Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 bakal diadakan dalam format ONLINE!
Anda dipanggil Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41? Tahniah! Peperiksaan PTD online bukanlah mudah kerana ada yang setiap tahun dipanggil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tetapi GAGAL.
Sebab apa anda GAGAL Peperiksaan PTD?
Antara punca anda GAGAL exam PTD kerana:
Kurang persediaan, Tidak tahu format peperiksaan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik , Tidak tahu contoh soalan peperiksaan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik .. Terlalu yakin dan percaya dengan sumber maklumat di internet yang belum tentu sah dan Banyak lagi. Lagi semua tuh alasan jer bro. Mahu usaha banyaklah.
Bagaimana cara nak LULUS exam PTD?????? Susahnya exam PTD ni….
TIADA JAMINAN untuk anda LULUS Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 click link melainkan anda mengikut dengan teliti, memahami kandungan Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 seterusnya mengaplikasikannya dalam exam PTD tersebut.
Sebenarnya exam PTD ni taklah susah mana. Cuma, ia akan jadi susah bila tak cukup persiapan, biasa last minit pun persediaan haiya. Mana sempat nak masuk dalam kepala otak. Jammed punya bila time exam nih nanti. Time exam online, time tuh nak google, pakai pc lain/handphone. Percayalah cakap aku nih!! Confirm.
Penting bagi calon-calon PTD untuk sentiasa update dengan perkembangan terkini contohnya perkembangan dalam & luar negara pastikan rajin tengok berita dalam isu-isu semasa lah.
Section A: Pengetahuan Am:
Berdasarkan pengalaman, soalan bagi section A boleh tahan mencabar, sebab ia berkenaan banyak perkara, isu semasa, pasal dasar sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan bidang kuasa iaitu diantara jabatan perkhidmatan awam (JPA) & suruhanjaya perkhidmatan awam (spa). Kena study pasal nih, siapa agaknya?? Huhuhu.
Banyak soalan tanya dalam bidang tugas MARDI, FELDA, FELCRA la, FAMA dan ada lagi badan-badan,berkanun tuh. So pada yang nak ambil exam esok silalah hafal bidang2 tugas badan tak berkanun, apa itu OIC, apa itu PBB, apa itu WHO & lain2 pertubuhan antarabangsa.
Lagi kena hafal dasar-dasar negara, apa itu NKRA, teras NKRA tuh apa, Dasar Ekonomi Baru (DEB), dalam bidang perundangan & perlembagaan negara, apa sistem perundangan malaysia, sejarah malaysia dari zaman sebelum merdeka & selepas merdeka, pa itu suruhanjaya Cobbold..untuk apa..siapa committee members. Korang memang kena banyak membaca. Jangan buat kerja last minit. Biasa yang baru nak google jumpa entri nih, hari nih baru search sana sini. Gudbye lah aku cakap. Ini memang serius bro.
Actually benda2 ni semua dah belajar dari sekolah rendah sampai la menengah sampai la ke peringkat universiti..cuma kita mungkin tak amik port atau bukan bidang kita untuk ke arah itu, so dah jadi lupa balik.
Soalan pasal kebudayaan2 yang ada kat negara kita pun ada keluar beb. Pasal soalan alat muzik pun ada, apa benda jenis alat muzik, gambus ke, bongo (okey gurau), alat-alat muzik di malaysia yang tradisional ditelan zaman pun ado kau.
Jadinya aku menggalakkan korang untuk khatam buku ni:
So, kalau esok nak exam, hari ni baru nak baca, lupakan jelah nak lulus exam tuh. Mahunya lebih 500 muka sura, tak sempat nak habiskan dalam masa sehari..paling kurang pun 3 minggu (kalau bacalah kan??) itu pun kalau dibaca secara konsisten, kalau tak konsisten mungkin lebih dari dua bulan baru habis.
Bagus buku ini, banyak fakta yang kena korang faham & ingat ..bukan baca sekali lalu je..kalau otak jenis boleh scan, sekali baca dah lekat dalam otak, itu dah tahap dewata. Kui kui. Nak senang buat, nota ringkas macam sekolah. Mapping mind.
Ada jugak yang jual e-book panduan exam PTD.Bagus juga sebab ada panduan, ada contoh soalan, tips-tips soalan yang lain jugak.
So panduan ini ada tips-tips berguna contohnya nak fokus kat tajuk/topik mana, tapi bagi aku better baca buku malaysia kita ni jugak..tak ada jalan pintas. So kalau nak beli disini
Ok itu untuk kertas bahagian A.
Kertas bahagian B pulak: Daya menyelesaikan masalah.
Bahagian B adalah section untuk soalan matematik, aku memang tak berapa suka matematik, tapi kena study jugak sebab ianya penting untuk lulus. So kena bukak buku balik. Memandangkan aku pun tak berapa ingat formula2 dalam matematik, macam mana tu?hahaha..mula-mula aku rasa macam kacang je matematik ni..tapi bila time exam, baru sedar betapa susahnya sebab –> tidak dibenarkan membawa kalkulator.Tapi untuk exam online kali ini, korang bebas lah nak guna ke tak. Nak bagus guna dua pc. Satu untuk google, satu tuh memang untuk jawab exam online ptd tuh. Masalahnya mungkin server ada problem. Tak cukup masa.
Banyak soalan nak uji daya kreatif kita..contohnya ada soalan dibagi nombor dalam kotak-kotak, tiba-tiba satu kotak tu ada huruf x je, tak ada nilai apa2..apakah nilai x..? Ini matematik dulu ada belajar bro.
Apa yang aku ingin tekankan soalan banyak berkisar soalan peratusan & purata. Contohnya: pada 3 bulan pertama gaji Mr Zik adalah RMxxx..selepas 3 bulan gaji Mr Zik naik sebanyak 18%..selepas 8 bulan gaji Mr zik naik lagi kepada 6%..pada 2 bulan terakhir, gaji Mr zik ditolak sebanyak 3%..berapakah purata gaji tahunan mr zik?? ingat senang nak kira tanpa ada kalkulator dalam tempoh 2 3 minit. So, kena buat latih tubi.
Tips untuk score kertas matematik ni senang je bro. Kena banyakkan buat latih tubi soalan-soalan matematik pmr & spm..insyallah pasti boleh buat punya nanti. Kalau korang fresh spm aku jamin, boleh punya jawab. Cuma kena cepat, masa berjalan bro. Memandangkan dah lama, so kepala dah berkarat banyak bro. Kena google balik, download jenis soalan matematik pmr, spm. Tapi takdalah soalan add math, itu soalan lencai punya tuh.
Bahagian C: psikometrik
bagi kertas C ini perbanyakkan membaca jugak, sebab nanti nak goreng kita gunakan fakta yang betul. Maksud aku ialah berkenaan dengan sahsiah diri dalam kehidupan seharian, etika ketika dalam bekerja. Mungkin takda jawapan yang betul dalam section ini. Tapi ia boleh dinilai bagaimana sahsiah/sifat dalam section ini. Kita mungkin tak boleh jawab dengan jujur soalan ini. Sebabnya, ia akan pengaruhi markahnya lah. Jawapan kena positif. Kita kena jawab ya atau tidak. Yang tuh aku tak pastilah macam mana bentuk soalan dia. Tapi aku bagi contoh dia. Soalan dia berantai dari no1-5 contohnya berdasarkan satu senario tertentu…
Anda seorang yang sunyi…
(a) ya
(b) tidak
Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 adalah sebagai persediaan dengan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang lengkap dan mengikut format terkini exam PTD M41.
So, untuk dapatkan lagi info untuk memudahkan exam korang nanti, aku sarankan korang kena beli ebook panduan exam online ptd m41 2014. Sebabnya sedikit sebanyak kita dah dapat gambaran macam mana nak prepare. Memang tak lengkap nota ebook tuh. Tapi sekurang-kurangnya korang dapat value added dari calon lain, dan tahu banyak lagi benda yang korang kena explore lagi dan lagi untuk lulus.
Halangan time exam:
Kemungkinan besar time exam ptd w41 akan ada masalah besar. Server yang akan sebabkan korang tak boleh jawab time nih. Sebabnya ramai yang tengah exam. Calon dekat 70 ribu katanyalah. So korang kena login awal dalam pagi pukul 8:00 pagi ke. Untuk mengelakan server ada masalah. Apepun kalau berlaku itu bukan salah korang. Boleh mintak rayuan nanti di aduan.spa.gov.my kalau ada masalah server, tak boleh jawab exam. Tak boleh nak submit semua jawapan. Dah jawab semua, tapi dia keluar popup belum jawab satu soalan. Ini biasa berlakulah.
So dapatkan ebooks panduan exam pembantu tadbir diplomatik m41 2014 sekarang sebelum jualan ditutup. Order sekarang!!
Bersambung…. Ada lagi, cuma tak sempat..
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
sharinginfoz says
Bagus juga ada buku macam ni at least dapat dijadikan rujukan..
Devy Mitchel Edwin says
Sangat bagus perkongsian ini. Jadikan sebagai panduan..