Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Mat Yo bakal sertai Pathum United, Kelab Thailand

Mat Yo bakal sertai Pathum United, Kelab Thailand

Zik · Jan 15, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

norshahrul idlan talaha

KUALA LUMPUR: Penyerang veteran negara, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan ‘otai masih berbisa’ apabila bakal beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand bersama pasukan Bangkok Glass Pathum United bagi musim depan. Apepun kita masih memerlukan kudrat tenaga baru untuk skuad senior bertemu dengan pasukan Arab pada bulan tiga nanti di UAE nanti.

Perkembangan itu disahkan oleh ejennya, Abdul Halim Abdul Shukor yang menjangkakan bekas penyerang Pahang itu akan menandatangani kontrak bersama juara Liga 2 Thailand itu, Jumaat ini.

Ini menyaksikan Norshahrul yang lebih dikenali sebagai Mat Yo akan menyertai seorang lagi pemain negara yang turut berkelana ke Thailand pada musim depan iaitu Dominic Tan kini beraksi bersama Police Tero.

“Saya mendapat tawaran rasmi daripada salah satu kelab besar di Thailand bagi mendapatkan Norshahrul.

“Mereka sememangnya mencari pemain ASEAN dan saya cadangkan nama Norshahrul.

“Saya percaya dengan keupayaannya beraksi di sana. Dia akan membuat pemeriksaan perubatan pada Khamis dan jika semuanya baik, dia akan menandatangani kontrak pada Jumaat,” katanya.

Bangkok Glass atau turut dikenali BG Pathum United turut membariskan anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan Ahmad yang beraksi di bahagian pertahanan.

Sebagai rekod, ini kali pertama Norshahrul akan beraksi di luar negara sejak mula terjun ke kancah bola sepak tempatan sejak 2003.

 

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Kelab Thailand, Mat Yo bakal sertai Pathum United, matyo, norshahrul idlan talaha, norshahrul idlan talaha di lamar pasukan thailand 2020.

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.