• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / MEMALUKAN! Penyokong Indonesia rosakkan 44 kerusi stadium bernilai RM11,000

MEMALUKAN! Penyokong Indonesia rosakkan 44 kerusi stadium bernilai RM11,000

Zik · Nov 20, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

kerusi, kerusi rosak,

Otak dialah. Dahla datang tempat orang, rosakkan harta benda awam. Nasib baik kau tak bakar stadium bukit Jalil tuh semalam. Semalam pun dah merusuh bila pasukan malaysia sumbat gol pertama. Entah apa yang mereka tak puas hati dengan pasukan malaysia ini.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 kerusi bernilai kira-kira RM11,000 dirosakkan penyokong Indonesia ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan skuad Garuda 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

LAPOR PADA PIHAK BERKENAAN!

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, berkata laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.

kerusi rosak di bukit jalil,
ANTARA kerusi penonton yang dirosakkan penyokong pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia diantara Malaysia menentang Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. NSTP/Mohd Yusni Ariffin.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Razeen berkata insiden itu bukan isu besar sehingga memerlukan mendesak PSM mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membincangkan isu berbangkit.

“Ini bukan isu besar (rosakkan kerusi stadium), tidak perlu sampai nak jumpa menteri (Syed Saddiq).

“Isu ini antara PSM dan FAM, bagaimanapun pada akhirnya menteri akan mendapat laporan penuh mengenai insiden yang berlaku,” katanya.

Ditanya jika kerajaan Indonesia harus memikul tanggungjawab terhadap insiden itu, Nik Razeen berkata pihaknya tiada hak untuk menyatakan sedemikian sebaliknya ia tertakluk kepada bidang kuasa FAM.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Nazrin Ahmad menggesa Syed Saddiq untuk meminta Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Zainudin Amali tampil bertanggungjawab terhadap kes kerosakan kerusi berkenaan.

“Jika mereka (kerajaan Indonesia) tidak bayar (ganti rugi), panjangkan perkara ini kepada FIFA.

“Ia bagi memastikan Indonesia mendapat pengajaran supaya (bersikap) lebih bertanggungjawab apabila berkunjung ke tempat orang,” katanya.

 

copy paste bharian.com.my

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan MEMALUKAN! Penyokong Indonesia rosakkan 44 kerusi stadium bernilai RM11000 ribu ringgit, penyokong indonesia rosakkan kerusi stadium bukit jalil 2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Chik Tie says

    November 20, 2019 at 5:05 pm

    Antara insiden yang kita tak nak tengok dalam kerancakan perlawanan bola atau mana-mana sukan. Semangat dan sokongan pada pasukan kita memang sedang memuncak, semoga tak jadi amarah yang keterlaluan sampai merosakkan harta benda. Tak kira pihak pasukan mana pun. Tuan rumah atau pelawat, kena saling jaga diri masing-masing.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Permohonan GKP Tambahan RM1000 Kepada PKS Tahun 2021
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan, bulan mei kepada Februari 2021
  • Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online
  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Live streaming FINAL Piala FA Shopee Selangor vs Pahang 7.7.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tarikh yang cantik, tempat pun cantik. Timing…

Sukan

Keputusan penuh piala malaysia 13/08/2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKeputusan untuk games pertama dalam saingan pi…

Sukan

Live streaming jdt vs Pahang piala fa suku akhir kedua 23.4.2017

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan hidup atau mati dalam saingan pial…

%d bloggers like this: