Salam sejahtera. Ini ada satu lagi berita yang gempar dan juga menambahkan ketakutan buat kita semua. Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena dengan kes ini. Aku sudah mula risau juga. Tapi kes ini dalam siasatan.
BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang. Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kes bunuh diri?
Insiden ini diketahui oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya. Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Dari laporan anakya kepada poihak Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu. Tambahnya, ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
Beliau yang meninggalkan, mempunyai empat orang anak hasil perkongsian dengan suami pertamanya, Sarina juga telah berkahwin untuk kali kedua pada tahun ini. Marilah kita semua sedekahkan Alfatihah buat arwah.
“Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati,” katanya.
Update:-
Punca kematian.
Polis telah mengesahkan dari pengakuan anak saudaranya, Naimah Sahid, 32 bahawa si Arwah mengalami tekanan yang teruk, menyebabkan beliau bunuh diri. Selain itu juga, memberitahu, ibu saudaranya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mak Anjang sering mengadu mengalami tekanan perasaan, malah pernah cuba membunuh diri sebelum ini dengan mengelar pergelangan tangannya.
Sehubungan itu, katanya, desas-desus mengatakan kematian Sarina mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya baru-baru ini, adalah tidak berasas.
‘‘Mereka (Sarina dan Sosilawati) memang mengenali antara satu sama lain kerana Sarina pernah mengedarkan produk keluaran syarikat milik Sosilawati beberapa tahun lalu, tetapi sekarang dia hanya menguruskan produk perniagaannya sendiri”.
‘‘Arwah sering meluahkan rasa sedih dengan masalah keluarga yang dihadapinya. Dia tidak mengalami masalah dengan perniagaannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Sarina di sini hari ini.
Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Naimah memberitahu, Sarina juga ada mengadu mengenai masalah keluarga yang dihadapinya ketika berhari raya di rumahnya di Padang Serai, Kedah baru-baru ini dan sempat menasihatkannya supaya bersabar.
Bagaimanapun, menurutnya, pada pukul 8.03 pagi hari kejadian, Sarina menelefonnya buat kali terakhir dan memberitahu bahawa dia sudah tidak mampu menanggung tekanan yang dialaminya dan nekad untuk menggantung diri.
Malah, katanya, sepanjang perbualan telefon selama beberapa minit itu, arwah yang teresak-esak sempat berpesan supaya menjaga keempat-empat anaknya dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Jakaria, 24, Januari depan.
‘‘Masa itu saya menasihatkannya agar tidak melakukannya (menggantung diri) serta minta dia mengucap dan ingat pada Allah, tetapi dia terus memutuskan talian telefon dan apabila saya cuba menghubunginya semula, panggilan telefon tidak dijawab,” tambahnya.
Dalam pada itu, Naimah berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk pergi ke kediaman Sosilawati di Gombak bersama rakan-rakannya yang bergiat dalam perniagaan yang sama sebaik sahaja mendapat berita kematian jutawan kosmetik itu menerusi media.
‘‘Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk rakannya itu dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakan lain, tetapi arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” katanya.
Sumber disini.
Leave a Reply