MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM – 8:40 MLM
Tahniah kepada mereka yang telah layak dipanggil untuk peperiksaan online edisi 2017. Nampaknya setiap tahun memang ada kekosongan untuk jawatan ptd. Umum kita sedia maklum sedikit masalah calon ialah tidak mempunyai masa yang secukupnya nak study. Tak tahu nak study apa? Soalan apa yang bakal keluar? Kita memang tidak sediakan soalan bocor, memang pihak yang menjaga soalan itu dijaga dengan baik dan tertib. Lagipun soalan dalam bentuk online sekarang ini. So memang susah lah nak cari kat mana soalan bocor. Tak mungkin korang google akan dapat soalan bocor, sebab sekarang exam online lagi mudah dan jimat tak payah nak upah pengawas peperiksaan, nak kena pergi exam, kena apply cuti lagi dan sebagainya, Cuma korang kena sedia komputer khas yang punyai kelajuan internet yang semaksimum.
Persiapan mental dan fizikal kena ada.
Kalau esok dah nak exam , malam tuh baru korang nak google lah, baru nak study itu inilah. Baru nak cari nota, baru nak buat nota ringkas. Aku anggap korang guna dadu jerla. Yer mungkin boleh hentam jerla. Tapi takkanlah nak gamble jer. Sediakan persiapan yang lebih tersusun dan sedia peralatan untuk berperang. Tak salah kita melabur sedikit wang untuk masa hadapan kita.
Kalau sekalipun gagal dalam peperiksaan ini, sekurang-kurangnya kita dah berusaha , dan last sekali barulah tawakal. Penting untuk kita sediakan beberapa aspek yang penting sebelum menjelang peperiksaan ptd m41 kali ini. Mungkin ada baru pertama kali, ada yang sudah banyak kali exam. Asik gagal jer. Apa persiapan korang untuk lulus peperiksaan kali ini?
Sedikit tips dari zikri husaini dot com.
Aku bagi sedikit tips macam mana nak lulus.
Bukan senang nak lulus, kalau takda persediaan dan juga peluru kalau tak sedia masa exam ibarat berperang dengan guna dadu jerla. haha.
Baca isu semasa.
Ya, kemungkinan besar akan ada soalan dengan isu semasa. Baru jer PM kita DS Najib Tun Razak umumkan mengenanai Bajet r2018. So korang kena peka , mungkin tanya apa benefit yang rakyat dapat, kakitangan kerajaan dapat. brim ke, bonus rm 1500 kakitangan dapat, isteri mengandung boleh dapat balik sejam awal , anak lahir 2018 dapat rm 200 untuk amanah saham PNB dan sebagainya korang boleh google balik info mengenai bajet 2018. Apa intipatinya?
Korang juga kena baca mengenai dasar-dasar kerajaan . Apakah ianya? Sistem kerajaan pentadbiran. TN 50 , apakah kandungannya? Transformasi Nasional 50. Boleh juga baca mengenai gst.
Latih tubi soalan matematik.
Cari buku tingkatan 4-5 . Atau cari buku latihan matematik, purata, GST, pecahan, kebarangkalian, dan sebagainya. Rasa macam ada soalan tuh aku rasa takda belajar masa sekolah dulu. Yang itu aku tak pasti matematik mana nih? Bukan matematik moden? Yang itu korang pakai dadu jerla. Haha.
Format terkini Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41?
Format terkini ialah dua seksyen sahaja, iaitu:-
- Seksyen A – Pengetahuan am Malaysia
- Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seakrang lagi senang, dulu ada siap ada esei bm dengan english . Mampus.
Pecahan setiap seksyen.
1. Seksyen A – Pengetahuan am tentang Malaysia dan sekeliling?
Soalan-soalan yang dikemukakan dalam seksyen ini akan menguji daya pengetahuan am anda. Anda diberikan 50 soalan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa ?40 minit.(Tertaluk kepada perubahan terkini)
Sedikit berbeza dengan peperiksaan jawatan lain iaitu 60 soalan dalam tempoh masa 45 minit.
kami terangkan sekali lagi, format exam PTD :-
- Jumlah Soalan : 50 ?soalan
- Tempoh masa : 40 minit
?Skop soalan di seksyen A amat luas. Memang perlukan pengetahuan asas yang amat “power” dan tahap kepekaan anda terhadap perkara-perkara yang berlaku disekeliling.
Jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat mencabar, jadi banyak perkara anda perlu tahu terutamanya berkaitan dengan isu-isu nasional. Sebahagian perkara asas kami kongsikan di sini, untuk analisis yang mendalam kami akan hantar ke email anda. Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran email diruangan pendaftaran di akhir artikel ini.
Antara perkara asas tetapi penting perlu anda ketahui, iaitu:-
- Mengenai jawatan dan skop tugas PTD. Rujuk artikel Pengenalan jawatan Pegawai Tadbir dan diplomatik, deskripsi dan syarat lantikan.
- Struktur dan dasar pentadbiran negara seperti wawasan 2020, TN50, NKRA dll.
- Isu nasional seperti MH370 dan MH17.
- Ekonomi
- Kewangan dan perdagangan
- Teknologi maklumat dan telekomunikasi
Aku harap korang dapat gambaran yang lebih jelas untuk membuat persediaan. Ramai yang berkata, soalan seksyen ini untuk memerangkap calon kerana topiknya terlalu luas. Pihak SPA sendiri menyatakan tiada rujukan khusus untuk persediaan menjawab soalan di seksyen ini.
Di bawah ini hebahan umum SPA tentang seksyen ini.
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya . Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai ijazah dalam pelbagai bidang akademik.
Calon-calon sering mengikuti perkembangan-?perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan?soalan ini.
Terlalu umum kan..tiada buku teks tertentu untuk dibaca. Para siswa dan siswazah yang selalu membaca surat khabar dan mengikuti perkembangan semasa akan lebih mudah menghadapi soalan diseksyen ini.
2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Ramai calon yang mengeluh kerana tidak mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan masalah di seksyen B ini. Sebanyak 40 soalan disediakan dan perlu dijawab dalam tempoh masa 45 minit.
Soalan-soalan yang diajukan berdasarkan silibus pembelajaran dalam peringkat akademik Sijil Persekolahan Malaysia. Kami pecahkan soalan diseksyen B ini kepada tiga bahagian, iaitu:
- Kemahiran logik(Menguji IQ)
- Konsep matematik
- Menginterpratasikan data
Ia sebenarnya tidaklah sesusah yang dijangkakan, malahan begitu menyeronokkan.
Sehingga sebelum mei 2014, calon tidak dibenarkan membawa kalkulator dan diawasi oleh pengawas peperiksaan. Tet?api berdasarkan format sekarang, anda boleh menggunakan kalkulator dan tiada siapa mengawasi anda. Ini adalah peperiksaan online. Anda boleh menjawab exam PTD di rumah.
Cuma anda perlu manfaatkan persediaan anda, sekirannya anda dipanggil menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.
Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik?
Di bawah ini, kami berikan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Kami asingkan kepada dua bahagian, iaitu:-?
1. Contoh soalan Seksyen A – Pengetahuan am Malaysia?
Di bawah merupakan beberapa contoh soalan seksyen A buat rujukan calon.(Bukan SOALAN RAMALAN, hanya CONTOH sahaja)
1. Mahkamah keadilan antarabangsa berfungsi sebagai
A. Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan?soalan undangundang yang diserahkan oleh alatalat dan agensi?agensi antarabangsa yang diberi kuasa?.?
B. Memastikan bahawa wilayah wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa?.
C. Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa.
D. Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara.?
2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat
3. Pernyataan diatas adalah benar mengenai Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS) KECUALI
A. Mengawal harga beras di Malaysia
B. Meluluskan lesen penanaman padi
C. Menjual padi secara borong dan runcit
D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar
4. Senarai di bawah adalah kuasa yang terdapat dalam Majlis Raja-Raja kecuali
A. Mempertimbangkan hal berkaitan dasar negara
B. Mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang
C. Menyuarakan pendapat berkaitan agama islam
D. Menyemai hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
5. Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah
A. 1976
B. 1977
C. 1987
D. 1992
Jawapan : B
2. Contoh soalan seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seperti apa yang tulis di atas tadi, seksyen ini dipecahkan kepada empat pecahan. Kami senaraikan contoh soalan satu persatu.(hanya CONTOH, bukan SOALAN SEBENAR atau RAMALAN)
Kemahiran Logik:
2. Mengikut undang-undang, mencuri merupakan satu perbuatan mengambil harta orang lain tanpa kebenaran pemilik harta tersebut. Pada suatu hari Ali telah pergi ke kedai dan mengambil satu pek gula tanpa membayar dan terus berlalu. Pada keesokan hari, Ali merasa kesal di atas perbuatan lalu pergi ke kedai meminta maaf kepada pemilik kedai tersebut dan sanggup membayar balik harga pek gula tersebut. ?Penjual tidak mahu menerima bayaran tersebut tetapi sebaliknya membuat laporan polis. Berdasarkan pernyataan undang-undang di atas, Ali adalah:
A. Tidak bersalah kerana sanggup membayar harga pek gula tersebut.
B. Bersalah kerana penjual tersebut tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil gula tersebut tanpa bayaran
D. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dengan sengaja mengambil gula tersebut.?
E. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.
Inginkan tips, nota dan maklumat percuma tentang exam PTD 2017, daftar email anda menerusi ruangan pendaftaran di bawah.
DAPATKAN DISINI SEGERA [JUALAN DIBUKA PADA 30 OKTOBER 2017]
DISCLAIMER:
Blog ini tiada kaitan langsung dengan badan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang kita bagi ialah bagi persediaan kepada calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan soalan bocor mahupum soalan recycle dari SPA . Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan. Sekurang-kurangnya korang dah ada nampak gambaran macam mana format soalan ini. itu jer.
Leave a Reply