Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Live streaming ABPBH, Anugerah bintang paling Popular 2020 (33).

Live streaming ABPBH, Anugerah bintang paling Popular 2020 (33).

Zik · Nov 13, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

anugerah berita harian bintang popular 2020,

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 merupakan penghargaan setiap tahun yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-33 oleh Berita Harian. Tema yang dipilih untuk edisi kali ini ialah #ABPBHKITA2020, diadakan dalam budaya norma baharu berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. ABPBH 33 dijadual akan diadakan pada 13 November 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3. Buat pertama kali dalam sejarah ABPBH, acara kemuncak anugerah ini akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.

Memang ramai yang membantah sebab abpbh boleh buat, sukan tidak dibenarkan (piala malaysia dibatalkan terus), pergi mesjid tak boleh pergi. tetapi adakah ianya boleh dibatalkan terus? Jeng-jeng.

Kena Ikut SOP. 

KUALA LUMPUR: Akur dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan, BH dan TV3 melalui syarikat produksi, Primeworks Studios (PWS) akan memastikan semua aspek dalam penganjuran malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Jumaat ini, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

Sehubungan itu, beberapa pendekatan baharu diperkenalkan dalam pengisian acara berpandukan syor MKN termasuk mengehadkan jumlah penyampai anugerah dan lebih penting, tiada elemen sentuhan seperti bersalaman dan memegang trofi antara pemenang dan pemberi anugerah di pentas.

Sesuai dengan penerapan norma baharu, trofi akan diletakkan di atas meja khas umpama rostrum di mana pemenang akan mengambil sendiri piala berkenaan apabila naik ke pentas, sebelum memberi ucapan.

Live red carpet Anugerah Bintang Harian Paling Popular. 

Mengaku penganjuran edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini membawa cabaran besar, Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid berkata, penganjur mesti akur dengan permintaan MKN dan Kementerian Kesihatan demi memastikan keselamatan semua pihak.

“Kami tidak menafikan sangat mencabar untuk merealisasikan program anugerah ini tanpa penonton seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Perkara ini lebih dirasakan bagi artis yang membuat persembahan di mana selalunya mereka akan mendapat aura kemeriahan daripada penonton.

“Bagaimanapun, kami mencuba sedaya upaya untuk membuatkan penonton di rumah merasakan kehangatan ABPBH 33 sama seperti kami yang berada di Axiata Arena,” katanya kepada BH Online.

ABPBH 33 yang dibawakan syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama, akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Jumaat ini, mulai jam 9 malam.

Buat kali pertama dalam sejarah, siaran langsung ABPBH 33 tidak dihadiri penonton di lokasi acara bagi mengelak perhimpunan beramai-ramai termasuk kelab peminat.

Nurhul Huda berkata, produksi mahu memastikan penonton di rumah terhibur biarpun acara kali ini tidak dihadiri jemputan di Axiata Arena.

“Untuk tujuan itu, kami akan cuba menjemput penonton secara virtual, iaitu audiens diundang melalui aplikasi Zoom untuk menaikkan suasana di stadium kelak,” katanya.

Menyifatkan langkah itu sebagai amalan norma baharu dalam penganjuran acara anugerah dan program hiburan, tambah Nurhul Huda, hanya petugas belakang tabir, kru, artis diundang membuat persembahan, penyampai trofi dan pemenang akan menghadiri ABPBH 33.

“Kalau mahu diikutkan, Axiata Arena boleh memuatkan 7,000 hingga 8,000 penonton. Namun, disebabkan pandemik COVID-19, hanya mereka yang terbabit dibenarkan masuk.

“Pemilihan Axiata Arena dapat memastikan kami mengamalkan penjarakan sosial yang lebih efisien kerana premis yang luas.

“Mahu mendapatkan kebenaran MKN bukannya mudah. Jadi, kami perlu betul-betul mengikut SOP ditetapkan.

“Kami berharap mereka yang hadir memainkan peranan masing-masing dengan sentiasa memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan,” katanya.

Nurhul Huda berkata, ABPBH 33 yang akan dikendalikan Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee, mengurangkan jumlah penyampai trofi.

“Kami hadkan kepada seorang penyampai sahaja mengikut slot. Kalau dahulu, kita boleh lihat dua hingga tiga orang menyampaikan trofi, kali ini, hanya seorang.

“Trofi akan diletakkan di tengah pentas bagi mengelak berlakunya sentuhan antara penyampai dan pemenang,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan pula, Nurhul Huda berkata selain 14 pemuzik dan dua penyanyi latar, penganjur mengehadkan penari berikutan amalan penjarakan fizikal.

“Bagi persembahan yang ada penari, kami hadkan kepada antara enam hingga lapan orang sahaja.

“Seperkara lagi, penari perlu memakai pelitup muka sepanjang masa termasuk ketika membuat persembahan,” katanya.

Membuka segmen persembahan, sketsa komedi dijayakan Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff bakal menentukan tempo acara pada malam itu.

Artis lain yang membuat persembahan adalah Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla; Ernie Zakri dan Hafiz Suip; Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.

Tidak hanya itu, ABPBH 33 turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Yonnyboii bersama pasangan duet, Shalma Eliana akan mempersembahkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me! pada malam itu.

Live streaming Anugerah Bintang paling popular ke 33 2020.

Undian awal bagi ABPBH 32 bermula pada 7 Oktober 2020 di laman web rasmi ABPBH dan boleh dilakukan secara percuma, pakej langganan digital BH dan undian menerusi Xiaomi. Terdapat perbezaan dalam proses undian di mana peminat perlu memilih calon Top 20 yang bakal bersaing dan akan ditentukan pada malam kemuncak ABPBH 33.

ABPBH edisi kali ini akan dianjurkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan. Menurut Pengarang Kumpulan BH merangkap penaung ABPBH 33, Saidon Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan:

“Tema #ABPBHKITA2020 menggambarkan situasi yang sedang kita alami sekarang iaitu norma baharu dalam kehidupan. Kini, kitalah yang menjadi petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. BH sebagai pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ABPBH pada tahun ini memainkan peranan yang sangat penting untuk ‘kita jaga diri kita’. Matlamat ABPBH dalam setiap penganjurannya akan memastikan terselit mesej berguna dalam tema yang diangkat. Kami di BH akan memastikan legasi acara anugerah ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun walau dalam apa situasi yang dihadapi,”.

Sebanyak 13 kategori utama yang bakal dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandingkan ialah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.

Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran ABPBH, majlis anugerah telah dilancarkan secara maya dan akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi 

Pengarang hiburan BH, Shamsul Azree mengumumkan dalam rancangan Melodi pada 1 November 2020 bahawa ABPBH ke-33 akan diadakan secara maya tanpa peminat dan kelab peminat bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Catatan: Senarai calon Top 20 diumumkan pada 2 November 2020.

Kategori utama

Artis Baharu Lelaki PopularArtis Baharu Wanita PopularPenyanyi Lelaki PopularPenyanyi Wanita Popular
  • Aisar Khaled
  • Chubb-E
  • Shaqiel Naufal
  • Yonnyboii
  • Yusuf Bahrin
  • Zul Helmy
  • Yazid Izaham
  • Fariz Jabba
  • Zynakal
  • Farhan Asri
  • Danial Dashuki
  • Zain Ajmal
  • Danesh Suffian
  • Tuah Adzmi
  • Hez Hazmi
  • Nafiz Muaz
  • Hun Haqeem
  • Adam Shadan
  • Firdaus Ghufran
  • Adzrin
  • Bella Dowanna
  • Mimi Manan
  • Bunga Isme
  • Shasha Abedul
  • Reshma Martin
  • Eza Edmond
  • Muna Shahirah
  • Yuna Rahim
  • Isyariana Che Azmi
  • Wafariena Roslan
  • Alyssa Dezek
  • Syafa Wany
  • Zera Hariz
  • Syerinie Myra
  • Nynaa Harizal
  • Zeera Azizi
  • Sharifah Husna
  • Alya Iman
  • Sophia Albarakbah
  • Riena Diana
  • Hafiz Suip
  • Hael Husaini
  • Haqiem Rusli
  • Afieq Shazwan
  • Khai Bahar
  • Andi Bernadee
  • Syamel
  • Luqman Faiz
  • Hazama Azmi
  • Usop
  • Naim Daniel
  • Faizal Tahir
  • Achey Bocey
  • Sufian Suhaimi
  • Aiman Tino
  • Alif Satar
  • Amir Masdi
  • Ismail Izzani
  • Ariff Bahran
  • Aman RA
  • Dayang Nurfaizah
  • Stacy
  • Ernie Zakri
  • Adira
  • Erra Fazira
  • Nur Fazura
  • Aina Abdul
  • Wany Hasrita
  • Nabila Razali
  • Neeta Manishaa
  • Fieya Julia
  • Zizi Kirana
  • Baby Shima
  • Marsha Milan
  • Amylea Azizan
  • Ara Johari
  • Ayda Jebat
  • Elizabeth Tan
  • Muna Shahirah
  • Wani Kayrie
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan PopularPelakon Filem Lelaki PopularPelakon Filem Wanita PopularPelakon TV Lelaki Popular
  • Ismail Izzani dan Zizan Razak
  • Drama Band
  • Khai Bahar dan Siti Nordiana
  • Syamel dan Ernie Zakri
  • Akim & The Majistret
  • De Fam
  • Adira dan Hafiz Suip
  • Wany Hasrita dan Jamal Abdillah
  • K-Clique
  • Ariff Bahran dan Sarah Suhairi
  • Floor 88
  • Amylea dan Megat
  • Zynakal dan Yonnyboii
  • Azzara Band
  • Kugiran Masdo
  • Joe Flizzow, Alif Abdullah, Altimet dan SonaOne
  • Meerfly, MK K-Clique dan Kidd Santhe
  • Exists
  • Altimet dan Zizi Kirana
  • Sufian Suhaimi dan Amira Othman
  • Sharnaaz Ahmad
  • Syazwan Zulkifly
  • Zahiril Adzim
  • Namron
  • Syafiq Kyle
  • Rosyam Nor
  • Izzue Islam
  • Ashraf Muslim
  • Zul Ariffin
  • Hisyam Hamid
  • Hazama Azmi
  • Hairul Azreen
  • Remy Ishak
  • Pekin Ibrahim
  • Mawi
  • Achey Bocey
  • Ropie Cecupak
  • Zizan Razak
  • Awie
  • Bront Palarae
  • Raja Ilya
  • Erra Fazira
  • Nabila Huda
  • Dayana Roza
  • Sweet Qismina
  • Mimi Lana
  • Reen Rahim
  • Sharifah Amani
  • Juliana Evans
  • Elizabeth Tan
  • Chacha Maembong
  • Jasmin Hamid
  • Elisya Sandha
  • Fify Azmi
  • Mira Filzah
  • Nur Fazura
  • Nadiya Nisaa
  • Mawar Rashid
  • Jasper Supayah
  • Amira Othman
  • Adam Lee
  • Alif Satar
  • Amar Baharin
  • Ben Amir
  • Fizz Fairuz
  • Fattah Amin
  • Fikry Ibrahim
  • Hisyam Hamid
  • Kamal Adli
  • Redza Rosli
  • Naim Daniel
  • Rashidi Ishak
  • Remy Ishak
  • Saharul Ridzwan
  • Sean Lee
  • Sharnaaz Ahmad
  • Shukri Yahaya
  • Syafiq Kyle
  • Ungku Ismail Aziz
  • Zul Ariffin
Pelakon TV Wanita PopularArtis Versatil PopularArtis Komedi PopularPengacara TV Popular
  • Amyra Rosli
  • Azar Azmi
  • Emma Maembong
  • Elly Mazlein
  • Farah Nabilah
  • Fasha Sandha
  • Izara Aishah
  • Janna Nick
  • Mawar Rashid
  • Mira Filzah
  • Nabila Huda
  • Nabila Razali
  • Nelydia Senrose
  • Jasmine Suraya Chin
  • Siti Elizad
  • Siti Saleha
  • Sweet Qismina
  • Tiz Zaqyah
  • Uqasha Senrose
  • Zara Zya
  • AC Mizal
  • Erra Fazira
  • Elly Mazlein
  • Janna Nick
  • Jihan Muse
  • Mira Filzah
  • Nabila Huda
  • Naim Daniel
  • Sherry Alhadad
  • Siti Elizad
  • Siti Nordiana
  • Zizan Razak
  • Zulin Aziz
  • Shuk Sahar
  • Awie
  • Alif Satar
  • Nabil Ahmad
  • Achey Bocey
  • Shuib Sepahtu
  • Mark Adam
  • Jihan Muse
  • Mark Adam
  • Shuk Sahar
  • Kazar Saisi
  • Ali Puteh
  • Jep Sepahtu
  • Zizan Razak
  • Shuib Sepahtu
  • Sherry Alhadad
  • Liza Abdullah
  • Amyza Aznan
  • Didie Alias
  • Sharif Zero
  • Issey Fazlisham
  • Acong Sweetchild
  • Khir Rahman
  • Mamak Puteh
  • Ropie Cecupak
  • Vicha Saywho
  • Bell Ngasri
  • Ain Edruce
  • Alif Satar
  • AC Mizal
  • Erra Fazira
  • Jihan Muse
  • Sean Lee
  • Sherry Alhadad
  • Nana Mahazan
  • Awal Ashaari
  • Janna Nick
  • Shuk Sahar
  • Haziq Hussni
  • Fiza Sabjahan
  • Elly Mazlein
  • Nabil Ahmad
  • Mira Filzah
  • Hefny Sahad
  • Fahrin Ahmad
  • Siti Elizad
  • Radin Amir Affendy
Penyampai Radio Popular
  • Issey Fazlisham
  • DJ Lin
  • Fizi Ali
  • Feeya Iskandar
  • Sharifah Shahirah
  • Johan Raja Lawak
  • Hanif
  • Ray
  • Radin
  • Jep Sepahtu
  • Rahim R2
  • Siti Elizad
  • AG
  • Haiza
  • Muaz Mohamed
  • Rea
  • Shuk Sahar
  • Haziq Hussni
  • Fizie
  • Shuib Sepahtu

Kategori dalam talian (online). 

Gandingan Serasi Drama PopularGandingan Serasi Filem PopularLagu Paling Boom Popular
  • Adam Lee & Sweet Qismina (Adam Chempaka)
  • Amar Baharin & Emma Maembong (Cemburu Seorang Perempuan)
  • Amyra Rosli & Syafiq Kyle (Nur 2)
  • Alif Satar & Zara Zya (Pia)
  • Ben Amir & Mira Filzah (Sweet Dreams)
  • Fizz Fairuz & Nabila Huda (Kamar Kamariah)
  • Elly Mazlein & Rashidi Ishak (Kampung People)
  • Emma Maembong & Shukri Yahaya (Kerana Dia Manusia Biasa)
  • Fattah Amin & Azar Azmi (Cetera Hati Diya)
  • Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Kau Yang Pertama)
  • Hannah Delisha & Shukri Yahaya (30 Pesanan Suara)
  • Janna Nick & Redza Rosli (Leftenan Zana)
  • Mira Filzah & Ungku Ismail Aziz (Adellea Sofea)
  • Saharul Ridzwan & Mawar Rashid (Dia Pengantinku)
  • Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose (Lelakimu Yang Dulu)
  • Shukri Yahaya & Nabila Razali (Pesan Pada Hati)
  • Syafiq Kyle & Janna Nick (Bukan Cinta Aku)
  • Ungku Ismail Aziz & Siti Elizad (Aku Yang Kau Tinggalkan)
  • Uqasha Senrose & Kamal Adli (Setelah Terlafaznya Akad)
  • Zul Ariffin & Intan Najuwa (Setelah Ku Dimiliki)
  • Izzue Islam & Nonny Nadirah (XX-Ray 3)
  • Zul Ariffin & Elizabeth Tan (Misteri Dilaila)
  • Zizan Razak & Awie (Bikers Kental 2)
  • Hazama Azmi, Joey Daud & Along Cham (Tiada Tajuk)
  • Remy Ishak & Nadiya Nisaa (BU)
  • Syazwan Zulkifly & Isyariana Che Azmi (Warkah)
  • Zahiril Adzim & Dayana Roza (Kron)
  • Zul Ariffin & Mira Filzah (Sangkar)
  • Nabila Huda & Sharnaaz Ahmad (Wangi)
  • Namron & Pekin Ibrahim (Suatu Ketika)
  • Nur Fazura & Remy Ishak (Dendam Pontianak)
  • Rosyam Nor & Sharifah Amani (Motif)
  • Hisyam Hamid & Elisya Sandha (Hero: Jangan Bikin Panas)
  • Wan Raja & Joey Daud (Kolong)
  • Chacha Maembong & Nadzmi Adhwa (Anak Perjanjian Syaitan)
  • Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
  • Mark Adam & Josiah Hogan (7 Hari Kisah Cinta Langkawi)
  • Raja Ilya & Pablo Amirul (KL Vampires)
  • Hairul Azreen & Fify Azmi (Wira)
  • Pablo Amirul & Ahmad Maembong (Garang)
  • “Anta Permana” – Siti Nurhaliza
  • “Donde” – Andi Bernadee
  • “Hari Ini” – Hael Husaini
  • “Hatiku Milikmu” – Siti Nordiana
  • “Hutang” – Floor 88
  • “Juara Dusta” – Ariff Bahran
  • “Kepuraanmu” – Luqman Faiz
  • “Kisah Antara Kita” – One Avenue Band
  • “Kisah Cinta Kita” – Hafiz Suip
  • “Takdir Tercipta” – Hafiz Suip & Adira
  • “Lembah Kesepian” – Haqiem Rusli
  • “Mimpi” – K-Clique & Alif Abdullah
  • “Ragaman” – Faizal Tahir
  • “Rampas” – Akim & The Majistret
  • “Selamat Tinggal Sayang” – Haqiem Rusli
  • “Sumpah” – Naim Daniel
  • “Sumpah” – Aina Abdul
  • “Drama” – Drama Band
  • “Pujaan Hati” – Adira
  • “Bangun” – Aman RA
Artis Kontroversi PopularFC FANtastik Popular
  • Nur Fathia
  • Zul Ariffin
  • Syafiq Kyle
  • Aiman Tino
  • Kamal Adli
  • Ameer Forteen
  • PU Riz
  • Riz Amin
  • Aliff Aziz
  • Bella Astillah
  • Emma Maembong
  • Sharnaaz Ahmad
  • Haneesya Hanee
  • Fizo Omar
  • Atikah Suhaime
  • Adira
  • Syafie Naswip
  • Aishah Azman
  • Zara Zya
  • Hafreez Adam
  • adamleenizers
  • alifsatarofficialfc
  • arasquadrasmi
  • cmsecretfans
  • djlinfollowers
  • emanizers_thenizers
  • wlfs4eva
  • fattastic_squad
  • feekryers
  • fl88rwers
  • intanadmirers
  • officially_izzuezerss
  • janna_nicker
  • 302family
  • khaibaharempire
  • mawarians_official
  • radinrangers
  • sherryliciousfc
  • sitinordianafc
  • teamsgs
  • sweetqisminizers
  • wanyhasnizers
  • ztf_official
  • sitizoner

Rakan dan penaja rasmi

  • Akhbar rasmi: Berita Harian
  • Penaja rasmi: Xiaomi
  • Penyiar rasmi: TV3
  • Kapsul hiburan rasmi: Apa Kes!
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment Anugerah bintang paling Popular 2020 (33)., live online abpbh 2020, live online berita harian bintang popular 2020, Live streaming ABPBH, tonton siaran langsung abpbh 2020, tonton siaran langsung anugerah berita harian bintang paling popular 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.