Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Harimau malaya tanpa tiga tunggak menentang Thailand, siapa sesuai yang akan gantinya?

Zik · Jun 14, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau malaya

Corbin Ong, Syemer Kutty, dan Sumareh tidak dapat beraksi, kad kuning kedua. 

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya terus berdepan tugas berat apabila tiga tonggaknya, La’Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba dan Mohamadou Sumareh tidak dapat diturunkan menentang Thailand di Dubai pada Rabu ini akibat penggantungan.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang mengesahkan perkembangan itu menyifatkan ketiadaan Corbin-Ong di bahagian pertahanan kiri mungkin paling menjejaskan pasukan untuk menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu.

Beliau bagaimanapun berkata barisan kejurulatihan akan berbincang dan membuat penilaian mengenai barisan kesebelasan utama terbaik yang akan diturunkan. [Read more…] about Harimau malaya tanpa tiga tunggak menentang Thailand, siapa sesuai yang akan gantinya?

Share this on WhatsApp

Enggan komen pengadil, tapi Cheng Hoe kata detik itu ‘menyedihkan’

Zik · Jun 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tan cheng ho,

Peminat Vietnam mengucapkan terima kasih kepada Ryuji Sato kerana betul-betul menghadiahkan penalti kepada skuad mereka ketika menentang Malaysia malam tadi./ Gambar media sosial. SAAT paling ‘menyedihkan’ apabila pengadil memberikan penalti kepada Vietnam, kata Tan Cheng Hoe selepas skuad kendaliannya tewas 2-1 kepada Naga Emas.

Tan Cheng Ho terkilan.

Ketua Jurulatih Malaysia itu bagaimanapun memilih untuk mengelak memberi komen sama ada pengadil silap memberi hadiah kepada Vietnam. Kata Cheng Hoe, semua berlaku sangat pantas, justeru tidak mahu mengulas mengenainya.

[Read more…] about Enggan komen pengadil, tapi Cheng Hoe kata detik itu ‘menyedihkan’

Share this on WhatsApp

Nadi Eriksen terhenti, Doktor- Denmark vs Finland euro 2020

Zik · Jun 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

nadi erikson

Cemas game awal pagi (waktu malaysia) Apabila doktor pasukan Denmark menyifatkan ia pengalaman yang mengerikan selepas mendapati nadi Christian Eriksen terhenti ketika pasukan perubatan bertungkus-lumus bagi menyelamatkannya di hadapan pemain dan penonton yang berada dalam keadaan trauma.

Pemain inter milan rebah. 

Pasukan perubatan terpaksa memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada pemain tengah Inter Milan itu selepas dia rebah ketika aksi Denmark menentang Finland dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Eriksen kini dilaporkan sudah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital di Copenhagen.

“Kami dipanggil ke dalam padang apabila Christian rebah, ketika itu sangat jelas yang dia tidak sedarkan diri,” kata doktor, Martin Boesen ketika sidang media.

“Apabila saya tiba dia bernafas dan saya dapat berasakan nadinya, tetapi secara tiba-tiba ia berubah dan seperti yang semua nampak kami mula memberikannya CPR.

“Bantuan diberikan sangat pantas daripada pasukan perubatan, kakitangan pasukan dan kerjasama semua pihak dengan kami melakukan apa yang perlu dilakukan. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan Christian kembali.”

Sementara itu, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand memuji barisan pemainnya apabila mereka bersetuju kembali ke padang dan menamatkan perlawanan biarpun selepas melalui pengalaman yang mengerikan.

eriskson dibawa ke hospital rawatan susulan

Erikson dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Denmark bagaimanapun tewas 0-1 dalam aksi pertama Kumpulan B itu.

“Semua orang bersetuju untuk bermain dan apa yang kami cuba lakukan sangat menakjubkan.

“Mereka pada mulanya membuat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa sehingga Christian kembali sedarkan diri.

“Jadi, kami mempunyai dua pilihan, sama ada menamatkan perlawanan malam ini atau bermain pada tengah hari esok. Semua orang bersetuju untuk bermain hari ini,” katanya yang penuh emosi. – AFP

CREDIT TO bharian.com.my
Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 454
  • Page 455
  • Page 456
  • Page 457
  • Page 458
  • Interim pages omitted …
  • Page 2166
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.