Ketika sedang menulis entri ini, jumlah yang terkena wabak virus sudah hampir mencecah 1000 (900). Dijangka angka ini akan bertambah hari demi hari.
Kesan kepada ekonomi , malaysia. Dunia juga.
Penularan wabak coronavirus semakin memberi kesan kepada ekonomi negara dan beberapa bank tempatan mula menawarkan bantuan kewangan kepada mereka yang terlibat. Pada bulan Februari lepas lagi, Maybank dan Hong Leong Bank telah mengumumkan mereka bakal menawarkan servis yang termasuk penstrukturan semula serta penjadualan semula pembiayaan, serta penangguhan bayaran pinjaman sehingga enam bulan.
Maybank.
Maybank secara khususnya berkata bahawa langkah bantuan yang diberikan, antaranya kepada individu yang mempunyai perjanjian sewa beli akan diberi bergantung kepada kes. “Sekiranya situasi berterusan, bank akan mempertimbangkan kemungkinan melanjutkan lagi penangguhan bayaran serta bantuan kewangan ini lebih lama,” kata presiden kumpulan dan CEO, Datuk Abdul Farid Alias.
AmBank juga mengumumkan penangguhan bayaran semula sementara kepada pelanggan yang terlibat (serta kelulusan 24 jam), dan kemudiannya disertai oleh CIMB serta Public Bank melalui program hampir sama semalam. Bank lain juga mungkin sudah melaksanakannya atau mengeluarkan pengumuman dalam masa terdekat ini.
Sepanjang tempoh arahan kawalan pergerakan ini, bank masih lagi dibuka seperti biasa tetapi pelanggan disarankan mengikut langkah berjaga-jaga yang telah ditetapkan seperti kerap membasuh tangan, menjarakkan diri dan mengelakkan pertemuan berhadapan. Sudah tentu, urusan atas talian adalah lebih baik.
Antara bank yang menawarkan solusi-solusi ini adalah:
? AGROBANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 1-300-88-2476.
? AMBANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 03-2178 8888.
? BANK RAKYAT
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 1-300-80-5454.
? BANK SIMPANAN NASIONAL
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 1-300-88-1900.
? CIMB & CIMB ISLAMIC BANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 603 6204 7788.
? HONG LEONG BANK & HONG LEONG ISLAMIC BANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 603-7626 8899.
? MAYBANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 1-300 88 6688.
? PUBLIC BANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 1800-22-5555.
? RHB BANK & RHB ISLAMIC BANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 03-9206 8118.
? SME BANK
Kunjungi cawangan yang berhampiran atau hubungi 03-2603 7700.
.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply