Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Motivasi / Jangan berhutang dengan Along!

Jangan berhutang dengan Along!

Zik · May 24, 2010 · 1 Comment

Share this on WhatsApp
Kami bukan along, kami mahu tolong ma!!

Salam semua. Hari ini ingin membicarakan tentang hutang.

Kenapa orang berhutang?

Seringkali orang suka berhutang, sebabnya ingin membuka perniagaan, membayar yuran pengrajian anak-anak, nak beli kenderaan, beli rumah dan juga ingin menambaik-baik dalam menaik-taraf perniagaan.

Ingin menunjuk-nunjuk kepada rakan, keluarga , dan masyarakat.

Keinginan dalam hati ini selalu membuak-buak untuk membuat yang terbaik, kadang-kadang sangat terasa bila tengok jiran/orang lain mampu beli kereta yang mewah dan mahal. Hal inilah yang memnyebabkan orang mula berjinak dengan hutang. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada. Kita perlu tengok orang yang lebih bernasib kurang baik. Sebagai contoh, aku ada kereta, tapi tengok orang tuh Kereta Ferrari, seharusnya kita berfikir bersyukur sebab ada juga kenderaan sendir berbanding kawan aku, pakai motor je.

Jangan berhutang dengan Along.

Hal ini jelas kita tahu riba itu haram, dengan kadar faedah yang sangat melampau-lampau. Sehinggakan 300% pun ada.

Kesan berhutang dengan Along.

Memang banyak kesannya apabila berhutang dengan Along.

Kadar bunga/faedah yang terlalu tinggi. Ini memang kena tanggung risiko sebagai orang yang meminjam dengan along. Memang tidak dinafikan, pinjaman yang dibuat itu akan dapat dengan segera, tapi ingat, kesannya bukan sehari dua!

Kehidupan keluarga tidak tenteram/aman, ancaman dari Along. Hal ini memang sudah jelas kalau kita melihat suratkhabar, berita di televisyen, mengenai Along, tetak sana-tetak sini. (menakutkan betul lah).

Hutang makin bertambah. Sudahla kena bayar kereta, rumah, bil air, letrik bulan-bulan, tambah lagi dengan hutang along, memang cari penyakit lah jawabnya.

Pewaris terpaksa membayar hutang. Point yang ini lebih kepada kesan berhutang, namun diingatkan bahawa sekiranya orang yang meminjam meniggal dunia, maka pewaris terpaksa sambung untuk membayar baki  hutangnya. Sepatutnya mewarisi harta, tetapi mewarisi hutang pulak!.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :-

Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Kesimpulan.

Jangan sesekali, berjinak-jinak untuk bermula untuk berhutang sekiranya kita  masih mampu, lupakan sahaja jika ingin menunjuk-nunjuk. Namun sekiranya kita sangat terdesak, usahakan untuk meminjam dari sahbat handai, ataupun dari keluarga selain dari Along. Carilah sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk meminjam ini.

Sekiranya anda ada pendapat lain, ataupun pengalaman meminjam dengan along, kongsikan bersama kami diruangan komen ini.

P/s: Hutang dengan mara, banyak juga nie, yuran pengajian Degree.

Share this on WhatsApp

Motivasi along, along bukit beruntung, hutang dengan along, jangan berhutang dengan along, kesan berhutang, kesan berhutang dengan along

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. jamalludin says

    September 21, 2010 at 8:06 am

    Salam Zik,
    Keinginan nak beli kereta memang membuak-buak terutama orang muda yang baru confirm kerja. Tapi saya ada cadangan supaya mereka ini menggunakan kemampuan mereka secara bijaksana jika ingin membeli kereta.

    jika anda mampu untuk membayar sekitar rm800 sebulan, buatlah pinjaman pelaburan, contohnya ASB. dengan bayaran rm800 sebulan anda layak mendapat pinjaman sekitar rm100k. hasil bonus/dividennya selepas setahun sekitar rm8000 setahun, bermakna rm650sebulan.
    Gunakanlah nilai itu untuk membayar installment kereta.

    Nah! lihat sekarang kereta itu siapa yang bayar sebenarnya. bukan anda betulkan.

    Yang anda bayar itu rm800 sebulan adalah simpanan anda.
    1. 20 tahun x 12 x rm800 = rm192K (simpanan rm100k , faedah bank rm92k)
    2. 20 tahun x rm8000 (bonus) = rm160k ( bonus buat bayar kereta)

    Apa yang anda dapat selepas 20 tahun ialah
    1. Simpanan ASB rm100k (yg tetap memberi hasil setiap tahun)
    2. Kereta yang terkini selagi anda ingin tukar setiap tahun.
    Bagaimana?
    Kemampuan bayar tetap sekitar rm650. Downpayment yang tinggi dengan
    trade in kereta lama.
    3. Kalau tak tukar kereta bonus boleh gandakan pelaburan.

    Lain2 teknik dan kelebihan kira-kiralah sendiri.

    jika baik sebar2 kanlah.
    jika tidak maafkan saya.

    wasallam.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.