Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Harga RON95 MUNGKIN turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas ‘debat hangat’-MALAYSIAKINI

Harga RON95 MUNGKIN turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas ‘debat hangat’-MALAYSIAKINI

Zik · Jan 4, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Memetik dari malaysiakini. Kemungkinan besar, harga minyak akan turun pada esok ke atau minggu hadapan??

Harga bahan api RON95 mungkin turun antara 20 sen hingga 27 sen seliter, menurut laporan oleh akbar Cina, Oriental Daily.

Akhbar harian itu yang memetik sumber, melaporkan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

HARGA SEKARANG MINYAK RON 95.

Ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19 seliter. Sama seperti selepas tukar kerajaan sebelum pilihanraya.

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dicapai selepas “perbahasan hangat” semasa mesyuarat jemaah menteri.

Ia berkata harga baru itu juga akan menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan harga minyak baru akan diumumkan esok tetapi tidak mendedahkan harga berkenaan.

Katanya, keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.

“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Pada 24 Disember 2018, Lim mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel akan ditentukan oleh sistem apungan mingguan bagi mencerminkan harga minyak mentah yang menurun.

Bagaimanapun, PDAM berkata peniaga petrol akan mengalami kerugian akibat langkah itu dan meminta peningkatan margin keuntungan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Seterusnya, Lim mengumumkan penangguhan sistem harga baru sehingga kabinet menangani kebimbangan PDAM. Tarikh tutup ditetapkan sehingga esok.

Share this on WhatsApp

Pengumuman harga minyak mingguan 2019, harga minyak ron 95 januari 2019, harga minyak turun 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.