Munafik 2 full movie 2018 sudah kembali.
Apakah yang ingin disampaikan dalam movie munafik 2 kali ini? Adakah korang kena tengok munafik satu dulu baru boleh faham atau memang dah boleh faham terus dalam munafik 2 ini?? Tak perlu tengok dari munafik 1 pun korang stil boleh paham cerita ini sebenarnya.
Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz,Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.Ia mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan Abu Jarubur. tok adi dari si penggali kubur dah jadi jahat pualk.. betul-betul berubah nih.
Penggambaran dijalankan pada Mac 2017 di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Perak dan Pahang dan berakhir pada Mei 2017, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29 Ogos 2018. Diawalkan sehari, mungkin takut kesan efek sst ke apa, tak tahulah apa plan sebenarnya shamsul yusof nih. So sol.
Tonton munafik 2 online 2018.
SILA TONTON DI PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA, ATAU LANGGAN, TONTON DI ASTRO FIRST.
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.
Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.
Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.
Pelakon Utama.
- Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam
- Maya Karin sebagai Sakinah
- Fizz Fairuz sebagai Ustaz Azman
- Nasir Bilal Khan sebagai Abu Jar
- Mawi sebagai Ustaz Azhar
- Fauzi Nawawi sebagai Umar
- Rahim Razali sebagai Rahim
- Namron sebagai Rahman
- Roslan Salleh sebagai Imam Malik
- Ku Faridah sebagai Salmah
- Nur Zara Sofia sebagai Aina
- Weni Panca sebagai Wanita Misteri
review :
Munafik 2 (2018)
Kompilasi review munafik 2 :
copy paste :
REVIEW MUNAFIK 2 –
Semalam aku terbaca satu review yang kata film ini tak best. Ya aku setuju tak best langsung! Sikit pun tak best, tapi rilex dulu. Maksud aku tak best langsung kalau kau tak tengok hahahaha. Best wei! Dia punya tahap best tu sampai popcorn dan air orange aku beli tak habis. Popcorn pun usik sikit saja. Sebab fokus punya pasal dan susah sangat nak cari masa untuk bernafas tenang sebab asyik terkejut. Boleh sesak nafas oi. Kuajaq betul ?.
Nasihat aku, kalau kau pernah ada kes dirasuk, sakit lemah jantung, pregnant dan semangat tak kuat, better jangan masuk. Ohya, budak-budak 10 tahun dan ke bawah juga kalau boleh better tak perlu ajak. Sebab member aku anak dia demam panas lepas balik dari panggung wayang. Effect trauma dan takut. Kalau nak bawa juga, risiko sendiri. Nasihat extra, sebaiknya bila tengok film sebegini make sure dalam keadaan “ada wuduk”. Tak perlu banyak tanya, kalau nak buat, buat. Taknak sudah.
Ada babak yang buat kau seram sejuk dan nak terkencing di tempat kejadian. Ada juga babak kau nak memaki hamun asbab marah dan benci. Ada babak yang buat kau mengalirkan air mata keinsafan. Tapi kalau tak nangis, hati kau keras roy!
Aku tidak boleh memberikan sepenuh bintang di langit untuk film ini. Kerana aku tahu di atas langit masih ada langit. Jadi aku nak cari bintang extra kat langit lain nak bagi kat kesemua pelakon yang begitu cemerlang membawakan watak masing-masing. Fuh!
Syamsul Yusof- Membawa watak Ustaz Adam.
Maaf, aku tak tahu nak komen apa dengan beliau. Perfect!
Maya Karin- Membawa watak Sakinah. Walaupun Maya Karin nampak dah berusia tapi kehebatannya masih sama seperti hebatnya beliau membawa watak pontianak satu masa dahulu.
Nasir Bilal Khan- Membawa watak Abuja.
Ini watak paling menjadi bagi aku. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur. Tapi dalam film ini kau rasa nak kubur dia. Nampak tak menjadi watak beliau?
Fauzi Nawawi- Membawa watak Umar.
Tak dapat disangkal lagi bagi lah apa jenis “character” sekalipun kat beliau, semua boleh jalan.
Mawi- Membawa watak Azhar.
Memang mawi dah bertahun tak muncul dalam pentas lakonan tapi beliau masih boleh dipuji dalam membawakan watak Azhar. Goodjob!
Fizz Fairuz- Membawa watak Azman.
Jejaka kelahiran Raub Pahang ini tidak mengecewakan dalam kebanyakan lakonan yang dibawakannya. Ya, figura ini pun boleh tahan hebatnya.
Zara- Membawa watak Aina.
Aku yakin dan percaya budak ini boleh pergi lebih jauh dalam dunia seni. Berbakat dan rugi jika tidak diasah.
Kalau korang perasan, dalam film MUNAFIK 1 sebelum ni, ada satu dialog yang begitu mendalam ayatnya tembus ke hati dan aku masih ingat sampai sekarang. Dialognya berbunyi,
” Akan ada satu (makhluk) lagi yang muncul dan menghasut anak adam selepas syaitan dan iblis iaitu DAJJAL ! “
Dialog inilah yang buat jiwa seni aku meronta-ronta untuk lihat kesinambungan di Munafik 2 and yes memang mereka berjaya relate kan dengan DAJJAL. Cumanya dalam munafik 2 ni lebih kepada anak buah dajjal. Puak yang sesat dan akidah terpesong.
Aku serius puas hati dengan mesej yang hendak disampaikan dalam film ini sama ada yang tersurat atau tersirat. Kerana ada babak yang mana pengarah film cuba nak perli golongan sesat seperti puak syiah.
Ustaz aku pernah pesan, untuk zaman mencabar sekarang nak selamatkan diri dan keluarga, kita kena beruzlah. Mengasingkan diri maksudnya. Tuan-tuan dan puan-puan, beruzlah ni dari zaman imam al ghazali lagi sudah disarankan untuk berbuat demikian.
Tujuannya untuk kita pergi menuntut ilmu yang boleh selamatkan kita di akhirat kelak dan bawa anak-anak serta isteri untuk kenal Allah. Perlu sangat ke mengasingkan diri? Ya, perlu sebab iman kita ini senipis kulit bawang sahaja.
Mengasingkan diri ni bukan kita bawa diri sorang-sorang dalam hutan. Gila namanya tu. Tapi kita membawa diri ke satu perkampungan yang mana di situ ramainya guru-guru alim dan orang-orang soleh yakni mereka yang siang dan malamnya hanya untuk bermunajat, bertasbih, mengagungkan dan mentauhidkan Allah. Inilah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Sakinah, beliau beruzlah kerana tidak mahu mengikuti ajaran sesat.
Untuk pengetahuan korang, Nabi SAW ada ajar kita untuk mengelakkan fitnah dajjal, dibaca ketika tahiyat akhir sebelum salam. Doa boleh rujuk kat bawah aku ada upload sekali kat bawah tu.
Alang-alang buat review, aku nak share juga bagaimana kita nak lindungi diri dari dajjal?
The most important thing is iman, Allah melindungi orang-orang mukmin. The problem of nowadays muslim is disconnection between us and sunnah, wallahi jika kita tahu siapa itu dajjal kita akan menangis, we will cry a lot.
Tak akan terlalu gembira dengan apa yang ada di dunia ni. Doalah selalu, selepas solat atau bila-bila masa sahaja, “Ya Allah lindungi aku dan keluargaku daripada jahannam.”
Memorization of surah kahfi, verse 1-10. Ayat awal dan akhir. Nak selamat dari fitnah dajjal ni kena suruh semua orang amal surah kahfi. Mak, ayah, kakak, abang, adik, suami, isteri, member, etc. Jangan ‘selfish’ nak selamatkan diri sendiri je. This will help us. I believe, the best gift that Allah giving to us after islam and guidance is memorize the quran and practice it.
Ingat, semua tempat akan dikunjungi oleh dajjal kecuali 2 tempat. Iaitu, Makkah dan Madinah. Dajjal is exist, no doubt, still alive and where is he? Wallahualam.
Last but not least, semakin banyak pemergian alim ulama, semakin kita ‘terdedah’ kepada fitnah penyebaran ilmu yang sesat. Agaknya bagaimana nanti jika esok kita menghadapi fitnah dajjal ? Ingat pesanan aku kat atas tadi, hafal dan amal surah kahfi. Itu bukan pesanan aku tapi pesanan tok-tok guru yang alim dan faqih.
Sesungguhnya Malaysia sudah kehilangan banyak butir permata bernilai seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Fadzil Noor, Tuan Guru Haji salleh Musa, Tuan Guru Haron Din dan banyak lagi. Tak sanggup nak sebut semua kerana terlalu ramai. Maka tinggal lah kita yang jahil ini. ?
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afie Wa’fuanhu..
Review dari asyraf khalib :
Munafik 2 – Review
Hari ini masih melekat dalam ingatan aku nama setiap watak yang muncul di layar. Satu persatu susuk langsung tidak tenggelam dalam cerita. Saat itu juga, duri duri kenangan lalu saat pernah menjadi mangsa sihir bersama beberapa orang rakan tahun lalu turut menghambat deras di kepala. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab ia terlalu pahit. Maka rasa hina khianat sihir itu masih bersisa lama. Aiwah hanya cuma menonton filem! Aku akhirnya menangis.
“Hamburan darah, mimik derita siksa sang mangsa, ihsan Tuhan pada HambaNya, semua digambarkan sempurna”.
Syamsul Yusof dan team Munafik 2 harus diberi pujian. Review aku kali ini bukan dari kaca mata seorang bekas pelajar perfileman, bukan juga dari kaca mata seorang bekas pelajar bahasa. Aku cuba masuk panggung semalam sebagai orang biasa.
Kalau review sebagai budak filem dan bahasa. Pasti banyak lagi kepincangannya. Lagi pula aku tak berapa arif. Jadi biarlah ia kekal sebagai pendapat umum. Masuklah kalian tonton dan fahami maknanya nanti.
Munafik 2, setiap babak berlalu penuh kejutan juga berselit pengajaran. Cerita seram ini luar biasa bagi aku, sang pengarah pada aku berjaya didik penonton tentang bahayanya kita dikelilingi golongan munafik.
Naskah Munafik 2 berjaya buat penonton gerun dengan amaran kehancuran umat akhir zaman, kemunculan Dajjal, Yakjuj Makjuj.
Gerun dan gementar bila digambarkan bagaimana umat kita keliru dengan fitnah disebarkan lalu diraikan melalui dakyah dakyah berunsur ketuhanan yang padahal cuma diputar belit oleh sang pelampau.
Terasa bagai ditampar dan dihentak kuat bila ada babak yang mempersoalkan tentang lemahnya iman kita dan kurangnya ilmu kita dengan Al Quran dan hadis dalam menghadapi dunia akhir zaman.
“Adakah dengan menghafal sehalaman kitab itu sudah cukup beriman?”
Kali ini filem Munafik juga tidak lari jauh dari kisah kisah agung yang diceritakan dalam Al Quran. Karyanya juga ada mengambil teladan dari kisah kisah Nabi. Ada beberapa mesej yang tampak berat tetapi pada aku tidaklah terlalu sukar untuk difahami penonton.
Watak Abuja yang dilihat mengambil ikhtibar dari kisah pemimpin Quraisy iaitu Abu Jahal yang menentang kuat dakwah Rasulullah SAW sewaktu zaman jahiliah buat aku tak senang duduk sepanjang menonton. Geram macam nak lempang si Abuja. Asyik membunuh saja kerjanya.
Filem ini juga mengkritik deras golongan penunggang agama. Mereka yang mengaku beriman kepada Allah, berdakwah pada jalan Allah dan Rasul tetapi sebenarnya hanya sekadar menggunakan nama agama dan Al Quran untuk mendapatkan sokongan, kuasa dan pangkat.
SIHIR
Sepanjang menonton filem Munafik 2 ni, kepala mata aku lebih banyak terarah kepada sorotan babak kekejaman sihir. Benarlah sihir ni merosakkan kehidupan orang. Memang layak pengamal sihir ni dihancurkan dengan azab Allah yang paling pedih. Sihir ni boleh buat orang jadi gila, keluarga berpecah belah, jatuh miskin, malah orang yang kuat ilmu agamanya pun boleh goyah iman. Boleh runtuh pegangan. Sampai boleh mempersoalkan kewujudan Tuhan.
Pendek kata Munafik 2 memang benar menjadi medan utuh memancing segala emosi luka. Rasa takut ada, geram ada, sedih ada. Insaf pun ya. Isk..
Aku taknak cerita pasal keseluruhan filem. Tak mahu ulas pasal semua watak dan babak. Nanti jadi spoiler. Baik korang pergi tonton sendiri. Wajib!
Haa kalau bab babak hantu memang hantulah. Sampai tak sempat jerit arghh.
Apa pun, lain orang lain tafsiran
10 out of 10
Review dari magic tawau :
Review Munafik 2 (Excited)
PeLakon semua padu..!!!!!!
Yg respect sangat memang @syamsuLyusoffilm betuL-betuL buat research dan homework.. Ada ayat bacaan ruqyah yg biasa dibaca ustad perawat.. Ada bacaan hizib bahr, ada bacaan doa sufi yg diseLitkan.. Siap ada rujuan dan info ayat mana.. aQ rasa dia pun pernah sakit..
MasyaALLAH sangat hebat, memang patut di tonton.. FiLem yg sarat dengan pengajaran dan deep meaning giLa.. Fikir banyak kaLi baru bLe faham, tersirat habis dan berLapis-Lapis..
Hanya yg dah meLaLui jaLan ini akan faham.. Cerita ini sangat dekat di hati sebab mengisahkan tentang ustad ADAM seorg perawat isLam menoLong org dan berdepan dengan sihir ABUJA..
Bagaimana perjuangan org sakit, bagaimana kotorNya sihir memakan diri sendiri dan kesihatan.. Bagaimana kejiNya org yg bertuhankan syaitan demi mencapai impian menjatuhkan org Lain..
HopefuLLy fiLem ini dapat membuka mata org-org yg tak percaya dengan perkara ghaib dan memperLekehkanNya kerana itu boLeh mengoyah keyakinan kita sebagai org isLam.. Perkara ghaib wajib diimani dan diyakini..
Jangan Lg ada doctor dan org kita yg sombong yg hanya mengira iLmu itu terbatas apa yg mereka tahu dan beLajar sahaja.. Bukan semua org giLa tapi kadang-kadang apa yg mereka Lihat, tak semua org Lain boLeh Lihat.. Bukan semua benda harus ikut Logik sahaja..
FiLem yg banyak memberi pengajaran.. Sepanjang jaLan cerita tak nampak perempuan yg free hair, ataupun mana-mana aurat LeLaki.. Akhir zaman, fitnah dajjaL, kekuatan iman, istiqomah.. Aqidah tauhid yg kuat.. Bahasa yg sangat mendaLam dan deep..!!!!!
Berusaha mencari hidayah ALLAH, berjihad untuk diri sendiri-SegaLaNya akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti-SesunguhNya Latnat ke atas engkau ibLis sehingga hari pembaLasan-ALLAH ampunkan kekufuran disebabkan kejahiLan..
LastLy terdengar bunyi esakan, ramai yg menangis.. #Munafik2 terbaikkkkkk ?
Done Munafik 2.
[My Review]
Sebab keluarga ini sejenis yang tengok cerita HANTU setiap hari, maka takda maknanya nak kata superseram sangat.
Tapi syok. Bila tengok cerita ni aku makin bersemangat nak habiskan hafazan 10 ayat terakhir Al-Kahfi. Ayat 10 first alhamdulillah ustazah dah ?? hehehe.
Fitnah dajjal dah makin banyak oih. Antara salah satunya dia akan kata solat tu TAK AKAN TOLONG hang pun. Quran tu tak bawak apa-apa hikmah pun.
And bayangkan suddenly malaikat Izrail datang memanggil… Dalam keadaan hang jauh dari solat & Quran tu. Part ni, seram.
Ada satu part, saya menangis. Bukan sebab takut pada mekap setan penuh ayaq sirap kt muka semua tu. Tapi part yang dia serahkan diri sepenuh-penuhnya bertawakkal sehabis-habisnya kepada Allah. Dah tak ada daya apa dah. Habis segala kederat usaha dah. Hanya ada Allah. Hanya merayu pada Allah. Masa ni memang rasa diri kerdil sangat. Cukuplah hanya Allah bagiku, tiada yang lain selain Dia. Sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik penolongku. ?
So be prepared. Mai lah kita mula pasang pagaq dan lindungi diri dari dajjal laknatullah.
Review negatif :
Ahmad Sid
Cerita munafik 2 ni, ajaran Abuja tu (Bodoh gila nama Abuja. Dekat nama ni pun dah boleh nampak bodoh tak bodoh cerita ni) mungkin nak petik ajaran Millah Abraham, dia ajarkan ajaran guna semua kitab agama-agama Abrahamic; yahudi, kristian, islam. Sebab tu dress up dia pun macam pharisees agama yahudi. Lepas tu dekat banner ajaran dia ada bintang Daud yang digabungkan dengan simbol apa benda entah lagi. Sebab tu jin belaan dia pun jin yahudi (tergelak besar aku part ni. Bodoh nak mampus)
Itu sebab agaknya dia ejek Adam tu baru belajar 2 buku (dia maksudkan kitab quran ngan hadis la agaknya). Yelah dah dia baca banyak kitab-kitab lain.
Tapi sepanjang tengok cerita tu, memang jadi makin tak logik untuk orang ikut ajaran Abuja ni pasal terlalu banyak rojak. Kejap anti bidaah macam wahabi, kejap member adam kata dia anti hadis, tapi tak lama lepas tu dia guna hadis palsu pulak pasal kelebihan serban, walaupun dia sendiri tak pakai serban, kejap cakap agama tak boleh pakai akal macam PU Amin.
Dengan ajaran bercelaru macam tu pun orang kampung boleh akui keilmuan dia. Taulah itu cerita, tapi benda-benda macam ni lah yang buat cerita tu jadi tak best, rasa cringe bila tengok.
Lepas tu jahat Abuja tu jahat yang orang paling bengap dalam dunia pun boleh nampak jahat dia. Mungkinlah cerita tu nak bagi penonton rasa meluat gila-gila kat penjahat, tapi masalahnya bila dah over sangat nampak bodoh nak mampusla cerita tu. Memang takde plausibility langsung. Apa masalahnya buat orang jahat ada karisma sikit. Barulah sajak dengan watak ketua kultus.
So watak Abuja ni boleh dikatakan pusat plot cerita, dan watak dia terlalu merapu. Sebab tu plot cerita pun jadi macam bodoh. Antara benda merapu Abuja ni buat ialah masa dia bagi kebenaran Sakinah selamatkan Adam, lepas tu bila Sakinah lalu depan dia, dia tikam belakang. Bodoh gila scene tu. Daripada bagi kebenaran lepas tu tikam belakang, elok dia tikam terus masa Sakinah tu bising-bising mintak lepaskan Adam. Takdelah nampak bodoh sangat scene tu. Kejam pun kejam. Ini dah macam scene kartun pun ada.
Kemudian part lawan hantu, boring gila. Exciting lagi kalau tengok cerita ultraman lawan raksaksa. Scene lawan hantu semua macam cerita exorcist, dengan orang kena rasuk melengkung badan ke belakang.
Jumpscare boleh agak dah semua. Dah tengok mayat Imam Malik takde kat atas lantai, tengok kat bumbung rumah pun takde, sah-sahla ada kat belakang kan? Pikirla sikit.
Pendek kata, ini cerita tak berbaloi tengok kat wayang. Tak rugi pun tak tengok. Tak seram mana pun. Untuk korang yang jenis tengok mekap hantu muka buruk-buruk pun dah menggigil, seram la agaknya. Banyak part hantu yang boring ada la macam part si Sakinah tu kena rasuk jadi Hulk + Spiderman. Itu satu lagi part aku tergelak mengekek. Bongok betul.
Nor Ain Hassan
Filem Munafik 2. Konsepnya, dakwahnya. Tepat penceritaannya tentang fitnah akhir zaman. Aku mau kongsi ulasan tentang cerita ni.
Sesiapa yg menonton dan menghayati filem munafik 2 pasti mendpt byk mesej tersirat dari cerita tu. Jarang kita disajikan dgn movie begini. Di sini aku ingin berkongsi serba sedikit, pengajaran yg aku dpt dari filem Munafik 2. Aku tgk sendiri membawa diri. Jd memang byk waktu aku berfikir dan muhasabah diri. Masih terkesima sampai sekarang. Rasa mau tgk lagi.
Cerita yg menghambat emosi. Tiga kali air mata aku mengalir. Bukan sebab seram. Tp sebab gerun dan sebak dgn semangat jihad fisabilillah yg d tunjukkan dlm cerita ni. Berjuang utk Allah utk Islam itu bukan mudah. Jatuh bangun Ustaz Adam bersama keluarga nya. Walaupun di seksa perit zahir batin, berlawan dgn bisikan syaitan, disihir teruk.
Teringat ayat ustaz adam “dalam perjuangan ini tidak semuanya indah”
Bila melihat byk pengorbanan dlm cerita ini, jihad itu buat aku terkenang pengorbanan manusia agung Rasulullah saw dan sahabat baginda yg lebih besar dan getir. Allahummasolia’la sayyidinaMuhammad. Betapa sayangnya baginda pada kita tdk terbanding.
Jika kita sayang keluarga, sayang diri sendiri, rasa diri byk buat dosa pasti airmata mengalir menonton cerita tu. Apatah lagi dgn bait ayat, bait-bait doa yg diungkap oleh ustaz Adam dlm cerita itu. Doa seorang hamba yg sangat kerdil mengharap pada Tuhannya. Semoga kita dikurniakan hati dan lidah yg sentiasa berdoa dan mata yg senang menangis takut dosa dan mendambakan redha Allah.
Kita semua di uji tdk kira kedudukan pangkat, darjat.. Jangan mengaku beriman jika tdk di uji..Dalam cerita ni ustaz Adam byk di uji keimanannya. Dan makin berat ujian makin tinggi ganjarannya. Kena byk bersabar. Sabar tu sendiri tdk mudah tanpa iman.
Ilmu yg bermanfaat adalah makanan roh kita. Dengan ilmu, iman kita boleh menjadi kuat. Tanpa ilmu kita akan terus jahil dan mustahil kita boleh kuat iman jika kita tidak tahu byk perkara. Jadi kita kena terus menuntut ilmu.
Selalu berdoa. Jgn pernah menganggap doa itu kecil. Jika berhajat, panjatkan pada Allah. Minta org alim doakan. Apatah lagi doa ibu, doa dari ayah kita. Doa senjata kita. Minta lah pada Allah. Allah suka hambaNya yg meminta.
Iblis itu musuh yang nyata! Nabi SAW ada pesan di khutbah terakhir baginda.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil” Iblis itu licik. Kita kena sentiasa berjaga2 dgn nafsu kita sendiri. Kerana iblis akan guna kelemahan kita agar kita perlahan2 ikut mereka. Minta perlindungan Allah.
Skng makin ramai manusia tidak melihat dosa sebagai dosa. Perkara mungkar dianggap biasa. Dosa di anggap masing2. Kalau dulu Nabi saw tau ada sahabat tdk berjemaah di masjid tanpa sebab yg kukuh baginda akan marah, sebab sayang sebab mahu sama2 dpt redha Allah.
Nilai persahabatan. Tidak semua sahabat tu baik walaupun nampak baik. Semoga kita dijauhkan dari bersahabat dgn org yg munafik dan tikam belakang ni.
Akhir sekali kalau aku bole hempuk muka Abuja tu. Bersyukurnya ending dia begitu. Bila tgk abuja dan konco2 dia ni serius aku teringat mcm firaun, yakjuj makjuj dan dajjal. Begitulah yg diceritakan bila fitnah dajjal ni. Syurga yg dia bawa adalah neraka, neraka yg dia bawa adalah syurga. Cuma dorg ni baru kelompok kecil! Sbb tu lah di di ajar berdoa minta perlindungan dr fitnah hidup, fitnah mati dan fitnah dajjal. Aku lagi sedih bila ingat nabi pesan kalau dajjal keluar biar wanita “di ikat” di rumah sebab wanita senang terpengaruh.
Solatlah.Jgn tinggal solat. Byk dosa kita, seburuk mana kita rasa tetap solat kerana solat yg khusyuk akan membantu kita jadi baik. Solat adalah hadiah paling indah dari Allah buat kita. Di antara pesan terakhir rasulullah saw sebelum baginda wafat.. ‘solat, solat, solat’.. Jgn anggap solat tu remeh..tinggal solat adalah dosa besar. Jgn smpai kita anggap tinggal solat itu tidak apa.
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;”
(Al-Mudatsir : 42-43)
Peritkan dgr ayat neraka tapi tunggu, ada berita gembira.
“Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Semoga kita berubah menjadi lebih baik dlm hidup ini. Berubah mungkin mudah tapi istiqomah itu payah ada ujiannya. Kerana kekuatan iman itu hanya akan dpt dilihat jika diuji. Semoga kita istiqomah.
Harap perkongsian ini bermanfaat buat kalian ?
#munafik2
#fisabilillah
#pecahpanggung
#jutajutabintang
Bintang Koala
Review Filem Munafik 2
Alhamdulilah. 31 Ogos 2018, aku dan abah serta akak pergi menonton Munafik. Ini kali pertama abah menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang. Aku sesat cari hall sbb ikot cakap ayah aku ? Patut ke kanan, aku dah yakin da ke kanan, tapi ayah aku ckp ke kiri
? aku pun dengarla dan kami pun berjumpalah dgn tandas
?
Namun bukan kami je tersalah ada je anak anak muda lain yg tersalah maka kami pun berhaha di sana?
?
?
Aku sebenarnya risau juga takut abah dan akk aku tak selesa, tapi alhamdulilah okay. Akk aku xpndai sgt nk tgok wayang, dia oku, maka dia mcm dduk menyenget je.. Tak bersandar pun.. Aku kerap kali kata suruh bersandar dan rilek je mcm tgok tv. Aku kata , “Eta , dduk sandar, kita tgok TV besar?” . Dia hanya mengerling sekejap sekejap. Mujur dia tak buat pelik2 .
Maafla da xjd review plak.. Dah jadi kisah family.. Hehehe lek2.
Abah pula, sempatla aku jeling bila part2 seram tu.kemain abah, lagi die dduk tegak adela. Dduk tegak yg mcm nk thu apa akan jadi tu… Lol . Bersemangattt. Aku dah sedia dgn tdung tuk tutup mata bila part2 terkejut tu. Hehe. Okay saya penakuttt cikittt ?
?
Maka, nak rate Cerita ni BEST GILA! ALHAMDULILAH ?
?
AKU BAGI 9.7/10 la… Mne hilang 0.3 ? 0.3 tu part2 yg aku cover mata ak dgn tdung ?
?Walaupun cover, ttp nmpak okay
?
?
Bagi aku mesej dia sampai, bila cakap psal Dajjal, rasa sangat takut. Ade 2 tempat Dajjal takkan datang iaitu Mekah dan Madinah. Aku tak tahu aku mampu tahan tak waktu 40 hari dajjal ada mengacau manusia! Rasa takut sangatttt ?
?
Fikirla saudara saudari, sekarang ni bnyak agenda yahudi, semua seolah olah datang dgn mudah dan kita terima pun dgn mudah. Apa antara contohnya?
Dele Alli Challenge. Bende2 menyerupai mata 1 ni mudah kite terikot. Itu dengan sedarnya kita terikut. Yang tidak sedar sudah berapa banyak..ha ni mulela kata aku tak rilek, tak ikot trend. Sesungguhnya ingatla, Islam itu dtg dlm keadaan asing, maka beruntungla mereka yg kuat walaupun kelihatan asing dlm klgn mereka yg terpengaruh..
Seterusnya, Filem ini mengajar supaya kita bertanggungjawab dgn apa yg kita ada. Kurniaan Allah itu terkadang musibah bagi kita tapi membantu org lain. Seperti kisah Ustaz Adam yang dikurniakan kelebihan untuk merawat orang. Walaupun kehilangan ramai org tersayang, dia sedar itu tangungjawab dia, amanah dia kerana kelak dia akhirat Allah akn mempersoalkan kembali… Sediakah kita? Nikmat akal, keluarga ,harta semua yang kita ada, ke jalan yg betulkah? Allahu.. Kita perlu dduk sekejap.. Fikir.. Muhasabah..
Akhir sekali, aku ada dengar juga orang review kata ada part2 tak logik. Yup mmg ada sebab first aku tgok, kali ni dia tunjukkan watak Abuja yang mengamalkan ajaran sesat. Bagi aku ekstrem jugakla sbb mcm kt Malaysia ni aku biasa dgr kes mcm ayah pin , rasul melayu dll. Tapi ya,tak mustahil semua tu boleh berlaku tambahan pula dengan ilmu hitam semua.. Allahu ..kita doa banyak2 supaya kita semua dijauhkan daripada hasad dengki.. Amiin.. Ada juga part lain yg org kata tak logik tapi aku yg kurang ilmu ni xdela mempersoalkan sgt.. Pasal kabalah semua.. Mungkin kene perhalusi dan study lagi.. Apa2 pub good job Syamsul Yusof!
Harapan aku, yang tengok semua jangan mengharapakan hiburan semata mata sbb kalau tu yang anda cari hiburan dan seram terkejut semua tu la anda dapat. Kalau anda cari pedoman, hidayah , In shaa Allah cerita ini menjadi wahana kepada pendosa macam kita semua.
Aku kongsikan surah2 yang dibaca oleh Ustaz Adam dalam menghalau Iblis Laknatullah.
1. Al Baqarah 148
2. Al Hijr 35
3. An Nur 21
4. Aaraf 117-123
5. Al Israa 82
6. Al Asyuaraa 80
7. Taha 68-70
8. Yunus 81-84
9. Al Hasyr 21
10. Ayat kursi
Ayuh hafal yuk! Jadikan pendinding kita ?
“Perjuangan kita bukan mudah” Berusahalah, Bermuhajadahla, kelak Allah akan pandang usaha kita ? In shaa Allah
#supportmoviemelayu
#munafik2
Jaja Marwan
Review acah-acah orang power MUNAFIK 2.0
Sejak dua anak rabbit comel kami lahir,memang lama dah kami tak tengok wayang. Tapi filem munafik 2.0 ni antara yang memanggil-manggil mengheret kami ke panggung wayang.
Bijaknya ziyad, dia cari cinema yang paling dekat dengan rumah mentua supaya kami boleh tinggalkan anak-anak kat sana. Bijak kan? Kan? Heheh.
Seat semua full! Hari kedua pun masih full tapi nasib baik dapat selit slot pukul 5pm. Fuhh.. hebat betul penangan munafik ni.
Ni nak bagitahu apa yang best munafik 2.0 :
Sound dia bagus, dialog menusuk ke hati, gambar filem terbaik, jalan cerita tersusun, editing power, scene dia memang tak sempat nak boring semua penonton tak sempat nak letak jantung bagi tenang, dup dap dup dap tanpa henti!
Dan pelakon munafik 2.0 memang padu. Hebat-hebat semuanya. Tambah terbaik Tuan pengarah, sebab tak ada seorang pun pelakon perempuan yang tak bertudung.
Yang paling tabik spring kat Syamsul Yusof, dia betul-betul buat research dan homework. Bacaan- bacaan ruqyah dan bacaan ayat alquran semuanya ada rujukan dan info ayat mana.
Part paling sentuh hati jaja bila Ustaz Adam bacakan doa selepas tahyat akhir tu. Masyaallah! Meleleh air mata hingus semua. Tersentuh wey!
Munafik 2.0 memang best sangat. Memang patut tengok. Filem ni penuh dengan pengajaran dan makna yang sangat deep! Tersirat dan tersurat habis dan berlapis-lapis. Ada benda yang tuan pengarah sedang sampaikan walaupun dengan cara yang agak seram. Huuuu~
Kan jaja dah bagitahu, jalan cerita dia memang terbaik, asyik twist tak berhenti. Penonton nak ke tandas pun sanggup tahan (jaja la tu) sebab movie memang dahsyat serupa naik roller coaster.
Pakcik sebelah jaja pun diam ja. Menghayati betul! Jangan sesiapa berani tanya siapa eh pakcik tu. Faham-faham sendiri udah lerrr.
Tahniah Tuan Director! Tamat je movie memang ramai yang menangis. Sebenarnya masa movie masih dimainkan pun dah dengar bunyi sok sek sok sek orang menangis. Orang ok. Orang. Ampa jangan nak fikir paranormal aktiviti pulak.
Jaja memang bagi bintang penuh siap bulan kat cerita ni. Kalau boleh dengan marikh jaja bagi sekali. Memang tak rugi langsung tengok munafik 2.0. Bukan filem yang buang masa tapi memang banyak gila pengajaran dalam tu.
Kalau boleh nak cerita dari A sampai Z kat ampa tapi jaja tak mau la jadi spoiler cerita. Jadi jaja cerita part A je. Kihkihkih.
Ampa tengoklah sendiri nanti okey?
Haihhhh… Rasa nak ulang sekali lagi tapi kesian pulak kat anak rabbit dua orang tu. Nanti kita p tengok winnie the pooh the movie ok ?
Nasrullah Amran
– Munafik 2 – ( review yang tak seberapa)
.
.
1 – Mengenai lambakan cerita hantu, saya antara yang kurang setuju dan minat. Kerana menurut mereka para ilmuwan dan ustaz lain yang harus dibesarkan adalah Allah bukan makhluk.
2 -Namun mungkin dari sisi untuk menarik minat masyarakat, lalu menyelitkan nilai-nilai penting. Mengapa tidak?
3 – Isu yang dibawa dalam cerita ini banyak. Seperti biasa sihir dan khurafat antara bahagian utama.
4 – Tentang dosa sihir. Ancaman dan azab kepada yang melakukannya, yang berniat atau meminta berlaku keburukan kepada orang lain jelas dilaknat oleh Allah. Tolong jangan perasan dengan menganiaya manusia dengan jalan syirik boleh diampunkan Allah. Sesungguhnya Allah tidak bersama dengan orang yang zalim.
5 – Agama adalah senjata. Agama adalah senjata yang boleh merosakan manusia apabila manusia tidak membawa akhlak bersamanya. Kebencian dan kedengkian yang akhirnya kawan baik sendiri sanggup mengkhianati kawannya.
6 – Allah akan membantu hamba-Nya. Allah akan menghukum mereka yang zalim tepat pada waktunya.
7 – Peristiwa akhir zaman selalu disebut dalam cerita ini. Pasal Dajjal, yajuj makjuj dan lain-lain boleh lah baca buku lain untuk tahu lebih lanjut.
8 – Apa pun genre filem saya masih tak berubah. Filem #pulang masih terbaik. ?
allahhu a’alam.
Ain Aini
Ulasan Filem Munafik 2
30 Ogos 2018
Metod dakwah melalui industri perfileman telah merancakkan perkembangan dakwah islamiyyah bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain. Saya berkenan mengulas serba sedikit filem arahan pengarah muda Syamsul Yusof yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak yang meletakkan tanggapan tinggi disebabkan berjaya mencapai kutipan ‘pecah panggung’ dan memenangi banyak anugerah untuk Munafik 1.
Bagi saya, filem yang baik dan berkualiti adalah filem yang mempunyai mesej kuat dalam pembentukan pemikiran dan jiwa insan. Iaitu dengan mengangkat tema yang menghasilkan moral atau pengajaran kepada para penonton.
Munafik 2 saya kira bukan sahaja berjaya menyampaikan mesej Islam (dakwah) malah berjaya merealisasikan elemen didikan (tarbiyyah) jiwa seseorang muslim. Mengapa saya katakan sedemikian? Kerana terlalu banyak tindak-tanduk Adam yang segalanya berbalik pada pengharapan agar terus diberi hidayah dan pertolongan dariNya.
Tema Munafik ini sangat besar dan berat sebenarnya untuk dikembangkan kerana ia adalah penyakit hati yang banyak disebut ciri dan balasannya di dalam AlQuran. Selain jalan cerita yang lebih jahar (jelas) tentang susuk tubuh munafik yang dimainkan Abuja (Nasir Bilal Khan), watak lain juga memainkan peranan yang hebat dengan ‘hidup’ sekali dengan memperkenalkan watak munafik yang ‘halus’ tanpa disedari. Iaitu mahu mendapatkan jaminan keselematan selain dari Allah dan banyak lagi pendedahan ciri munafik. Jemputlah kaji sifat ini untuk lebih jelas sentuhan yang digarap dalam watak-watak yang dimainkan.
Adegan hubungan kekeluargaan, dirasuk oleh syaitan dan dizalimi menyebabkan jalan cerita filem ini penuh kejutan dari awal hingga akhir. Saya sempat mencatat ayat-ayat al-Quran yang digunakan untuk ruqyah dan menangkap baris komunikasi dalam Bahasa Arab. Ia sangat mengujakan!
Kalian yang tidak menonton filem ini lagi mungkin akan menduga klimaksnya berbentuk lebih seram dan menjerit ala histeria dalam panggung (haha over). Hakikatnya, terlalu banyak airmata yang saya sendiri curahkan kerana sangat mendalam mesej ini buat saya sebagi pelajar Pengajian Islam. Untuk ‘review-review’ yang tidak berpuas hati akan filem ini, saya tidak tahu apa tahap kepuasan sebenarnya buat mereka. Tetapi bagi saya, pengajaran filem ini tersangat banyak untuk dimuhasabahkan.
Tahniah saya ucapakan buat Syamsul Yusof dan seluruh pasukan produksi dalam menjayakan pembikinan filem ini. Moga mendapat manfaat yang banyak dan diberikan petunjuk sepanjang hayat.
Akhir kalam, saya akhiri dengan doa yang sering diulang oleh Adam didalam filem ini :
Rabbi La Tadzarni Fardan
Maksudnya : “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri..”
(Al-Anbiya : 89)
Nota : (Ayat ini juga sesuai dibaca untuk memohon jodoh dan keturunan yang baik)
Wallahua’lam.
Moga Allah sayang
#BebelanKehidupan
#ReviewMunafik2
Che Haffiz
Ok sedikit review dari Munafik 2.
Nak baca, baca. Taknak sudah.
Bagi aku cerita ni amat menarik untuk ditonton. Bukan cerita seram. Tapi ianya banyak memberi pengajaran kepada kita semua.
Di zaman sekarang ni terlalu banyak fitnah berleluasa sehinggakan banyak perbalahan antara satu sama lain.
Aku banyak tersentuh dengan apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Adam. Seorang ustaz yang berusaha mencari hidayah Allah disamping menegakkan Agama Islam di saat umat lain terpesong dari landasan yang sebenar.
Sedar tak sedar, kita diambang akhir zaman. Lihat sekeliling kita. Apa yang berlaku.
Samsul yusoff bijak kerana dia cuba untuk ketengahkan tentang kehadiran Dajjal. Kalau anda perasan, Banyak tanda-tanda kecil kiamat muncul. Bumi makin uzur. Apa yang diharamkan secara terang terangan disuarakan.
Aku mungkin tidak baik dimataNya. Tapi aku berharap sangat bahawa ibubapaku, keluargaku, kawan2ku dan semuanya yang aku sayang berada dalam lindungan Allah s.w.t hendaknya.
Bila aku tengok cerita munafik ni, sumpah air mata jantan mengalir. Sebabnya? Kenalah tengok! Korang kena fikir diluar kotak fikiran. Fikirkan jika korang dalam salah seorang dari cerita tu. Dan dalamilah serta selamilah mesej2 yang cuba disampaikan itu. In shaa allah. Jika kita berusaha untuk berada dilandasan yang betul, Allah akan bantu kita.
Nadiah Zukeri
nak review sikit pasal Munafik 2 !! waakaaakaaa?
?..
pas maghrib baru gerak ke ioi. before tu. gi merayap ke klcc dulu. mak jah naik mrt je jln2 di kota raya haahaa?. Bila dah smpai di ioi..
perkara prtama is makan dulu haahaa…. round2 dulu dlm ioi mall tu sementara tunggu pkul 9.45. Bile dah pukul 9.15 my shuben dah ajak beli pop corn n jajan la mkn2 lg dlm tu! Rasanya perut dah kenyang sgt nih! ok cancel membeli…hii..hii..dah bile nk msuk tu. duk tgk org ramai sgt2 . lg malam lg penuh org beratur nk beli tiket. mak jah first time layan mlm2 gini haahaa..dah mcm nk rusuhan lak bile tgk ramai2 cmni ..huu. ok. bile dah smpai masanya dah boleh masuk.. mak jah laju melulu cari bilik no 10 extra besar bilik tuh! mklumlah penontotnya pon extra size waakaaka?
?.. dah elok duduk. perut lak memulas. ish..klau tahan ni kang tak khusyuk lak nk tgk haahaa…lastly, mak jah ke tnds jugk sorg2 je lam tnds tu. cermin lak byk lam toilet tu. sunyi lak tu…seram. huuhuu…sib baik gi tnds sebelom tgk huh. dah setel semua. amik tmpt duduk. ngam2 cerite tuh baru nak mule
?.. ish..byk sgt kejutan cerita ni yg x tahannya. masa bunyi ketukan misteri tu kuat benoo
??
?
??
?
?
?..sampaikn mak jah trfikir duk lam rumah hantu ke panggung wayang ni. seram gok wei!! bile dah smpai pada klimaks cerite tu. mak jah tutup mulut ngn tudung sndri
?. Risau trjerit2 ganggu org lain lak haahaa. .tangan tu x yah kire la duk pgg abg sado sebelah la hahaaa
..bile dah sampai ending cerite tuh. rasa sedih . sebak. sedikit insof dan semua ado la haahaa..
ape2 pon mak jah mmg minat hasil karya dari yusof haslam ni.
?
?
?
?
?
?
?
?
?.
so, 9bintang dr kami?.
? satu bintang abg sado yg blnja tiket wayang ni la haahaa..
sekian nukilan ringkas from mak jah?
tak boleh cerite lebih2. kne tgk dulu baru tahu huuhuu?
Munafik 2
Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 30 Ogos 2018
Genre: Seram
Durasi: 2 Jam 1 Minit
Pengedar: Skop Production
Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali
Pengarah: Syamsul Yusof
Format: 2D