Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Harga RON95 MUNGKIN turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas ‘debat hangat’-MALAYSIAKINI

Zik · Jan 4, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Memetik dari malaysiakini. Kemungkinan besar, harga minyak akan turun pada esok ke atau minggu hadapan??

Harga bahan api RON95 mungkin turun antara 20 sen hingga 27 sen seliter, menurut laporan oleh akbar Cina, Oriental Daily.

Akhbar harian itu yang memetik sumber, melaporkan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

HARGA SEKARANG MINYAK RON 95.

Ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19 seliter. Sama seperti selepas tukar kerajaan sebelum pilihanraya.

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dicapai selepas “perbahasan hangat” semasa mesyuarat jemaah menteri.

Ia berkata harga baru itu juga akan menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan harga minyak baru akan diumumkan esok tetapi tidak mendedahkan harga berkenaan.

Katanya, keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.

“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Pada 24 Disember 2018, Lim mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel akan ditentukan oleh sistem apungan mingguan bagi mencerminkan harga minyak mentah yang menurun.

Bagaimanapun, PDAM berkata peniaga petrol akan mengalami kerugian akibat langkah itu dan meminta peningkatan margin keuntungan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Seterusnya, Lim mengumumkan penangguhan sistem harga baru sehingga kabinet menangani kebimbangan PDAM. Tarikh tutup ditetapkan sehingga esok.

Share this on WhatsApp

Jadual penuh piala asia afc UAE 2019 (peringkat kumpulan)

Zik · Jan 2, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala asia 2019, afc 2019, uae afc 2019,

United Arab Emirates atau dikenali sebagai arab bersatu menjadi hos untuk kejohanan piala asia 2019 yang akan bermula pada 6.1.2019. Sebanyak 24 negara yang bertanding dalam merebut kejuaraan piala asia kali ini. Untuk kejohanan yang lepas, pasukan Australia menjadi juara piala ini menewaskan pasukan Koera Selatan 2-1 sebagai tuan rumah.  Pada peringkat kumpulan, pasukan ini sama di kumpulan A, korea selatan tiada masalah menewaskan pasukan tuan rumah, australia. Siapa sangka bertemu sekali lagi di pentas akhir.

Sayang untuk pasukan harimau malaya tidak layak untuk kejohanan kali ini. Hanya sampai di peringkat pertama jer tuh. Kita harap untuk kejohanan akan datang, pasukan malaysia layak.  [Read more…] about Jadual penuh piala asia afc UAE 2019 (peringkat kumpulan)

Share this on WhatsApp

Bantuan Sara Hidup rakyat 2019 (kemaskini, syarat dan kelayakkan)

Zik · Dec 31, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

bantuan sara hidup rakyat, bsh 2019,

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)akan dilanjutkan dan kerajaan menggunakan kaedah terbaharu dalam melaksanakan BHSR kali ini.

Nampak gayanya, kerajaan betul-betul serius untuk melaksanakan BHSR supaya lancar dan kerajaan sekarang sedang mengumpul data penerima yang layak. Kalau dah kumpul, kenapa perlu kemaskini permohonan lagi? Sebabnya kemungkinan gaji ada naik ke, anak ada tambah lagi. Apa yang kurang perlu update dari semasa ke semasa setiap tahun. Ini penting untuk mendapatkan data yang lengkap dan membuat taburan data rakyat ini menjadikan satu statistik pendapatan rakyat b40 per kapita.

BSH UNTUK KATEGORI BUJANG TAKDA KE??

Untuk makluman, Kategori BSHR Bujang TIADA ya. Jangan tanya lagi, hehe. Boleh rujuk pada bajet 2019. Mungkin maksud bersasar itu lebih menjerumus kepada yang lebih memerlukan. Bujang dilihat masih ada lagi kudrat dan bebanan bulanan mungkin kurang berbanding dengan yang sudah berkeluarga.

[Read more…] about Bantuan Sara Hidup rakyat 2019 (kemaskini, syarat dan kelayakkan)

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1025
  • Page 1026
  • Page 1027
  • Page 1028
  • Page 1029
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.