, acara kemuncak anugerah ini akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.

Memang ramai yang membantah sebab abpbh boleh buat, sukan tidak dibenarkan (piala malaysia dibatalkan terus), pergi mesjid tak boleh pergi. tetapi adakah ianya boleh dibatalkan terus? Jeng-jeng.

Kena Ikut SOP. 

KUALA LUMPUR: Akur dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan, BH dan TV3 melalui syarikat produksi, Primeworks Studios (PWS) akan memastikan semua aspek dalam penganjuran malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Jumaat ini, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

Sehubungan itu, beberapa pendekatan baharu diperkenalkan dalam pengisian acara berpandukan syor MKN termasuk mengehadkan jumlah penyampai anugerah dan lebih penting, tiada elemen sentuhan seperti bersalaman dan memegang trofi antara pemenang dan pemberi anugerah di pentas.

Sesuai dengan penerapan norma baharu, trofi akan diletakkan di atas meja khas umpama rostrum di mana pemenang akan mengambil sendiri piala berkenaan apabila naik ke pentas, sebelum memberi ucapan.

Live red carpet Anugerah Bintang Harian Paling Popular. 

Mengaku penganjuran edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini membawa cabaran besar, Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid berkata, penganjur mesti akur dengan permintaan MKN dan Kementerian Kesihatan demi memastikan keselamatan semua pihak.

“Kami tidak menafikan sangat mencabar untuk merealisasikan program anugerah ini tanpa penonton seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Perkara ini lebih dirasakan bagi artis yang membuat persembahan di mana selalunya mereka akan mendapat aura kemeriahan daripada penonton.

“Bagaimanapun, kami mencuba sedaya upaya untuk membuatkan penonton di rumah merasakan kehangatan ABPBH 33 sama seperti kami yang berada di Axiata Arena,” katanya kepada BH Online.

ABPBH 33 yang dibawakan syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama, akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Jumaat ini, mulai jam 9 malam.

Buat kali pertama dalam sejarah, siaran langsung ABPBH 33 tidak dihadiri penonton di lokasi acara bagi mengelak perhimpunan beramai-ramai termasuk kelab peminat.

Nurhul Huda berkata, produksi mahu memastikan penonton di rumah terhibur biarpun acara kali ini tidak dihadiri jemputan di Axiata Arena.

“Untuk tujuan itu, kami akan cuba menjemput penonton secara virtual, iaitu audiens diundang melalui aplikasi Zoom untuk menaikkan suasana di stadium kelak,” katanya.

Menyifatkan langkah itu sebagai amalan norma baharu dalam penganjuran acara anugerah dan program hiburan, tambah Nurhul Huda, hanya petugas belakang tabir, kru, artis diundang membuat persembahan, penyampai trofi dan pemenang akan menghadiri ABPBH 33.

“Kalau mahu diikutkan, Axiata Arena boleh memuatkan 7,000 hingga 8,000 penonton. Namun, disebabkan pandemik COVID-19, hanya mereka yang terbabit dibenarkan masuk.

“Pemilihan Axiata Arena dapat memastikan kami mengamalkan penjarakan sosial yang lebih efisien kerana premis yang luas.

“Mahu mendapatkan kebenaran MKN bukannya mudah. Jadi, kami perlu betul-betul mengikut SOP ditetapkan.

“Kami berharap mereka yang hadir memainkan peranan masing-masing dengan sentiasa memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan,” katanya.

Nurhul Huda berkata, ABPBH 33 yang akan dikendalikan Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee, mengurangkan jumlah penyampai trofi.

“Kami hadkan kepada seorang penyampai sahaja mengikut slot. Kalau dahulu, kita boleh lihat dua hingga tiga orang menyampaikan trofi, kali ini, hanya seorang.

“Trofi akan diletakkan di tengah pentas bagi mengelak berlakunya sentuhan antara penyampai dan pemenang,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan pula, Nurhul Huda berkata selain 14 pemuzik dan dua penyanyi latar, penganjur mengehadkan penari berikutan amalan penjarakan fizikal.

“Bagi persembahan yang ada penari, kami hadkan kepada antara enam hingga lapan orang sahaja.

“Seperkara lagi, penari perlu memakai pelitup muka sepanjang masa termasuk ketika membuat persembahan,” katanya.

Membuka segmen persembahan, sketsa komedi dijayakan Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff bakal menentukan tempo acara pada malam itu.

Artis lain yang membuat persembahan adalah Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla; Ernie Zakri dan Hafiz Suip; Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.

Tidak hanya itu, ABPBH 33 turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Yonnyboii bersama pasangan duet, Shalma Eliana akan mempersembahkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me! pada malam itu.

Live streaming Anugerah Bintang paling popular ke 33 2020.

[Read more…] about Live streaming ABPBH, Anugerah bintang paling Popular 2020 (33).

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 552
  • Page 553
  • Page 554
  • Page 555
  • Page 556
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.