Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Mat Kilau full movie [SINOPSIS]

Mat Kilau full movie [SINOPSIS]

Zik · Jun 28, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mat kilau poster

Studio Kembara berganding bahu dengan Skop Production dalam projek Mat Kilau. Satu Filem yang tertangguh kerana pandemik melanda. Namun 23 Jun 2022 Semua sudah mula ditayangkan di pawagan seluruh malaysia dan juga negara-negara lain juga ada disiarkan hari lain, Singapura, Brunei, Indonesia. Kita harap kutipan Mat Kilau lebih dari jangkaan. Aku target dalam 60 juta pun dah. Bajet 8 juta tuh harap cover lah yang penting. Dengar cerita dah 11 juta ketika entri ini ditulis.

Info Filem Mat Kilau 2022

  • Pengarah
    • Syamsul Yusof
  • Penulis 
    • Shahruddin Dali
    • Syamsul Yusof
  • Tarikh Tayangan
    • June 23, 2022 (Malaysia)
  • Country of origin
    • Malaysia
  • Official site
    • Facebook
  • Language
    • Malay
  • Filming locations
    • Pahang, Malaysia

    Syarikat Production.

  • Skop Productions Sdn. Bhd.
  • Studio Kembara

WATAK DAN PELAKON

  • Adi Putra sebagai Mat Kilau (Pelakon Utama)
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan As’ari sebagai Yassin
  • Ali Karimie sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
  • Jalaluddin Hassan sebagai Haji Muhammad
  • Nam Ron sebagai Haji Sulong
  • Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Harith Haziq sebagai Omar
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Ellie Suriati sebagai Ibu Yassin
  • Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • Siraj Alsagoff sebagai Shidu
  • dan ramai lagi.

Bajet :  Lebih kurang 8 juta kos pembikinan nak buat filem epik sejarah macam ini. Memang perlukan bajet yang cukup besar. Nak bayar banyak benda, krew-krew , sewa tempat , makan minum, production, pelakon, editing semua on cost. Nak buat filem memang semua benda kena kira dan audit.

SINOPSIS FILEM MAT KILAU.

Filem ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu iaitu Mat Kilau (adi Putra) bersama ayahandanya Tok Gajah (Wan Hanafi Su) dan para sahabatnya bangkit menentang penjajahan British. Apa yang terjadi menyebabkan nama Mat Kilau naik ialah pada tahun 1892, pihak Kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang dan mengaut hasil bumi Pahang (kutip cukai dan sebagainya) milik orang-orang Melayu serta mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang semakin berleluasa, Mat Kilau dan rakan-rakan bangkit menentang penjajah British.
Plot banyak pertempuran di zaman 1892 , mengunakan ayat-ayat melayu islam yang harus diulang-ulang merupakan dialog yang ditekankan. Kita sebagai orang melayu kena bersatu untuk menewaskan musuh yang nampak dan tak nampak. Bila ada yang menjadi pengkhianat kita akan jatuh seperti duri dalam daging. Aku tak nak cerita spoiler, nanti orang ramai marah. Korang kena tengoklah siapa pengkhianat tuh. Siapa yang tamak haloba kalau bukan orang kita sendiri. Itulah kelemahan orang kita.
Sinematografi filem ini memang baik, cuma bila banyak part kamera bergegar masa kena bom tuh macam kepala aku nih bergegar banyak kali. Tak nampak scene tuh. Bila kena bom , 2 orang lompat kena bom kononnya. Aksi silat ada banyak juga, boleh banyakkan lagi dia punya bunga-bunga silat. Yayan Ruhian memang kaya dengan aksi dia tersendiri beb. Tapi tuhla dia orang indonesia dulu pun pernah kerja dengan Hollywood dengan Keanu Reeves lagi gempak beb dalam cerita john Wick kalau tak silap.

LAYAN TRAILER MAT KILAU

SHAMSUL HANYA TERLIBAT BELAKANG TADBIR.

Untuk rekod kali ini, Mat Kilau menjadi filem pertama arahan Syamsul di mana beliau tidak berlakon. Biasa dia pengarah, dia pelakon. Pelakon Utama macam munafik, munafik2, Kl Gangster1 &2 dan banyak lagi. Pada Ogos 2017, beliau mengumumkan berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem epik mengenai sejarah pahlawan negara. Beliau sebelum ini telah menyahut cabaran menggarap naskhah itu selepas beberapa syarikat produksi dan pengarah dikatakan gagal menyiapkan penggambaran filem sejarah serta perjuangan Mat Kilau. Pada malam gala filem KL Special Force di Petaling Jaya pada 8 Mac 2018, Syamsul mengumumkan pengarahan filem biografi sejarah yang berkisarkan tentang pahlawan Melayu, Mat Kilau. Filem ini menjalani penggambaran pada 1 April 2018, tetapi terpaksa dihentikan seketika akibat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Macam covid, sebab banyak prosedur yang nak kena buat. Swab test, vaksin dan kena mintak permit kebenaran. 

ADI PUTRA WATAK UTAMA

Adi Putra menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang. Kata Syamsul, Adi dipilih bagi watak Mat Kilau oleh kerana “dia mampu menjiwai watak tersebut dan yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik. Dia pun ada basic dalam seni mempertahankan diri. Dia 2 kali reject sebenarnya dalam nak terima watak nih. Last-last dia terima bila tengok dialog dan skrip dan mungkin “tawaran” yang lebih baik untuk dia. 

Pada Ogos 2018, penggambaran filem telah dihentikan akibat masalah dalaman sebelum bersambung semula dalam bulan Oktober.Pada Jun 2020, dilaporkan bahawa penggambaran filem ini telah hampir selesai, dan pada Februari 2021, filem ini telah dilaporkan siap, tetapi penayangannya terpaksa ditangguhkan angkara wabak COVID-19 yang melanda Malaysia. 

Pada 15 Mei 2022, kos sebenar untuk menyiapkan filem ini didedahkan menelan belanja RM8 juta. Filem Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

APA YANG BOLEH DIPERBAIKI FILEM MELAYU SEJARAH UNTUK AKAN DATANG.

Komen seorang guru sekolah di youtube

Tapi, barangkali apabila membuat filem sejarah pada masa akan datang, fikirkanlah pelbagai sudut.

1. Baju Melayu Pahang (lelaki), leher bercekak musang. Kalau bersamping, baju di dalam samping. Cara pemakaian begini penting dipertontonkan kerana Mat Kilau ialah putera Imam Perang Rasu (Tok Gajah) Orang Bergelar di Pahang, Orang besar berlapan. Tok Gajah sangat penting kepada Sultan Ahmad (Wan Ahmad) justeru ada gaya pembesar yang perlu ditonjolkan. Hal ini juga cara menjual budaya orang Pahang. Gadis Melayu Pahang pula memakai kurung Pahang.

2. Tanjak Pahang antara yang paling berbeza berbanding tanjak negeri lain. Tanjak helang menyusur angin itu ialah tanjak rasmi kesultanan Pahang. Barangkali perlu dihighlightkan kerana ia warisan sejarah dan budaya Pahang dan rakyat Pahang bangga dgn sultannya.

3. Muzik pertarungan perlu melibatkan gaya gendang Pahang kerana gendang Pahang tidak menggunakan serunai.

4. Libatkan lagu tradisional/rakyat Pahang seperti yang banyak dinyanyikan oleh En. Roslan Madun atau Dato’ Aripin Said, kerana lagu-lagu ini mengemaskan/menguatkan unsur tempatan Pahang. Barangkali lagu “Joget Pahang” hasil karya Jamil Sulong (orang Pahang), boleh disegarkan kembali selepas filem Hang Tuah.

5. Loghat Pahang perlu diselitkan utk menunjukkan unsur tersendirinya negeri Pahang. Misal kata, perkataan aku/saya bagi masyarakat Melayu Pahang tersebar secara berbeza ikut daerah dan mukim/kampung. Orang melayu Temerloh, Chenor dan Maran menyebut koi (saya). Daerah hulu atau utara Pahang, seperti Lipis, Raub dan Jerantut, disebut keh, kayh, kas utk saya. Di daerah Bentong khususnya alur Benus, disebut kawan/kon (saya). Malah, terdapat banyak istilah dalam bahasa Melayu Pahang, tidak terdapat dalam daftar kata bahasa Melayu negeri lain.

Slang/gaya bertutur orang Melayu Pahang juga jarang didengari oleh masyarakat Malaysia umumnya. Ada yang kata bunyi cakap Terengganu, Kelantan, Perak, Negeri 9 dan Melayu Johor Linggi/Riau. Tapi bahasa Melayu Pahang itu unik dan tidak dituturkan di luar Pahang kerana gaya sebutannya unik dan orang ada yang kurang faham.

6. Terdapat watak orang alim dalam beberapa video yg saya lihat dan itu ialah watak ulama Terengganu, Tok Ku Paloh. Adakah dia bertutur dalam loghat orang Terengganu? Seharusnya kita menjual pelbagai budaya kita.

Saya teruja menunggu filem ini. Namun, jika ditakdirkan akan dibuat filem sejarah Pahang, seperti Perang Pahang atau Dato Bahaman/Tok Guru Peramu, bukan sekadar buat kajian melalui pembacaan atau lisan tapi perlu mendapat pandangan sejarawan, budayawan, istana, muzium dan pelbagai cabang lagi.

Akhir sekali, saya suka melihat Queen of Langkasuka (kisah kerajaan Patani) walaupun bercampur antara khayalan dan sejarah, tetapi ada unsur gah yg ditonjolkan. Misalnya kegemilangan istananya. Atau perkahwinan antara Abdul Ghafur dengan Raja Biru, seorang cekap menggunakan senapang yang segak berbaju besi, ialah Sultan Pahang keturunan Melaka.

Begitu juga Tenggelamnya Kapal Van der Wijck karya novel Haji Abdul Malik Karim Amrullah yg difilemkan, memperkenalkan budaya minangkabau yang kental dan terdapat pertuturan dalam bahasa bugis makasar di Sulawesi. Itulah penghormatan kepada Ulama sasterawan itu yang menjadikan filem itu epik. Saya menanti filem Mat Kilau, menyokong usaha murni ini namun pada masa akan datang, jual lah segala yang indah di negara ini untuk tatapan dunia. Semoga berjaya.

Tapi pendapat aku ialah ini adalah filem inspirasi bukanlah ambil bulat-bulat jalan cerita dia dan ceduk semua. Memanglah kalau ikut 100% tak boleh, tetapi apa pun pandangan kita terima.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment live streaming mat kilau online, mak kilau, mat kilau astro, mat kilau full download, Mat Kilau full movie [SINOPSIS], mat kilau mp4, mat kilau online, mat kilau sinopsis, tonton live streaming mat kilau, tonton online mat kilau secara online, tonton online mat kilau tonton online

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.