• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Mayat Sosilawati dijumpai?

Mayat Sosilawati dijumpai?

Zik · Sep 12, 2010 · 14 Comments

Share this on WhatsApp

https://i2.wp.com/img683.imageshack.us/img683/1489/sosilawatimatidibunuh.png

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Satu perkhabaran yang merungkai segala persoalan akhirnya bakal terjawab apabila 4 mayat yang telah dibakar, dipercayai dibunuh secara kejam terlebih dahulu kemudiannya di buang ke pantai Morib Selangor.

Merujuk kepada entri yang lepas, mengenai Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati yang telah dipercayai diculik bersama-sama, pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44 tahun, pegawai bank cimb, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun yang telah hilang sejak 30 Ogos 2010.

Dan berita terkini, di banting hasil dari siasatan  polis telah mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Namun begitu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin menyatakan, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang. Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Sungguh kejam mereka ini. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat kenal pasti dan mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif pembunuhan ini, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.

Marilah kita semua, sedekahkan alfatihah kepada Arwah.

Sumber utusan.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Isu semasa datuk sosilawati, datuk sosilawati mati dibunuh, gambar mayat sosilawati, kes pembunuhan datuk sosilawati, mayat datuk sosilawati dijumpai, mayat datuk sosilawati dijumpai di pantai morib, sosilawati

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Thoha says

    September 12, 2010 at 8:45 pm

    sungguh kejam orang yang melakukan jenayah ini..semoga keluarga si mati tabah menghadapi ujian ini..

    Reply
  2. meen sharif says

    September 12, 2010 at 11:09 pm

    manusia kini sudah semakin hilang kemanusiaannya. Daripada pembunuhan bayi sampailah yg dewasa.

    Reply
  3. Sir Marcello says

    September 13, 2010 at 1:06 am

    memang sangat terancang!! sampai 4 orang boleh dilenyapkan dengan mudah!

    Reply
  4. tehr says

    September 13, 2010 at 4:54 am

    mana2 pembunuh pun memang kejam, zikr
    …tumpang bersedih di hari bahagia ini

    Reply
  5. aktechpage.com says

    September 13, 2010 at 7:13 am

    Jenayah sekarang semakin kejam…
    Jutawan tu pun sekejap je dibunuh…
    Apatah lg org biasa mcm kita ni…

    Reply
    • Nine says

      September 14, 2010 at 1:04 am

      setuju bro dengan kenyataan nih…akai mmg tarak org yang lakukan dosa2 besar cam nih..mmg kejam dan zalim..

      Al-Fatihah buat semua arwah…sedih dan sakit hati sama dengar berita nih..dalam bulan Ramadhan lak tu..

      Reply
  6. Zam Alkangsari says

    September 13, 2010 at 8:00 am

    Sesungguhnya setiap sesuatu amalan dan perbuatan itu akan dibalas oleh ALLAH.

    Jika kamu melakukan kebaikan walau sebesar zarah, akan dibalas kebaikan itu, dan sekiranya kamu melakukan kejahatan walau sebesar zarah, juga akan dibalas kejahatan itu…

    Reply
  7. naz says

    September 13, 2010 at 10:56 am

    aku xsuka buat spekulasi tapi, dari pemerhatian aku laki arwah (orang indon) banyak kaitan ngan kes ni. & lagi satu sebelum arwah & yg lain hlg, diorang ade tgh bwak duit yg byk (not sure brp tapi berjuta la) untuk satu deal beli tanah.

    Reply
  8. ST says

    September 13, 2010 at 11:31 am

    Bertambah berleluasa jenayah skang. Dan penjenayah semakin berani… huhu

    Reply
  9. zulkbo says

    September 13, 2010 at 11:40 am

    Andai mulut tersalah kata,perbuatan
    tidak desenangi,janji tidak terlaksana
    yang termakan dan terminum ,moga di maafkan
    dan dihalalkan..Selamat Hari Raya maaf
    zahir dan batin.. :biggrin:

    Reply
  10. awang bujhana says

    September 13, 2010 at 2:37 pm

    instinct aku kuat menyatakan sosilawati still lagi hidup…

    Reply
  11. wandisini says

    September 13, 2010 at 4:36 pm

    satu perkataan je menggambarkan apa yang berlaku…kejam.

    selamat hari raya

    Reply
  12. Faisal says

    September 15, 2010 at 9:18 am

    Tidak ada langsung perasaan belah kasihan..memang jahatlah..tidak layak mereka-mereka ini hidup di Malaysia.

    Reply
  13. Cikgu Syahir says

    June 5, 2011 at 1:42 am

    sekarang. kes ni senyap begitu sahaja, adakah pembunuh terima hukuman setimpal?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Nota peperiksaan online PTD n29 2021
  • 5 Idea Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini
  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Isu semasa

Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kena culik?

Share this on WhatsAppAssalamulaikum dan slam sejahtera. Ingat jadi jutawan hidu…

Isu semasa

Rakan Datuk Sosilawati ditemui mati tergantung??

Share this on WhatsAppSalam sejahtera. Ini ada satu lagi berita yang gempar dan …

%d bloggers like this: