Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Asal-usul Berhala

Asal-usul Berhala

Zik · Feb 12, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ASAL USUL BERHALA,

ASAL USUL BERHALA

     Berhala telah menjadi sembahan yang mensyirikkan kekuasaan Allah sejak zaman sebelum Nabi Nuh A.s lagi. Penggunaan kata berhala dalam bahasa Arab adalah kebiasaannya diwakili oleh tiga perkataan iaitu “al-Ansab” yang bermaksud berhala daripada batu yang mempunyai bentuk selain daripada manusia. Seterusnya ialah perkataan “al-Authan” iaitu berhala berbentuk manusia serta juga digambarkan dengan perkataan “al-Asnam” yang bererti berhala berbentuk manusia yang dicipta daripada bahan galian. Kemunculan berhala ialah hasil daripada wajah orang-orang yang salih dengan tujuan bukan untuk penyembahan tetapi untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Menurut Ibnu Kalbi, berhala berasal daripada 5 orang salih iaitu Wadda, Suwaa, Ya’uq, Yaqhus dan Nasr yang telah mati dalam satu bulan yang sama. Ini menimbulkan kesedihan kepada keluarga dan bangsa mereka kerana pengaruh dan kesalehan mereka yang tinggi.

    Maka, tukang pahat ketika itu menawarkan diri mereka dan berkata, “mahukah kamu akan daku untuk memahat 5 buah patung yang menyerupai mereka akan tetapi tiadalah berdaya untukku menghidupkan mereka”. Maka penduduk bersetuju dan didirikan patung serta dilakukan penghormatan terhadap berhala yang terawal tersebut. Kemudian pada abad kedua, atas dasar penghormatan yang semakin meningkat, telah wujud amalan korban dan menyembelih binatang sehinggalah tersasar jauh untuk menyembah berhala pada abad ketiga.Inilah yang berlaku sebelum zaman Nabi nuh serta diteruskan dengan lebih sesat pada zaman seterusnya. Allah berfirman: Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak). Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku). “Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr. (Nuh 21-23).

     Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa syaitan telah membisikkan kepada manusia ketika itu untuk membuatkan patung-patung di majlis mereka dan menamakan dengan 5 nama hamba Allah yang saleh itu. Sejenak zaman berlalu, perbuatan menyembah berhala terus bermaharajalela sehinggalah zaman arab Jahiliyyah atau dikenali sebaga fasa Pra-Islam. Amru bin Luhaiy seorang pembesar kota mekah yang mempunyai pengaruh yang besar suatu hari telah jatuh sakit. Oleh demikian, maka beliau telah pergi ke Syam dan disembuhkan disana.Ketika di Syam, beliau telah melihat orang-orang Syam menyembah berhala. Maka beliau bertanya, “apakah yang kamu sembah?” Orang-orang Syam menjawab, “dialah yang telah memberi hujan ketika kami memintanya dan dialah yang memberi pertolongan melawan musuh-musuh kami”. Harus difahami bahawa Syam merupakan tanah diturunkan padanya kebanyakkan para nabi dan kitab maka beliau telah menyangka bahawa perbuatan mereka ialah perbuatan yang tepat. Maka. beliau membawa pulang beberapa patung berhala ke Mekah seterusnya diikuti upacara penyembahan oleh orang Mekah dan kaum-kaum sekitarnya termasuklah orang-orang Hijjaz. Amru juga menurut al-Mubarakfuri dikatakan mampu berkomunikasi dengan syaitan sehingga syaitan menunjukkan lokasi tertanamnya berhala kaum-kaum terdahulu di Jeddah.

      Bermula di era inilah sehinggalah Pembukaan kota Mekah, orang-orang Arab terus menyembah berhala-berhala tersebut namun masih berpegang kepada sebahagian agama Nabi Ibrahim dengan melakukan tawaf, umrah dan haji. Namun terpesong sedikit demi sedikit ditelan zaman manakala penyembahan berhala terus berleluasa sehingga pelbagai ritual terhadap berhala dilakukan diantaranya ialah:

  1. Beri’tikaf di depannya dan memohon pertolongan untuk menunaikan hajat mereka dengan kepercayaan bahawa berhala itu mempunyai syafaat di sisi Allah untuk memenuhi keinginan mereka.
  2. Mereka menunaikan haji dan bertawaf mengelilingi berhala bahkan ada yang melakukan tawaf tanpa pakaian serta bersujud di depan berhala tersebut.
  3. 3.Melakukan korban dan sembelihan untuk berhala.

Diantara berhala yang terkenal dan terbesar sehinggalah zaman baginda ialah “Hubal” iaitu sebuah patung manusia daripada batu merah dan mempunyai satu tangan daripada emas. Disamping itu, terdapat juga “al-Lata” yang terletak di Taif dan merupakan berhala tertua manakala “al-Uzza” terletak di Hijjaz dan “al-Manat” yang berlokasi di antara Mekah dan Madinah.

      Sejak baginda lahir pada tahun 570M sehinggalah kerasulannya pada 610M, Allah telah menjaga baginda daripada terjerumus ke dalam sebarang lembah kesyirikkan. Oleh kerana itu, baginda telah menghancurkan hampir 360 berhala ketika peristiwa pembukaan kota Mekah. Ini bermakna ketika itu, telah suci kota Mekah daripada sebarang jenis kesyikirikkan sehinggalah kini. Sesungguhnya perutusan Nabi Muhammad bukan sahaja telah membersihkan orang Arab daripada dinodai kepercayaan yang melencong tetapi juga telah membawa mereka ke jalan yang diredhai-Nya. Impak dan hasilnya telah dirasai kini sehingga kita dan pelbagai bangsa dan warna kulit menikmati nikmat iman dan Islam hasil daripada perutusan seorang kekasih-Nya demi mengajak manusia kepada menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu.

Dikarang oleh:

A.R.Kasa

Pelajar Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Uni. Malaya.

RUJUKAN:

Ahmad Shalaby, Sejarah dan Kebudayaan Islam.

Saffiyu Rahman al-Mubarakfuri, Sirah Nabawiyyah:al Rahiq al-Makhtum

 

Share this on WhatsApp

Akademik, Kerohanian/Keagamaan apa itu berhala, asal usul berhala, info mengenai berhala, patung berhala

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.