Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Panduan rujukan peperiksaan online pegawai psikologi s41

Panduan rujukan peperiksaan online pegawai psikologi s41

Zik · Mar 21, 2015 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

psikologi , nota psikologi 2015,

Tahniah kepada semua yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan online pegawai psikologi s41. Kepada yang kali pertama, harap dapat lulus exam ini. Bagi yang kali kedua, atau dah banyak kali harap dapat berikan tumpuan sepenuhnya dalam peperiksaan kali ini. Sebab dia berbentuk peperiksaan online. Format peperiksaan pada tahun 2015 ini tidak banyak berbeza dengan peperiksaan online Pegawai Penguasa Kastam W41 yang diadakan pada tahun lepas ,huhu. Format peperiksaan dibahagikan kepada tiga seksyen :

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psychometric

Apa yang aku difahamkan, katanya info yang diterima daripada calon waktu untuk menjawab soalan peperiksaan seksyen A akan berlangsung selama 40 minit bermula daripada pukul 8.00 malam hingga 8.40 malam pada 25.03.2015. Masa dia adalah seperti berikut ikut dekat kertas surat peperiksaan/ sms yang korang dapat tuh ha. Ikut jer. Pastikan awal login dan standby, line internet kena pastikan A. Jangan slow siput babi.

Waktu menjawab soalan peperiksaan seksyen B iaitu bahagian daya menyelesaikan masalah bermula pada pukul 8.55 malam hingga 9.40 malam. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah selama 45 minit.

Masa menjawab??

Manakala waktu menjawab soalan seksyen C iaitu ujian psikometric pula akan bermula pada 9.55 malam hingga 10.25 malam.

Setiap calon akan diberi link server masing-masing yang perlu dilayari untuk menjawab exam online tersebut beserta dengan angka giliran. So, jangan ikut link member korang tuh ke. Takut jadi lain pula jadinya. Huhu.

Serba sedikit mengenai format/info peperiksaan ini.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan-soalan yang bakal ditanya lebih menjurus kepada maklumat tentang psikologi dan juga kaunseling. Sebagai bakal Pegawai Psikologi S41, setiap calon hendaklah mengetahui secara detail mengenai tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Psikologi, Visi dan misi samada jabatan ataupun bidang yang diceburi.

Korang memang kena banyak buat research, baca mengenai isu-isu semasa, teknologi maklumat dan juga apa jua perkara yang melibatkan hal pentadbiran awam, sosial ,psikologi dan juga kaunseling. Itu bonus untuk korang.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masala
h

Ini memang aku rasa susah kalau korang tak buat persediaan yang rapi. Sebabnya ia merupakan seksyen yang paling sukar sekali kerana ada melibatkan pengiraan secara matematik dan juga statistik. Calon yang mempunyai daya kemahiran mengira mempunyai kelebihan. Soalan yang ditanya adalah setaraf dengan pendidikan di peringkat sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Disini ada tiga cara menyelesaikan masalah yang perlu anda praktikkan semasa menjawab peperiksaan Pegawai Psikologi S41. Antaranya ialah:

  • Kemahiran Logik.
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data.
  • Konsep Matematik.

Seksyen C – Ujian Psikometric.

Ujian ini memang sesuai dengan jawatan yang dipohon oleh calon sebagai seorang Pegawai Psikologi S41. Anda akan disoalkan dengan jawapan YA ataupun TIDAK. Kalau ikut track record,  calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online telah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dalam bidang psikologi. Tetapi seksyen ini juga telah berjaya menggagalkan ramai calon. Jawapan dia nak kena jujur dan juga soalan dia berkait-kait dari mula sampai akhir. Susah jugak tuh.

Menjadi seorang Pegawai Psikologi bukanlah sesuatu yang mudah sekarang ini..

Bagaimana jawatan Pegawai Psikologi???

Sejarah kewujudan Pegawai Psikologi di JPA bermula pada tahun 1992 dengan tertubuhnya Unit Psikologi dan Kaunseling. Unit ini kemudiannya berkembang menjadi Bahagian pada tahun 1998.

Pegawai Psikologi kini telah ditempatkan disemua kementerian, pejabat SUK Negeri, Kolej Komuniti, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Daerah dan di JPA sendiri. Skim ini dilihat bakal berkembang sejajar dengan perkembangan perkhidmatan awam itu sendiri. Apabila modal insan menjadi pokok persoalan maka kejuruteraan insan itu dengan sendirinya akan berkembang.

Pegawai psikologi sebagai jurutera insan harus memainkan peranan yang lebih ampuh bagi membuktikan keperluan kepada perkhidmatan ini bukan hanya di atas kertas tetapi merupakan keperluan mutlak dalam perkhidmatan awam. Sumber : laman spa disini

a. Jawatan : Pegawai Psikologi

b. Gred : S41

c. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

d. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

e. Jadual Gaji :

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Kelayakan minimum.

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; ATAU

ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; ATAU

iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T7]; ATAU

iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S41: P1T10]; DAN

iv) lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien.

Aktiviti Unit Psikologi Kaunseling.

  • Pegawai Psikologi S41 :-
  • Mengendalikan sesi kaunseling / konsultasi / intervensi individu, kelompok, membuat penilaian psikologi, menjalankan lawatan psikososial di rumah, pengendalian bengkel & kursus, contoh kes seperti pengurusan kemarahan, penderaan, tatatertib, disiplin, psikososial dan lain-lain.
  • Mempromosi Khidmat Psikologi Kaunseling dan Kesihatan dari aspek emosi, mental spiritual, dan tingkahlaku.

Nah inilah sedikit sebanyak info mengenai jawatan pegawai psikologi untuk korang baca dan fahami. Tapi sebenarnya tak cukup lagi. Kena tambah lagi, ada sedikit nota, contoh soalan yang boleh kita biasakan bila dah exam tuh nanti. Ahah.

Sedikit nota-nota yang rasanya penting untuk korang baca, nota psikologi psikologi2 , psikologi3, psikologi4 ianya adalah sedikit tapi tak cukup untuk nota jer. Korang kena dapatkan nota lain, contoh soalan untuk kasi kita biasakan , latih tubi.
Dapatkan panduan penuh disini :

Ianya berbayar , So jangan kedekut keluarkan duit sedikit untuk masa depan kita nih. Sekuarng-kurangnya kita dapat jimat masa, dan juga rasa info yang sedia ada yang korang google tuh rasanya tak cukup. Kena betul-betul ada perancangan masa , latih tubi yang secukupnya jika ingin lulus exam ini. Insyallah. Ianya bukan jaminan, tetapi sebagai panduan dan juga sedikit sebanyak ia adalah effort kita untuk menjurus kearah kejayaan. Sekiamn terima kasih, dan selamat maju jaya. Dapatkan segera,

Review ebooks panduan psikologi boleh download disini.. ebookringkasan

Share this on WhatsApp

Akademik deskripsis tugas pegawai psikologi s41, exam pegawai psikologi, exam s41, gred 41 exam psikologi 2015, nota peperiksaan pegawai psikologi s41 2015, panduan peperiksaan pegawai psikologi s41 2015, panduan peperiksaan psikologi 2015, panduan soalan dan nota ringkas pegawai psikologi s41 2015, pegawai psikologi, pegawai psikologi S41, peperiksaan pegawai psikologi gred 41, peperiksaan s41 peperiksaan, psikologi gred s41, psikologi S41, tangga jadual gaji pegawai s41 psikologi, tugas pegawai psikologi s41

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. islam di dadaku says

    March 21, 2015 at 6:28 am

    sekarang semua ada rujukan di Internet kena rajin buka internet je bila nak cari sesuatu

    Reply
    • Zik says

      March 22, 2015 at 1:20 am

      sebolehnya dapatkan panduan dari penjual yang sah..hehe

      Reply
  2. mrhanafi says

    March 21, 2015 at 7:53 pm

    memang bagus banget info ini bro..semoga bermanfaat ke mereka yang berkaitan..

    Reply
    • Zik says

      March 22, 2015 at 1:20 am

      ken dapatkan secepat mungkin.. 25/26 mungkin jualan dah tutup.. gigit jarilah jawabnya..huhu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.